Pantun Merdeka 2023, Koleksi Pantun Patriotik Terbaik
Pantun Merdeka 2023, Koleksi Pantun Patriotik Terbaik
Untuk menyemarakkan bulan Kemerdekaan, terdapat banyak cara untuk menyemai sikap patriotik dan cinta akan negara antaranya menerusi pantun merdeka.
Tidak hanya puisi dan sajak, pantun juga dijadikan medium yang popular untuk menyampaikan mesej-mesej kemerdekaan kepada orang ramai.
Namun untuk membina pantun, terdapat aturan yang perlu diikuti bagi memastikan pantun yang dihasilkan adalah tepat dan betul.
Syarat dan panduan menulis pantun
Pantun merupakan puisi tradisional daripada masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi.
Pantun lazimnya terdiri daripada 4 baris serangkap, 4 perkataan sebaris, mempunyai rima a, b, a, dan b, dengan beberapa variasi dan pengecualian.
Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada 2, iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud.
Setiap rangkap tidak dapat berdiri dengan sendiri dan biasanya rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.
Koleksi pantun merdeka
Antara koleksi pantun Merdeka yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:
Indah berseri cincin delima,
Bertatah permata elok dipakai,
Malaysia kini 66 tahun merdek,
Negara kita aman dan damai.
Pakai baju baju kebaya,
Buat bersanding pengantin berseri,
Bersatu padu rakyat sejahtera
Sama-sama bersaing memantap ekonomi.
Halus teratur jambangan cempaka.
Di tepi jejawi molek kedidi,
Takkan luntur semangat merdeka,
Dijulang pertiwi sentosa abadi.
Remaja kini menjulang agama,
Bagai cahaya menyeri pandangan,
Malaysia harmoni aman sentiasa,
Dengan adanya pemimpin sanjungan.
Pergi ke kedai membeli asam,
Asam dibeli bersama gula,
Semangat patriotik harus ditanam,
Supaya diri cintakan agama.
Setiap hari makan roti,
Roti diletak ditepi lilin,
Undang-undang negara perlu dipatuhi,
Supaya hidup lebh berdisiplin.
Musim manggis sudah tiba,
Manggis dimakan ketika memandu,
Kerjasama penting antara kita,
Supaya hidup lebih bersatu.
Mewangi harum tanam astakona,
Tempat bermain puteri bunian,
66 tahun Malaysia merdeka,
Negara maju menjadi impian.
Daun sirih di dalam dulang,
Menjadi hantaran majlis beradat,
Rakyat dibela pemimpin dijulang,
Malaysia merdeka kekal berdaulat.
Jalur Gemilang bendera kita,
Megah berkibar di pagi hari,
Selalu kita berdoa pada Nya,
Supaya negara aman harmoni.
Rembulan beradu indahnya nian,
Cahaya bersinar satu purnama,
Negara sejahtera tanpa ancaman,
Rakayat bahagia bersatu bersama.
Burung merpati terbang di awan,
Senja menjelang ditangkap helang,
Remaja berkualiti penjana wawasan,
Malaysia cemerlang gemilang terbilang.
Sampan kolek menuju ke hilir,
Sarat muatan si buah kelapa.
Jangan berkata hanya di bibir,
Cintaky negara apa buktinya.
Pakai TMNET jalur lebar,
Yuran mahal tidak sia-sia,
Jalur Gemilang megah berkibar,
Simbol perpaduan rakyat Malaysia.
Cantiknya gelang pada ukiran,
Diserikan pula emas permata,
Biar hilang nyawa dibadan,
Jangan kita berputih mata.
Lagu Negaraku lagu kebangsaan,
Dihafal dan diingati oleh semua,
Tugu negara lambang pengorbanan,
Pembakar semangat kepada semua.
Logam dan gangsa senang didapati,
Dijadikan dulang untuk hantaran,
Slogan kemerdekaan sentiasa dihayati,
Tekad perpaduan penuhi harapan.
Setiap tahun menyambut merdeka,
Jalur Gemilang berkibar megah,
Sejarahh negara jangan dilupa,
Beratus tahun kita dijajah.
Kaum Melayu, Cina dan India,
Hidup sejahtera bersatu padu,
Jasa pemimpin jangan dilupa,
Rakyat terbilang negara maju.
Tiga puluh satu Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut merdeka,
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan pantun merdeka dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
Anda juga boleh baca informasi kami yang lain dan lebih menarik seperti:
Sumber:
- Pantun Merdeka.
- Seni Penulisan Pantun. Tunas Cipta