Permohonan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti BKPKK RM300 Sebulan

Berita baik, permohonan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti BKPKK. Untuk membantu pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM3,000 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.

Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.

Kadar Bantuan Pelajar RM300 Sebulan

bantuan kewangan pelajar kolej komuniti

Pelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua (2) semester sahaja.  Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester.

Syarat Permohonan BKPKK

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Baca juga : Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2022/2023

Cara Permohonan

Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Semakan Bantuan Kewangan Kolej Komuniti

Bagi pelajar yang telah membuat permohonan, semakan bantuan boleh dibuat menerui pautan berikut

https://app.mypolycc.edu.my/bkpkk/borang/semak/semak01.php

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Kewangan Kolej Komuniti, anda boleh hubungi Kolej Komuniti masing-masing atau ;

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya


Talian Utama : 03 – 8888 1616 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

Soalan Lazim F.A.Q

Siapakah Yang Layak Untuk Menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti Ini?

Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3, 000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.

Apakah Syarat-Syarat Dan Kriteria Untuk Melayakkan Pelajar Mendapat Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti?

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Berapakah Jumlah Bantuan Kewangan Yang Akan Pelajar Terima Sepanjang Tempoh Pengajian?

Pelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua (2) semester sahaja.  Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!