Status Halal Chateraise, Bakeri Jepun Yang Tular Di Media Sosial

Sejak akhir-akhir ini, tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah bakeri dari Jepun iaitu Chateraise. Untuk makluman anda, ia merupakan jenama pemanis mulut yang menawarkan pelbagai jenis kek, pastri, coklat dan aiskrim.

Disebabkan rasanya yang dikatakan lazat dan enak mata memandang, Châteraisé telah menjadi pilihan ramai pengguna dan telah berkembang ke beberapa negara lain seperti Hong Kong, Singapura dan Malaysia.

Jenama bakeri ini sebenarnya sudah pun bertapak di Malaysia sejak 2016. Kini mereka mempunyai beberapa cawangan antaranya di Gurney Plaza (Pulau Pinang), KLCC, 1 Utama, Sunway Pyramid dan AEON Bandaraya Melaka.

Chateraise

Memang tak dinafikan bahawa aneka kek dan pemanis mulut yang ditawarkan oleh kedai daripada Jepun ini nampak sangat lazat. Namun, keraguan mengenai status halal ini telah dipertikaikan oleh segelintir netizen.

Walaupun premis ini hanya popular baru-baru ini, namun ramai yang dapati ia tidak sesuai dinikmati oleh pengguna Muslim kerana sesetengah produknya mengandungi alkohol.

Warganet juga nampaknya keliru dengan status premis ini kerana dikatakan tak hanya pelanggan bertudung yang didapati membeli, malah terdapat juga pekerja bertudung di kedai tersebut.

Status Halal Chateraise

Untuk makluman pelanggan muslim, premis Chateraise TIADA SIJIL HALAL.  

Selain tidak muncul di direktori halal JAKIM, beberapa portal seperti Have Halal Will Travel dan The Durian Bakery turut menyatakan bahawa beberapa produk Chateraise tidak halal dan mengandungi alkohol.

Meskipun terdapat beberapa menu yang jelas mengandungi alkohol seperti Rum Raisin Ice Cream dan Hokkaido Fermented Butter Cookie Sand Rum Raisin, pengguna juga perlu peka dengan menyemak kandungan bahan yang digunakan bagi setiap produk.

Pihak Chateraise juga pernah menyatakan bahawa sesetengah produk mereka mengandungi alkohol.

Seperti gambar di bawah, terdapat produk jeli buah yang mengandungi wain dan ada yang bebas bahan berasaskan babi dan alkohol. Produk yang mengandungi alkohol akan dilabel dengan “THIS PRODUCT CONTAINS ALCOHOL’.

Chateraise

Untuk sumber gelatin pula, pihak Chateraise mengatakan mereka menggunakan gelatin ikan.

Berikut dikongsikan beberapa maklumbalas yang telah diberikan oleh premis tersebut.

Chateraise
Chateraise

Sebagai pelanggan Muslim anda dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum membeli. Tambahan pula, adalah kewajiban kita untuk mencari sumber makanan dan minuman yang halal lagi baik.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai produk Châteraisé, anda boleh berhubung menerusi laman media sosial rasmi mereka di :

Instagram : @chateraise.my

Facebook : Châteraisé Malaysia

Baca Juga : Menu Starbucks : Senarai Makanan, Minuman & Harga Terkini

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!