Tawaran Biasiswa API-MDC 2022

Tawaran Biasiswa API-MDC 2022 Untuk Pelajar Ijazah Sarjana Muda USM ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi  Biasiswa API-MDC 2022 Untuk Pelajar Ijazah Sarjana Muda Universiti Sains Malaysia.

Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa API-MDC 2022

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan biasiswa ini adalah pada 31 Mac 2022.

Baca Juga : Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan

biasiswa api-mdc

Maklumat Biasiswa

Nama biasiswa : Program Biasiswa API-MDC

Nama Penaja : API-MDC Group of Companies

Jenis Program Pengajian : Semua program pengajian boleh memohon

Jumlah Biasiswa : RM 6,000 setahun

Syarat Kelayakan

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar sepenuh masa mengikuti pengajian Bachelor Degree di Universiti Sains Malaysia (semua kampus) dan dalam pengajian tahun kedua.
  • Pencapaian akademik pengajian tahun pertama minimum CGPA 3.00 dan ke atas
  • Aktif dalam penglibatan ko-kurikulum.
  • Semua jenis program pengajian layak memohon biasiswa ini.

Cara Memohon

Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh lakukan permohonan secara atas talian. Borang permohonan boleh didapati di bawah :

Semua permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 31 Mac 2022 ke alamat email berikut :

apimdc.scholarship@admin

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga dikehendaki untuk sertakan dokumen seperti berikut dalam bentuk PDF:

  • Gambar berukuran pasport terkini
  • Salinan kad pengenalan pemohon depan dan belakang
  • Salinan transkrip dan sijil akademik (SPM/STPM/UEC/A-Levels/O-Levels/MUET/CPU/Matrikulasi/Diploma/IB dan setara dengannya)
  • Salinan keputusan ujian semester terkini
  • Salinan sijil Ko-Kurikulum
  • Salinan Borang Cukai Pekerja Swasta (EA Form) , Slip Gaji Ibu Bapa/Penjaga, Penyata Cukai Pendapatan (*jika berkenaan).
  • Salinan Surat Tawaran dari universiti.
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!