Tabung Pinjaman Akademik & Pengajian Tinggi Angkatan Tentera/Anak Tentera 2022
Tabung Pinjaman Akademik Angkatan Tentera/Anak Tentera (Tapat & SPAAT) ~ Sukacita dimaklumkan tawaran permohonan bagi Tabung Pinjaman Akademik & Pengajian Tinggi Angkatan Tentera (TAPAT) dan Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera (SPAAT) kini dibuka.
Bantuan Tabung Pinjaman Akademik & Pengajian Tinggi Angkatan Tentera/Anak Tentera ini dibuka bagi membantu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta ahli keluarga anggota yang ingin melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi sama ada di universiti tempatan atau luar negara.
Bantuan ini terbuka kepada anggota ATM, pasangan serta anak-anak anggota ATM yang mendapat tawaran untuk lanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
Pemohon yang layak juga dapat nikmati pinjaman ini tanpa faedah.
Syarat Permohonan TAPAT dan SPAAT
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat permohonan seperti :
- Anggota ATM
- Pasangan anggota ATM
- Anak-anak anggota ATM
- Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
Jumlah Pinjaman bagi TAPAT dan SPAAT
Kadar pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut :
- 90% daripada yuran pengajian secara keseluruhan ; atau
- Maksimum RM 30,000 ; atau
- Atau mana-mana yang lebih rendah
Bayaran Balik Pinjaman Tabung Pinjaman Akademik & Pengajian Tinggi Angkatan Tentera/Anak Tentera
Proses bayaran balik bagi pinjaman pembiayaan pelajaran TAPAT dan SPAAT adalah tertakluk seperti berikut :
- Melalui potongan gaji bulanan maksimum 60 bulan
- Tertakluk kepada kelulusan Jawatan Kuasa Eksekutif Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).
Cara Memohon Tabung Akademik & Pengajian Tinggi Angkatan Tentera/Anak Tentera
Anggota ATM, pasangan atau anak-anak yang ingin sambung pengajian boleh kemukakan permohonan ke Jabatan Arah Pendidikan.
Tarik Tutup Permohonan Tabung Akademik & Pengajian Tinggi Angkatan Tentera/Anak Tentera
Untuk makluman, permohonan perlulah dikemukakan selewat-lewatnya sebelum 17 Februari 2022.
Kelulusan Permohonan
Permohonan akan diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif TKAT untuk kelulusan.
Maklumat Lanjut
Anggota ATM, pasangan atau anak-anak yang berminat untuk memohon boleh berhubung dengan Pegawai atau Jurulatih Pendidikan di pasukan masing-masing untuk pertanyaan lanjut.
Diharap semoga bantuan ini dapat meringankan beban pembiayaan keluarga anggota ATM yang ingin melanjutkan pelajaran di IPT tempatan atau luar negara.