iPhone 15 2023,Ciri-Ciri Spesifikasi,Warna & Harga

Terkini iPhone 15 2023, rasmi bakal di lancarkan pada tarikh 12 September 2023. Pelancaran tersebut akan diadakan pada hari Selasa, 12 September jam 10 pagi Pasifik di Teater Steve Jobs di ibu pejabat Apple di Cupertino.

Manakala pra-tempahan pula dijangka akan dibuka bermula pada hari Jumaat , 15 September 2023 iaitu 3 hari selepas pelancaran.

iPhone 15, juga dijangka didatangkan dalam empat siri model iaitu iPhone 15,Plus,Pro dan Pro Max.

Ciri- Ciri iPhone 15

Reka bentuk seakan iPhone 14

Bagi pengguna tegar barangan Apple, sudah tentu tahu yang mana ciri-ciri utama yang pastinya akan dikekalkan adalah berkonsepkan minimalist.

Menurut beberapa sumber, reka bentuk ciri-ciri iPhone 15 dijangka mempunyai reka bentuk yang tidak banyak berbeza dengan yang iPhone 14.

Namun yang pasti ia akan hadir dengan sedikit perubahan kecil yang akan memberi impak yang besar kepada penggunanya.

iphone-15-design

Tiada lagi takuk, tetapi digantikan dengan potongan pil dan lubang

Semua model keluaran Apple kali ini, diramalkan akan mempunyai bentuk potongan pil dan lubang dan bukannya takuk. Potongan ini adalah bagi menempatkan kamera hadapan dan sensor untuk pengesanan Face ID.

Bingkai Titanium

iphone 15 pro max titanium
Kredit photo : @jonjuhan/Twitter

Bingkai titanium dijangka akan digunakan bagi menyaluti model Pro dan Pro Max. Ini akan menjadikannya lebih tahan lasak dan lebih ringan daripada bingkai keluli tahan karat iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max

Lebih nipis dari iPhone 14

Kredit photo : https://www.macrumors.com/

Model iPhone 15 Pro dan Pro Max juga dijangka mempunyai lebar bezel tepi yang lebih nipis berbanding iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Bagi model iPhone 15 dan Plus dijangka mempunyai reka bentuk yang sama seperti iPhone14 dan iPhone14 Max, dengan reka bentuk tepi rata dan bingkai aluminium.

Butang Baru

Kredit photo : https://www.macrumors.com/

Antara ciri terbaru yang bakal dibahawakan bagi model 15 Pro dan 15 Pro Max ialah, ianaya akan mempunyai butang tindakan baharu. Butang ini dikatakan terletak di sisi telefon dan boleh digunakan untuk mencetuskan ciri tertentu, seperti mengaktifkan lampu suluh atau mengambil tangkapan skrin.

.

Warna iPhone 15 Pro, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro Max

Untuk warna iPhone 15 pula, dijangka akan ada beberapa warna baharu seperti berikut;

Kredit photo : https://9to5mac.com/

iPhone 15 dan Plus: Midnight, Starlight, Light Green, Yellow, and Coral Pink

iPhone 15 Pro dan Pro Max: Titan Gray, Black, Silver, and Dark Blue

Warna Titan Grey dikhabarkan sebagai warna baharu untuk model Pro dan Pro Max. Ia dikatakan berwarna kelabu yang lebih terang dan lebih keperakan daripada warna Graphite iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Manakala Warna Biru Tua juga dikhabarkan sebagai warna baharu untuk model Pro dan Pro Max. Ia dikatakan sebagai warna biru laut dalam dan kaya yang serupa dengan warna Biru Pasifik iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Warna lain adalah sama dengan warna iPhone 14.

Bateri

Setakat ini terdapat dua versi jangkaan bagi size bateri untuk iPhone 15 iaitu bateri dengan size 4,422 mAh atau size 4,852 mAh yang besar. 

Ianya sudah pasti akan memberi impak yang luar bisa walaupun size bateri ini hanya mempunyai peningkatan kecil berbanding iPhone 14 Pro Max (4,323 mAh).

Sebabnya adalah dua kali ganda. Pertama, Apple beralih kepada proses fabrikasi 3nm untuk cip A17, yang akan datang kepada kedua-dua model Pro. Lonjakan kepada 3nm akan membolehkan cip berjalan lebih pantas, lebih sejuk dan lebih berkuasa dengan cekap, dengan penganalisis mendakwa ia boleh meningkatkan hayat bateri sebanyak 20%.

Apple juga di katakan akan menggunakan teknologi bateri bertindan, yang pertama di dunia untuk telefon pintar. 

Untuk info,penggunaan bateri bertindan sudah digunakan secara meluas dalam industri aeroangkasa, penerbangan dan kereta elektrik.

Kelebihan bateri dengan teknologi baru ini ialah ianya turut menawarkan kecekapan yang lebih baik, suhu yang lebih sejuk dan jangka hayat yang lebih lama

Harga

Dijangka harga model biasa dan model Plus sama dengan harga pelancaran iPhone 14, Manakala harga untuk model Pro dan Pro Max dijangka bermula dari $1,099 dan $1,299 iaitu kenaikan sehingga $100-$200 daripada model terdahulu

Anggaran bagi harga iPhone 15 2023 pada hari pelancaran bagi semua model adalah seperti berikut ;

  • iPhone 15: bermula dari $799 (tidak berubah)
  • iPhone 15 Plus: bermula dari $899 (tidak berubah)
  • iPhone 15 Pro: bermula dari $1,099 ($100 peningkatan)
  • iPhone 15 Pro Max: bermula dari $1,299 ($200 peningkatan)

Anda juga boleh mendapatkan harga iphone di Malaysia terkini bagi semua model

Ciri-Ciri iPhone 15 Pro Max

Jadi berikut apa yang boleh kami kongsikan dengan anda mengenai ciri-ciri khusus untuk iPhone 15 Pro Max, iaitu model terbaik bagi siri keluaran Apple yang terbaru kali ini.

  • Rekabentuk
    • Mempunyi potongan pil dan lubang mengantikan takuk
    • Hadir dengan bingkai premium yang diperbuat daripada titanium yang lebih tahan lasak dan lebih ringan berbanding bingkai biasa
    • Mempunyai lebar bezel tepi yang lebih nipis, bermaksud paparan lebih luas
    • Terdapat fungsi butang baru di bahagian tepi
  • Warna pilihan : Titan Gray, Black, Silver, dan Dark Blue
  • Size bateri : 4,422 mAh atau size 4,852 mAh
  • Harga : Bermula dari $1,299

Pelancaran

Ada banyak lagi maklumat yang belum didedahkan, seperti kapasiti storan, model pencas dan apa lagi ciri-ciri terbaru yang dibawakan oleh Apple Inc untuk versi keluaran 2023 ini. Pastinya pagi penguna tegar anda mempunyai banyak persoalan.

Bagi anda yang ingin mengikuti pelancaran rasmi iPhone 15,Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra generasi kedua.

Majlis pelancaran akan diadakan pada hari Selasa, 12 September jam 10 pagi Pasifik di Teater Steve Jobs di ibu pejabat Apple di Cupertino.

Bagi yang di Malaysia, anda juga boleh menghadiri majlis perasmian tersebut secara online menerusi pautan berikut; https://www.youtube.com/live/ZiP1l7jlIIA?si=Abfv5fE9pN5mb5KI atau https://www.apple.com/apple-events/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!