Portal Aduan Buli KPM Hentikan Buli Di Sekolah

Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia,melancarkan Portal Aduan Buli KPM bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada kementerian tersebut, jelas Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana sekolah yang cuba menyorok kejadian buli yang berlaku dalam kalangan murid atau pelajar

Turut dilancarkan ialah program Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat iaitu kolaborasi antara KPM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menangani isu buli dan salah laku melibatkan penggunaan barang terlarang iaitu dadah melibatkan pelajar sekolah.

Apa Itu Portal Aduan Buli KPM

Portal Aduan Buli bagi membolehkan penyaluran maklumat berkaitan perbuatan buli yang berlaku di institusi pendidikan KPM.

Sebarang kes berkaitan kejadian buli boleh dilaporkan secara dalam talian melalui sistem aduan buli, e-mel dan juga.

Contoh Kes Buli di Sekolah & Boleh Di Laporkan Di Portal Buli KPM

Buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah untuk menangani masalah kes buli dalam kalangan murid. Penerapan konsep Sekolahku SEJAHTERA memberi penekanan kepada 14 elemen berteraskan nilai murid yang diterapkan secara semula jadi dalam kehidupan harian warga sekolah khususnya murid. KPM akan menyediakan portal aduan buli sebagai usaha menambah baik pendekatan memerangi kes buli di sekolah

portal aduan buli kpm kategori buli

Hukuman Buli Di Sekolah

Bagi mereka yang terlibat sebagai pembuli, mereka boleh dikenakan hukuman disiplin seperti berikut;

  • Digantung dari sekola selama 14 hari atau
  • Dibuang dari sekolah
  • Dirotan tidak lebih daripada tiga kali rotan

Cara Buat Aduan di Portal Aduan Buli KPM

  • Portal aduan buli yang boleh diakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli itu
  • Laporan boleh dibuat oleh orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah.
  • Pelaporan boleh dibuat melalui tiga saluran iaitu melalui talian khas aduan buli (03-88849352), e-mel ([email protected]) atau aduan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM yang tersedia di portal aduan itu.

Portal Aduan Buli KPM Pdf

Berikut disenaraikan bahan-bahan yang boleh di muat turun yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tujuan hebahan dan promosi di sekolah-sekolah ;

portal aduan buli kpm pdf

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tentang kes buli di sekolah dan pelaporan di Portal Aduan Buli KPM sila rujuk saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!