Starlink Malaysia 2023 – Harga, Pakej & Cara Langgan

Review Starlink Malaysia 2023,Kos Harga Bulanan & Cara Melanggan Pakej Internet

Kehadiran Starlink ke Malaysia terus menjadi perbualan rakyat Malaysia ketika ini, apabila perkhidmatan internet satelit oleh SpaceX milik Elon Musk itu menimbulkan pelbagai persoalan mengenai keperluan dan kebolehan Starlink untuk menyelesaikan masalah akses internet, termasuk masalah speed yang masih tidak mencapai tahap keperluan minimum di Malaysia yang masih timbul di era tahun 2023 ini walaupun telah pelbagai insiatif dan pembangunan telah dibuat termasuk akses rangkaian 5G dan pelbagai lagi usaha yang telah dibuat sebelum ini.

Adakah Starlink berbaloi untuk di ambil? dan berapa pula kos serta cas harga langganan sebulan?

Secara ringkasnya Starlink adalah sambungan Internet melalui SATELIT. Bukan 5G, bukan fiber, bukan cable biasa.

Starlink merupakan kumpulan satelit pertama dan terbesar di dunia yang menggunakan orbit rendah Bumi bertujuan menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar yang mampu menyokong penstriman, permainan dalam talian, panggilan video dan banyak lagi.

Dengan memanfaatkan satelit yang maju dan perkakasan pengguna ditambah dengan pengalaman mendalam SpaceX mengenai kapal angkasa dan operasi di orbit, Starlink menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dan berkependaman rendah kepada pengguna di seluruh dunia.

Starlink ni kegunaan dia adalah untuk tempat yang tak ada INFRASTRUKTUR RANGKAIAN, contohnya:

  • Tengah hutan
  • Atas gunung
  • Tengah laut
  • Kawasan Pedalaman
  • Masa tengah banjir
  • Masa gempa bumi

Perincian Pakej Starlink Malaysia

starlink malaysia liputan internet

Starlink kini boleh didapati di Malaysia. Melalui semakan liputan internet starlink tersedia untuk semua lokasi di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Tempoh menunggu adalah 2 minggu dari tarikh tempahan.

Caj penghantaran dan pemasangan sebanyak RM100 sahaja.

SpaceX menawarkan tiga pakej langgan internet. Tetapi untuk pasaran Malaysia hanya dua pakej langgan internet sahaja yang tersedia buat masa ini pakej standard, pakej high perfomance.

starlink malaysia pakej internet

Yuran langganan bulanan termasuk akses kepada rangkaian Starlink dan penggunaan hidangan dan penghala Starlink. Kos perkakasan adalah caj sekali sahaja.

Starlink juga menawarkan jaminan wang dikembalikan selama 30 hari. Jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut, anda boleh memulangkan perkakasan dan menerima bayaran balik penuh.

Pakej Standard Starlink

starlink malaysia

Pakej standard disyorkan bagi penggunaan biasa, seperti rumah dan penggunaan internet harian seperti penstriman, panggilan video, permainan dalam talian & banyak lagi.

Kos harga bagi kit standard: RM2,300 harga sekali bayar sahaja

Langgan internet

  • Harga Langganan bulanan: RM220
  • Kelajuan muat turun: Sehingga 100Mbps
  • Latensi: 20-40ms
  • Liputan: Seluruh negara
  • Kontrak: Tiada kontrak

Polisi bayaran balik: Jaminan wang dikembalikan 30 hari

Kit starlink Kit Starlink anda disertakan dengan semua yang anda perlukan untuk menyambung ke internet termasuk

  • Starlink,
  • Penghala WiFi,
  • Bekalan kuasa,
  • Kabel dan tapak

Spesifikasi Starlink Standard

AntenaTata Susunan Berfasa Elektronik
OrientasiOrientasi Diri Bermotor
Penarafan Alam SekitarIP54
Keupayaan Mencairkan SaljiSehingga 40mm / jam (1.5in / jam)
Suhu Operasi-30°C hingga 50°C (-22°F hingga 122°F)
Medan Penglihatan100°
Purata Penggunaan Kuasa50-75W

Spesifikasi Penghala Wifi Starlink

Teknologi Wi-FiPiawaian IEEE 802.11a/b/g/n/ac
CipsetWi-Fi 5
RadioDwi Jalur – 3 x 3 MIMO
KeselamatanWPA2
Penarafan Alam SekitarIP54, dikonfigurasikan untuk kegunaan dalaman
JulatSehingga 185m² (2000kps)
Suhu Operasi-30°C hingga 50°C (-22°F hingga 122°F)
JejaringSerasi dengan sehingga 12 nod Jejaring Starlink – Tersedia untuk pelanggan di kedai
Penyesuai EthernetTersedia untuk pelanggan di kedai

Pakej High Perfomance.

Pakej ini disyorkan untuk perniagaan dan perusahaan. Ia membenarkan kelajuan yang lebih baik pada suhu tinggi, boleh menyambung kepada lebih banyak satelit dan lebih berdaya tahan terhadap persekitaran yang melampau.

Berbeza dengan pakej starlink standard, starlink high performance ni lebih tahan lasak dan menyokong capaian internet lebih baik sehingga 3x ganda lebih pantas.

Kos Harga Perkakasan Kit berprestasi tinggi: RM11,613

Langgan internet

  • Harga Langganan bulanan: RM220
  • Kelajuan muat turun: Sehingga 100Mbps
  • Latensi: 20-40ms
  • Liputan: Seluruh negara
  • Kontrak: Tiada kontrak

Kit Starlink untuk pakej high performance ini disertakan dengan semua item-item berikut ;

  • Starlink,
  • Penghala WiFi
  • bekalan kuasa
  • Kabel dan tapak.

Starlink High Perfomance

AntenaTata Susunan Berfasa Elektronik
OrientasiOrientasi Diri Bermotor
Penarafan Alam SekitarIP56
Keupayaan Mencairkan SaljiSehingga 75mm / jam (3in / jam)
Suhu Operasi-30°C hingga 50°C (-22°F hingga 122°F)
Medan Penglihatan140°
Purata Penggunaan Kuasa110-150W

Penghala Wifi Starlink High Perfomance

Teknologi Wi-FiPiawaian IEEE 802.11a/b/g/n/ac
CipsetWi-Fi 5
RadioDwi Jalur – 3 x 3 MIMO
KeselamatanWPA2
Penarafan Alam SekitarIP54, dikonfigurasikan untuk kegunaan dalaman
JulatSehingga 185m² (2000kps)
Suhu Operasi-30°C hingga 50°C (-22°F hingga 122°F)
JejaringSerasi dengan sehingga 12 nod Jejaring Starlink – Tersedia untuk pelanggan di kedai
Penyesuai EthernetTersedia untuk pelanggan di keda

Bekalan Kuasa Starlink

Penarafan Alam SekitarIP56
Suhu Operasi-30°C hingga 50°C (-22°F hingga 122°F)
PembumianTerminal Bumi
LekapanLekapan Dinding Disertakan

Cara Melanggan Pakej Internet Starlink Malaysia

Untuk melanggan pakej internet Starlink di Malaysia, anda boleh membuat tempahan dengan melayari laman web Starlink di https://www.starlink.com/

Anda perlu memasukkan lokasi alamat anda terlebih dahulu kemudian klik Order untuk meneruskan tempahan anda.

Sebaik sahaja anda membuat pesanan anda, kit Starlink akan dihantar kepada anda dalam masa satu hingga dua minggu. Anda kemudiannya perlu mengikut arahan dalam kit untuk menyediakan perkhidmatan.

Baca juga : Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023 Wifi Rumah

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!