Midjourney – Cara Guna & Tips Prompt Hasilkan Gambar

Tips cara guna Midjourney Ai dan idea prompt untuk hasilkan gambar yang menarik. Midjourney merupakan salah satu tekologi berasaskan Artificial intelligence yang membolehkan gambar di hasilkan dengan menarik, mudah dan cepat hanya dengan menggunakan teks (prompt) sahaja walaupun anda tidak mempunyai kemahiran khusus dalam menghasilkan gambar menggunakan apa-apa perisian seperti photoshop adobe ilustrator dan lain-lain.

Apa Itu Midjourney

Midjourney merupakan teknologi kecerdasan buatan yang dicipta dan dihoskan oleh makmal penyelidikan bebas yang berpangkalan di San Francisco, iaitu Midjourney, Inc. Midjourney berfungsi untuk menjana imej daripada penerangan bahasa semula jadi, yang dipanggil “prompt”, serupa dengan DALL-E dan Stable Diffusion OpenAI.

Ianya telah diasaskan pada 2021 oleh David Holz, sebelum ini pengasas bersama Leap Motion. Platform penjanaan imej ini mula-mula memasuki fasa beta secara terbuka kepada orang awam pada 12 Julai 2022. Walau bagaimanapun, pada 14 Mac 2022, pelayan Discord dilancarkan dengan permintaan untuk menyiarkan gambar berkualiti tinggi ke Twitter/Reddit untuk latihan sistem.

Pada masa ini, ianya masih dalam fasas pembangunan, tetapi ia telah berupaya untuk mencipta pelbagai jenis imej, termasuk landskap, potret dan seni abstrak.

Cara Guna Midjourney

Ianya boleh digunakan sama ada melalui, PC atau handphone. Sebelum anda boleh mula menggunakanya, anda perlu  ;

  • Daftar dan langgan akaun Midjourney
  • Daftar akaun discord
midjourney discord
  • Pertama sekali download apps discord sama ada di PC atau handphone anda.
  • Lepas register, boleh sign in.
  • Pergi ke website https://www.midjourney.com/
midjourney ai
  • Klik Join in beta dia akan keluar invitation. Bila tekan akan terus masuk ke apps discord. Discord ni apps macam forum untuk orang chat. Banyak juga function. Ni kita dah masuk dalam server Midjourney di dalam apps discord.
cara guna midjourney
  • Dekat sini, anda boleh check dekat Newcomer Room, selalunya nombor akan berbeza-beza. Bergantung kepada server mana yang available. Boleh tekan room tersebut
midjourney prompt
  • Seterusnya anda sudah boleh tekan. tulis /imagine. jangan lupa tekan butang prompt dahulu sebelum mula tulis.
  • Masukan “Prompt” ni merupakan arahan dalam bentuk teks yang kita taip berdasarkan imaginasi atau kehendak kita mengenai gambar yang hendak di hasilkan oleh Midjourney
  • Pastikan anda tekan butang prompt dulu sebelum tulis. Prompt tu anda kena tulis apa gambar yang anda nak dihasilkan.
  • Selepas itu anda perlu tunggu loading dalam beberapa minit. Atau anda juga boleh keluar, dan terus tunggu result dekat bahagian home. bahagian mention you.

Kredit gambar : Izaniey Aiful

  • Contoh gambar yang disahilkan mengunakan Midjourney.
  • Butang U bermaksud Upscale -Untuk besarkan gambar.
  • Butang V bermaksud Variation- Untuk pelbagaikan gambar tu.
  • Dekat butang refresh tu kalau korang tak berpuas hati dengan result dia. Dan nak dia bagi result baru

Baca juga : Permohonan Sekolah Seni Tingkatan 1 Sesi 2023

Tips Prompt Gambar Midjourney

Prompt ialah arahan ringkas tentang imej yang ingin anda hasilkan. Contohnya, anda boleh menaip “lukisan landskap hutan pada waktu malam” atau “potret wanita bermata biru dan rambut panjang.” Midjourney kemudiannya akan menjana beberapa imej berdasarkan prompt anda. Anda kemudian boleh memilih imej yang anda suka atau edit mengikut kesesuaian anda.

Berikut adalah beberapa tips prompt Midjourney ;

  • Berikan arahan atau prompt yang khusus dan spesifik. Lebih spesifik prompt yang anda berikan, lebih baik imej yang akan dihasilkan oleh Midjourney Ai.
  • Gunakan kata kunci. Kata kunci ialah perkataan yang menerangkan mengenai imej yang ingin anda buat. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kata kunci “hutan”, “malam”, “lukisan” dan “landskap” untuk menjana imej hutan pada waktu malam.
  • Gunakan kata adjektif. Kata adjektif boleh membantu menambah butiran pada prompt anda. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kata sifat seperti “biru,” “panjang” dan “rambut” untuk menghasilkan imej wanita dengan mata biru dan rambut panjang.
  • Jadilah kreatif. Jangan takut untuk mencuba dengan prompt yang berbeza. Semakin kreatif anda, semakin menarik imej yang akan dihasilkan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Midjourney anda juga boleh layari https://www.midjourney.com/ atau layari Midjourney Mahir Malaysia untuk belajar panduan cara guna dan dapatkan lebih banyak tips dan prompt Midjourney untuk hasilkan gambar yang menarik

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!