Panduan Solat Jamak & Qasar : Syarat & Niat (JAKIM)

Panduan Solat Jamak & Qasar : Syarat & Niat (JAKIM)

Bagi umat Islam yang bermusafir lebih dari dua marhalah, mereka diberi kelonggaran untuk menjamak (menghimpun) dan mengqasar (memendekkan) solat.

Antara syarat-syarat perjalanan yang diharuskan Solat Jamak dan Qasar adalah :

  1. Perjalanan yang jaraknya 81 km dan lebih.
  2. Perjalanan yang tentu tujuannya (bukan merayau).
  3. Perjalanan yang tidak bertujuan maksiat.
  4. Tidak diambil kira perjalanan untuk berniaga arak, mengamal riba atau menyamun.

Solat Qasar (Memendekkan)

Solat qasar bermaksud memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan adalah solat Zohor, Asar dan Isyak.

Syarat-syarat bagi solat Qasar adalah :

  1. Solat fardhu yang diqqasarkan berkenaan wajib ke atas seseorang yang bermusafir dan melakukannya semasa bermusafir itu
  2. Perjalanannya telah melepasi sempadan qaryah
  3. Tidak berniat menetap selama 4 hari atau lebih di tempat yang dituju (tak termasuk hari datang & pulang).
  4. Tidak mengikuti imam solat yang bermukim.

Tempoh Hari Yang Dibolehkan Untuk Solat Jamak dan Qasar

Ini merupakan antara keraguan yang sering timbul dalam kalangan musafir. Berdasarkan perkongsian dari JAKIM, tempoh yang dibolehkan untuk solat Jamak dan Qasar adalah 3 hari 3 malam. Tempoh ini TIDAK termasuk hari datang dan hari pulang.

Namun, jika seseorang berniat tinggal di suatu tempat selama 4 hari atau lebih, maka TIDAK BOLEH QASAR dan JAMAK ketika sampai di tempat itu kerana sudah dikira bermukim.

Akan tetapi, jika seseorang masih dalam perjalanan dan tiada hari had yang tetap, maka dibolehkan qasar dan jamak sehingga sampai ke destinasi musafir.

solat jamak

Solat Jamak (Menghimpun)

Solat jamak bermaksud menghimpunkan atau mengumpulkan 2 solat dalam satu waktu.

Sebagai contoh, seseorang boleh :

Mengumpulkan solat Zohor kepada Asar dan sebaliknya

  • Mengumpulkan solat Maghrib dengan Isyak dan sebaliknya
  • Solat Jamak terbahagi kepada dua iaitu :
solat jamak

i) Jamak Takdim

  • Kedua-dua solat mengikut tertib (dahului dengan solat empunya waktu)
  • Niat jamak dilakukan dalam solat yang pertama (hingga sebelum beri salam)
  • Berturut-turut antara solat pertama & kedua
  • Masih musafir hingga takbir solat kedua

iI) Jamak Ta’khir

  • Niat ta’khir kan solat pertama pada waktu kedua adalah ketika masuk waktu solat pertama.
  • Masih musafir hingga selesai kedua-dua solat
  • Tertib di antara kedua-dua solat TIDAK DISYARATKAN malah boleh dimulakan dengan amna-mana antara 2 solat tersebut

Lafaz Niat

ii) Niat Jamak Takdim dan Qasar

Berikut dikongsikan lafaz niat Jamak Taqdim dan Qasar :

ZOHOR – ASAR

  • “Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah SWT.”
  • “Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zohor tunai kerana Allah SWT.”

MAGHRIB – ISYAK

  • “Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah SWT.”
  • “Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.”

ii) Niat Jamak Ta’khir dan Qasar

ASAR – ZOHOR

  • “Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zohor tunai kerana Allah SWT.”
  • “Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah SWT.”

ISYAK – MAGHRIB

  • “Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.”
  • “Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah SWT.”

Sumber : JAKIM

Baca Juga : Bacaan Dalam Solat Serta Maksudnya Yang Perlu Kita Tahu

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!