Contoh Kertas Kerja Program Sekolah / Motivasi
Kertas kerja program sekolah / motivasi ini juga boleh diguna pakai untuk lain-lain tujuan seperti program sukan, sukarelawan (ngo), kesihatan dan lain-lain.
Ini kerana format penulisannya adalah lebih kurang sama.
Apa yang penting adalah isi kandungan tersebut perlu jelas dan lengkap untuk penilaian bagi tujuan kelulusan program yang dicadangkan.
Apa Itu Kertas Kerja
Ianya merupakan satu dokumentasi yang mengandungi cadangan program yang hendak di laksanakan. Pada kebiasanya, ianya akan disediakan oleh setiausaha AJK yang telah dilantik berdasarkan mesyuarat yang telah dibincangkan.
Antara maklumat yang terdapat dalam format ini ialah ;
- Tajuk program
- Objektif
- Tarikh
- Tempat
- Masa dan aturcara program
- Bajet kewangan
- Nama AJK yang terlibat sebagai pelaksana
- Senarai organisasi luar yang terlibat
Selain itu juga ajk boleh memasukkan butiran-butiran lain yang berkaitan yang dirasakan perlu bagi membolehkan kertas program tersebut diluluskan.
Contoh Program Sekolah Yang Perlukan Kertas Kerja
Antara contoh program/ aktiviti sekolah yang memerlukan kertas kerja untuk kelulusan sebelum dapat dilaksanakan adalah seperti ;
- Program lawatan sambil belajar
- Program sukaneka
- Mesyuarat PIBG
- Program merentas desa
- Acara sukan tahunan
- Program seminar motivasi SPM
- Pertandingan kawad kaki
- Perarakan bulan kemerdekaan
- Sambutan Hari Guru
- Program Anugerah Pelajar Cemerlang
- Kem Motivasi Pelajar
- Program Perkhemahan Perdana
- Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM
- Penilaian Program Pencegahan Buli Sekolah
Baca juga : Format Penulisan Laporan Aktiviti & Contoh-Contohnya
Ini hanyalah beberapa contoh, dan terdapat banyak lagi jenis kertas kerja program sekolah yang boleh ditulis.
Apabila menulis kertas program sekolah, adalah penting untuk anda jelas tentang tujuan kertas kerja tersebut dibuat.
Adakah ianya itu bertujuan untuk memohon dana untuk program yang hendak dilaksanakan? atau sekadar untuk memaklumkan?, atau untuk tujuan menganalisis?
Format Penulisan
Isi kandungan kertas program sekolah boleh berbeza-beza bergantung pada aktiviti / program yang hendak dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat umum yang biasanya disertakan dalam kertas program sekolah seperti ;
- Pengenalan – Gambaran keseluruhan tentang tajuk kertas kerja dan menyatakan pernyataan
- Matlamat – Apa yang hendak dicapai sebelum / semasa / selepas program / aktiviti tersebut dilaksanakan
- Objektif – Sasaran program / aktiviti
- Tarikh pelaksanaan
- Anggaran peserta / penyertaan yang terlibat dalam program /aktiviti yang hendak dilaksanakan
- Senarai ahli jawatankusaa – Nyatakan nama dan jawatan setiap ahli
- Anggaran perbelanjaan – Nyatakan butiran perbelanjaan
- Jadual dan atur cara program
Contoh Kertas Kerja
Penulisan kertas program sekolah hendaklah jelas, padat, dan teratur. AJK yang dilantik perlu menggunakan bukti daripada penyelidikan untuk menyokong hujah mereka. Kertas kerja juga perlu dilutis dengan teliti dan elakkan daripada kesilapan dalam tatabahasa
Sebagai rujukan, anda juga boleh download contoh kertas kerja program sekolah/ngo (pdf) seperti berikut ;
- Kertas Kerja Program Seminar Motivasi SPM
- Contoh Kertas Program Sekolah Perkhemahan Perdana
- Contoh Kertas Mesyuarat PIBG
- Contoh Format Keras Program NGO
- Contoh Kertas Program Pengurusan Jenazah
- Contoh Kertas Program Penyelenggaraan Sekolah