Tiket Piala Sumbangsih 2023 JDT VS TFC Online

Tiket Piala Sumbangsih 2023 akan dibuka jualan secara online mulai hari ini (22 Februari) bermula jam 2 petang.

Perlawanan ini akan menyaksikan Johor Darul Ta’zim akan bertemu Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat, 24 Februari.

Perlawanan diantara JDT vs Terengganu FC ini sekaligus menjadi tirai pembukaan bagi Liga Malaysia 2023.

Piala Sumbangsih akan kembali ke format asal apabila perlawanan tersebut akan dikira sebagai aksi pertama Liga Super.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, jika perlawanan tersebut diadakan secara berasingan daripada jadual liga, ia akan menyebabkan pembaziran seminggu kalendar liga

Untuk rekod, aksi Piala Sumbangsih musim lalu buat pertama kalinya diadakan di luar jadual liga.

Sehari selepas pertemuan JDT vs TFC, perlawanan Liga Super 2023 bermula yang akan menyaksikan enam lagi perlawanan yang akan berlangsung pada 25 dan 26 Februari

Info Jualan Tiket Piala Sumbangsih 2023

Tiket untuk perlawanan Piala Sumbangsih antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC pada 24 Februari 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim akan mula dijual menerusi https://tickets.jdtfc.com.my/ pada 22 Februari bermula jam 2 petang.

Untuk pembelian tiket, setiap penyokong hanya dibenarkan untuk membeli empat tiket sahaja.

Manakala bagi penyokong yang juga pemegang pas bermusim, anda hanya perlu menunjukkan pas anda di pintu-pintu masuk untuk kemasukan ke Sultan Ibrahim pada hari perlawanan

Cara Pembelian Tiket

  • Layari https://tickets.jdtfc.com.my/
  • Cari upcoming match
  • Pilih Perlawanan Sumbangsih 2023
  • Klik Buy tickets now
  • Klik login now
  • Jika anda telah mempunyai akaun klik sign in to your account
  • Untuk pengguna baru klik create your account
  • Isi dan lengkapkan butiran diri
  • Login semula ke akaun anda
  • pilih jumlah tiket (maksimum 4 tiket untuk seorang)
  • Lengkapkan pembelian anda selesai
  • Satu salinan bukti pembelian akan dihantar ke alamat email yang anda telah daftarkan

Terma dan syarat-syarat penebusan tiket online

  • Wakil tidak dibenarkan mengambil tiket bagi pihak pembeli
  • Penebusan tiket hendaklah dilakukan oleh PEMBELI (nama yang didaftarakan) sahaja
  • Sila cetak dan bawa bukti transaksi pembelian di kaunter tiket
  • Sila tunjukan kad pengenalan/lesen memandu kepada petugas untuk menebus tiket anda

Bagi anda yang tidak dapat hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini, anda boleh juga menonton siaran langsung dan live stream perlawanan ini di pautan Piala Sumbangsih 2023 Live

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!