Sambutan Ambang Merdeka 2023 (Tarikh, Lokasi & Masa)

Tanpa disedari, Hari Kemerdekaan bakal menjelma tidak lama lagi. Pasti ramai yang sedang merancang untuk hadiri Program Ambang Merdeka bagi menantikan detik 31 Ogos pada 12 tengah malam.

Kebiasaannya pada malam tersebut, pelbagai aktiviti menarik dan acara bunga api akan diadakan bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan.

Jadi, bagi anda yang merancang untuk hadiri acara Sambutan Ambang Merdeka bersama rakan dan keluarga, ayuh ikuti perkongsian kami.

Sambutan Ambang Merdeka 2023 Peringkat Negeri : Tarikh, Lokasi & Masa

Untuk makluman, sambutan Ambang Merdeka 2023 akan diadakan di 9 buah negeri secara serentak. Butirannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 30 OGOS 2023 (RABU)

Masa : 8.00 malam -12.00 malam

Lokasi

  1.  Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  2. Dataran IKS, Simpang Renggam, Kluang, Johor
  3. Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka
  4. Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan
  5. Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor
  6. Jalan Persiaran Wawasan & Dataran Kompleks DUN, Perlis
  7. Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu, Terengganu
  8. Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Perak
  9. Dataran Pehin Setia Raja, Mukah, Sarawak
Sambutan Ambang Merdeka 2023

Lanjutan Operasi LRT, MRT & KL Monorel Sempena Program Ambang Merdeka

Sukacita dimaklumkan bahawa sempena sambutan Ambang Merdeka 2023 di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2023, waktu operasi di beberapa stesen LRT, MRT & KL Monorel akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi pada 31 Ogos 2023.

Untuk perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya, stesen yang terbabit adalah Stesen Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC dan Ampang Park.

Manakala, untuk laluan KL Monorel, stesen yang terbabit adalah Stesen Bukit Bintang.

Bagi laluan LRT Ampang/Sri Petaling, membabitkan Stesen Masjid Jamek dan untuk MRT laluan Kajang, stesen terbabit adalah Stesen Pasar Seni dan Bukit Bintang.

Bagi laluan MRT Putrajaya, stesen yang akan dilanjutkan operasi adalah Stesen Ampang Park dan Persiaran KLCC.

Sambutan Ambang Merdeka 2023

Nota :

  • Bagi memastikan kelancaran perjalanan, Rapid KL menyarankan semua pengguna perkhidmatannya menggunakan kad Touch ‘n Go dengan baki yang mencukupi.
  •  Stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.
  • Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai sambutan kemerdekaan bagi tahun ini, sila layari http://www.merdeka360.my.

Baca Juga : Sajak Merdeka 2023, Koleksi Contoh Puisi Kenegaraan Terbaik

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!