MFL Challenge Cup 2023, Tarikh & Jadual Perlawanan

Laporan MFL Challenge Cup 2023, Tarikh, Jadual Perlawanan & Siaran Langsung Live Stream

Seperti yang anda ketahui, Piala Malaysia 2023 pusingan 16 telah pun berakhir dengan mencatatkan JDT mencatatkan kemenangan terbesar dengan aggregate 15-1 selepas menewaskan Kelantan FC pada perlawanan timbal balik dengan membelasah The Red Warriors 10-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

8 pasukan yang mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia adalah

JDT,Sabah FC,Terengganu FC,Negeri Sembilan FC ,Selangor FC,Perak FC,Kuala Lumpur City FC dan Sri Pahang FC

MFL Challenge Cup 2023

mfl Challenge Cup 2023

Ini merupakan tahun ketiga penganjuran MFL Challenge Cup 2023, walaupun kejohanan ini mula dipertandingkan sejak tahun 2018. Namun hanya berjaya dilangsungkan selama dua tahun iaitu pada tahun 2018 dan 2019.

Seperti yang kita sedia maklum kejohanan MFL Challenge Cup juga terpaksa dibatalkan pada tahun 2020, 2021 dan 2022 ekoran wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika itu.

Format Perlawanan

MFL Challenge Cup 2023 ini hanya akan melibatkan lapan pasukan. Pasukan-pasukan ini terdiri daripada pasukan yang tewas di pusingan 16 Piala Malaysia dan tidak layak ke peringkat Suku Akhir Piala Malaysia antaranya.

  • Kelantan United
  • Kelantan FC
  • Kuching City FC
  • Kedah Darul Aman FC
  • PDRM FC
  • Kuala Lumpur Rovers
  • Penang FC
  • Harini Selangor FT

8 pasukan ini, akan terus bermain di peringkat suku akhir MFL Challenge Cup 2023.Aksi suku akhir, separuh akhir dan juga perlawanan akhir akan dimainkan secara timbal balik di venue pasukan-pasukan yang layak

Tarikh & Jadual Perlawanan MFL Challenge Cup 2023

jadual mfl challenge cup 2023

Malaysian Football League (MFL) dalam satu hantaran di media sosial rasmi mereka menyatakan jadual perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2023 dan MFL CHALLENGE CUP 2023, hanya akan dapat diputuskan selepas udian ACL dan Piala AFC 2023 dibuat

Keputusan ini dibuat,berikutan tiga kelab Liga Malaysia,iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabah FC dan Terengganu FC bakal bersaing di pentas Asia musim ini.


Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah memaklumkan bahawa undian bagi kedua-dua pertandingan berkenaan akan berlangsung pada Khamis, 24 Ogos 2023.

MFL akan membuat pelarasan jadual semula bagi baki saingan Piala Malaysia, MFL Challenge Cup serta Liga Super dengan lebih baik bagi memastikan kelancaran pertandingan.

Edisi ke-21 ACL dan Edisi ke-19 Piala AFC bakal bermula pada September depan hingga Mei 2024.

Tarikh Masa Tuan Rumah Pelawat Venue
TBD TBD Kelantan United Kelantan FC TBD
TBD TBD Kuching City FC Kedah Darul Aman FC TBD
TBD TBD Kuala Lumpur Rovers PDRM FC TBD
TBD TBD Penang FC Harini Selangor FT TBD

Siaran Langsung

Bagi anda yang tidak dapat hadir ke stadium, anda boleh menyaksikan saingan MFL Challenge Cup secara langsung (live) menerusi saluran Astro Arena 2, Sukan RTM, TV Okey.

Bagi anda yang ingin mendapatkan tiket-tiket perlawnan, anda boleh membuat pembelian tiket secara online menerusi https://www.ticket2u.com.my/

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini, anda juga boleh melayari

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!