Panduan Solat Tarawih: Cara Bacaan, Niat,Witir & Doa – JAKIM

PANDUAN CARA SOLAT TARAWIH BACAAN, NIAT, WITIR LENGKAP & DOA DISEDIAKAN JAKIM UNTUK PANDUAN SOLAT TERAWIH BERJEMAAH DI MASJID / SENDIRI DI RUMAH

Solat Tarawih merupakan solat istimewa yang ditunaikan khusus pada bulan Ramadan yang mulia oleh umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Di Malaysia, secara umumnya pelaksanaan solat terawih dilaksanakan sebanyak 8 rakaat atau 20 rakaat.

Kelebihan solat tarawih ini juga banyak dinyatakan di dalam Al-quran. Antaranya

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih)

pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang lalu…”(Riwayat Muslim)

Hukum Solat Tarawih

solat terawih bersendirian
  1. Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
  2. Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam

Waktu Sembahyang Sunat Terawih

  • Ditunaikan selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat

Niat Solat Terawih

niat

Imam

أُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْح رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat menjadi imam kerana Allah Taala.

Makmum

أُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْح رَكْعَتَيْنِ مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala

Rukun Solat Terawih

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini samalah dengan rukun sembahyang yang lain juga

Baca juga : Niat Puasa Ramadan Harian dan Sebulan

Cara Solat Tarawih

1.Niat untuk menunaikan solat terawih.

Mulakan solat dengan melakukan Takbiratul Ihram iaitu lafaz “Allahu Akbar” dengan niat memulakan solat.

2.Baca Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Surah atau ayat-ayat Al-Quran yang terpilih.

  • Bacaan surah ayat al-quran selepas Al-Fatihah adalah bebas. Namun untuk memudahkan pelaksaan solat terawih pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takathur hingga surah al- Masad. Susunan surah-surah adalah seperti berikut:
    • Surah Al-Takathur
    • Surah Al-Asr
    • Surah Al-Humazah
    • Surah Al-Fil
    • Surah Quraisy
    • Surah Al-Ma’unSurah
    • Al-KautsarSurah
    • Al-Kafirun
    • Surah An-Nasr
    • Surah Al-Masad
  • Pada tiap-tiap rakaat yang kedua pula dibaca surah al-Ikhlas.
  • Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan,pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
  • Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.

3.Ruku’ dengan mengucapkan “Subhana rabbiyal Adheem” ​​tiga kali ketika rukuk.

4.Berdirilah tegak dari posisi ruku’ dan bacalah “Sami’Allahu liman hamidah”.

5.Iktidal kemudian ucapkan “Rabbana wa lakal hamd”.

6.Sujud dengan mengucapkan “Subhana rabbiyal A’la” tiga kali ketika sujud.

7.Duduk tegak dari posisi sujud dan membaca “Rabbighfirli” (Ya Tuhanku, ampunilah aku) sebelum melakukan sujud yang lain.

8.Ulang langkah 3-7 untuk rakaat kedua.

9.Selepas selesai rakaat kedua, berdiri untuk rakaat ketiga dan baca Surah Al-Fatihah dan Surah atau ayat-ayat Al-Quran yang terpilih.

10.Lakukan langkah 4-8 untuk rakaat ketiga dan keempat.

11.Selepas selesai rakaat keempat, berdiri untuk rakaat kelima dan baca Surah Al-Fatihah dan Surah atau ayat-ayat Al-Quran yang terpilih.

12.Lakukan langkah 4-8 untuk rakaat kelima dan keenam.

13.Selepas selesai rakaat keenam, berdiri untuk rakaat ketujuh dan baca Surah Al-Fatihah dan Surah atau ayat Al-Quran terpilih.

14.Lakukan langkah 4-8 untuk rakaat ketujuh dan kelapan.

15.Selepas selesai rakaat kelapan, bacalah Tashahhud

  • Akhiri solat dengan bertaslim iaitu lafaz “Assalamu alaikum wa rahmatullah” ke kanan dan kiri.

Selawat & Wirid Antara Solat

Bacaan selawat dan bacaan tertentu ketika memulakan atau di antara solat terawih adalah tidak wajib dan tidaklah dimestikan jika kita tidak menghafalnya.

Tetapi ianya amalan yang sunat untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.

Sebagai panduan, berikut adalah bacaannya ;

Bacaan sebelum memulakan solat sunat terawih

solat terawih

Dibaca oleh BILAL

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ اَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Dibaca oleh BILAL

للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Dibaca oleh MAKMUM

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Dibaca oleh BILAL

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Dibaca oleh MAKMUM

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Dibaca oleh BILAL

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وحَبِيبِنَا وشَفِيعِنَا وذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Dibaca oleh MAKMUM

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Dibaca oleh BILAL

صَلَاةُ التَّرَاوِيحِ جَامِعَةً مِنْ قِيَامِ شَهْرِ رَمَضَانَ أَثَابَكُمُ اللَّهُ

Dibaca oleh MAKMUM

الصَّلَاةُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Selepas Rakaat 2, 6, 10, 14 dan 18

Dibaca oleh BILAL

فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَنِعْمَةً

Dibaca oleh MAKMUM

وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيمُيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٍ

Dibaca oleh BILAL

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Dibaca oleh MAKMUM

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Dibaca oleh BILAL

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Dibaca oleh MAKMUM

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Dibaca oleh BILAL

الْبَدْرُ الْمُنِيرُ مُحَمَّدٌ، صَلُّواعَلَيْهِ

Dibaca oleh MAKMUM

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Selepas Rakaat 4, 8, 12 dan 16

Dibaca oleh BILAL

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُود

Dibaca oleh MAKMUM

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَوْجُودِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْحَيِّ الَّذِي لاَ يَناَمُ وَلاَ يَمُوتُ وَلاَ يَفُوتُ أَبَدًا، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّنَا وَرَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ . سُبْحَانَ اللَّهِ وَالـْحَمْدُ لِلّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Dibaca oleh BILAL

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Dibaca oleh MAKMUM

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Dibaca oleh BILAL

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Dibaca oleh MAKMUM

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Dibaca oleh BILAL

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وحَبِيبِنَا وشَفِيعِنَا وذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Dibaca oleh MAKMUM

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ

Doa Selepas Solat Tarawih Rakaat 4, 8, 12 dan 16

doa solat terawih

Dibaca oleh BILAL/IMAM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ، اللَّهُمَّ إنّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةِ، وَنَعُوذُبِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ، أَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، وَعَنْ وَالِدِينَا وَعَنْ جَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَلِهِ وَصَحْبِهِ وبَارَكَ وَسَلَّمُ

Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya.

Doa Sebelum Witir

Dibaca oleh BILAL/IMAM

اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنَا بِالْإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ، وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنَ، وَلِلزَّكَاةِ فَاعِلِيْنَ. وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدٰى مُتَمَسِّكِيْنَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى الْاٰخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ. وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلَايَا صَابِرِيْنَ. وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ، وَاِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَفِي الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرَةِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَبحُوْرٍ عِيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاِسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ اٰكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفَّيْنِ شَارِبِيْنَ. بِاَكْوَابٍ وَاَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ مَعَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ، اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنَا فِى هٰذِهِ اللَّيْلَةِ الشَّهْرِ الشَّرِيْفَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ السُّعَدَاءِ الْمَقْبُوْلِيْنَ، وَلاَ تَجْعَلْنَا اللَّهُمَّ مِنَ الْاَشْقِيَاءِ الْمَرْدُودِيْنَ، إِلٰهَنَا عَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرِ اللّٰهُمَّ لَنَا وَلِوَالِدِينَا وَلِأُمَّهَاتِنَا وَلِأِخْوَانِنَا وَلِأَخَوَاتِنَا وَلِأَزْوَاجِنَا وَلِأَهْلِ بَيْتِنَا. وَلِأَجْدَادِنَا وَلِجَدَّاتِنَا وَلِمَشَائِخِنَا وَلِمُعَلِّمِينَا وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤمِنَاتِ، الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ، وَاكْتُبِ اللَّهُمَّ السَّلَامَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَيْنَا وَعَلَى عَبِيدِكَ الْحُجَّاجِ وَالْغُزَّاةِ وَالْزُّوَارِ وَالْمُسَافِرِينَ وَالْمُقِيمِينَ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ، وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِينَ، وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ، يَامُجِيبَ السَّائِلِينَ، وَاخْتِمْ لَنَا يَا رَبَّنَا مِنْكَ بِخَيْرِ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah, jadikanlah kami (orang-orang) yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala fardlu, menjaga shalat. Menunaikan zakat, menuntut/mencari segala kebaikan di sisiMu, mengharap ampunanMu senantiasa memegang teguh petunjuk-petunjukMu, terlepas/terhindar dari segala penyelewengan dan zuhud di dunia dan di akherat dan tabah (sabar) menerima cubaan, mensyukuri segala nikmatMu dan semoga nanti pada hari kiamat kami dalam satu barisan di bawah naungan panji-panji junjungan kita Nabi Muhammad saw, dan melalui telaga yang sejuk, masuk didalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk di takhta kehormatan, didampingi oleh bidadari syurga, dan mengenakan baju-baju kebesaran dari sutra berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, minum susu dan madu yang suci bersih dalam gelas-gelas dan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat pada mereka dari golongan para Nabi, shiddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang shahih. Dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dari Allah SWT, dan kecukupan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Solat Sunat Witir Selepas Tarawih

Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang sunat Witir selepas sembahyang sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah

Jumlah Rakaat

Solat witir dilaksanakan dengan tiga rakaat dengan dua salam

Niat Solat Witir

Lafaz Niat Witir Dua Rakaat

أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Satu Rakaat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَةً لِلَّهِ تَعَالَ
“Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.”

  • Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya samalah dengan lafaz qunut sembahyang Subuh

Bacaan Surah:

Selepas membaca surah al-Fatihah di dalam tiap-tiap rakaat sembahyang sunat Witir dibaca pula surah-surah berikut:

  • Rakaat pertama :- Surah al-‘Ala
  • Rakaat kedua ;- Surah al-Kafirun
  • Rakaat ketiga ;-
    • Surah al-Ikhlas
    • Surah al-Falaq
    • Surah al-Nas

Doa Penutup

Dibaca oleh BILAL/IMAM

اللهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَرُكُوْعَنَا وَسُجُوْدَنَا وَتَخَشُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَضَرُّعَنَا وَتَمِّمْ تَقْصِيْرَنَا يَااَللهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّالْعَلَمِينَ

Ya Tuhan, Tuhan kami, terimalah doa dan puasa kami, doa kami, doa kami, sujud kami, ibadah kami, penghormatan kami, dan keletihan kami, dan kesulitan kami, dengan rahmatMu, kasihanilah wahai Tuhan sekalian alam. Dan selawat dan salam Allah kepada ketua kita Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan serta kedamaian, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Panduan Solat Terawih 8 Rakaat PDF

Bagi memudahkan anda membuat rujukan, anda boleh juga download panduan solat terawih 8 rakaat dalam bentuk PDF yang disediakan oleh JAKIM pautan berikut ;

https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Panduan_Sembahyang_Sunat_Tarawih.pdf

Dengan adanya panduan solat terawih ini, semoga dapat memudahkan kita menunaikan amal ibadah di bulan Ramadan dengan lebih yakin dan supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah SWT dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!