Piala Malaysia 2023: Jadual & Tarikh Perlawanan

Undian Piala Malaysia 2023 telah pun dibuat. 16 pasukan (14 dari Liga Super, 2 dari Liga M3) telah diketahui.

Aksi pembuka tirai menyenaraikan pendahulu liga Malaysia 2023, Johor Darul Ta’zim akan bertembung menentang Kelantan FC yang kini berada di tangga tercorot Liga Super.

Aksi pertama piala Malaysia 2023 akan bermula Ogos ini selepas pertengahan musim iaitu selepas pusingan pertama (kedudukan pasukan untuk jadual perlawanan akan ditentukan selepas perlawanan Liga Super pada minggu ke-13).

Mengikut tarikh jadual perlawanan piala malaysia 2023 yang disediakan oleh Malaysian Football League (MFL), Piala Malaysia akan berlangsung pada 3-6 Ogos 2023.

piala malaysia 2023

Pertandingan akan melibatkan 14 kelab-kelab Liga Super 2023 dan 2 kelab teratas dari Liga M3 2023 (Pusingan 16 pasukan).

Manakala bagi pasukan yang tidak dapat meneruskan kemaraan ke suku akhir secara automatik akan meneruskan cabaran di pentas MFL Challange Cup 2023.

Format Perlawanan

Bagi format perlawanan piala Malaysia 2023, MFL telah memperkenalkan format baru pertandingan iaitu ;

  1. Pertandingan akan melibatkan 14 kelab-kelab Liga Super 2023 dan 2 kelab teratas dari Liga M3 2023 (Pusingan 16 pasukan).
  2. Pertandingan Piala Malaysia akan bermula selepas pertengahan musim iaitu selepas pusingan pertama (kedudukan pasukan untuk jadual perlawanan akan ditentukan selepas perlawanan Liga Super pada minggu ke-13);
  3. Proses undian/kelayakan adalah seperti berikut:
    • a. Pasukan yang berada di kedudukan pertama hingga kelapan (selepas perlawanan ke-13 Liga Super 2023) merupakan pasukan seeded.
    • b. Pasukan yang berada di kedudukan 9 hingga 14 (selepas perlawanan ke-13 Liga Super 2023) dan kedudukan pertama dan kedua Liga M3 akan diundi untuk menentukan posisi pasukan ke pusingan 16 yang akan bertemu pasukan-pasukan seeded.
  4. Perlawanan Pusingan 16 Pasukan, Perlawanan Suku Akhir, Separuh Akhir akan dimainkan secara timbal balik;
  5. Venue Perlawanan Akhir Piala Malaysia akan ditetapkan oleh MFL.

Senarai 16 Pasukan Saingan Piala Malaysia 2023

piala malaysia 2023
  1. Johor Darul Ta’zim
  2. Selangor FC
  3. Sri Pahang FC
  4. Kedah Darul Aman FC
  5. Sabah FC
  6. Kuala Lumpur City FC
  7. Terengganu FC
  8. Negeri Sembilan FC
  9. PDRM FC
  10. Penang FC
  11. Perak FC
  12. Kelantan United FC
  13. Kuching City FC
  14. Kelantan FC
  15. M3 (1)
  16. M3 (2)

Tarikh Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2023

jadual piala malaysia 2023

Jadual penuh perlawanan piala Malaysia, akan dikemaskini selepas pusingan pertama (kedudukan pasukan untuk jadual perlawanan akan ditentukan selepas perlawanan Liga Super pada minggu ke-13).

Jadual Perlawanan Pusingan 16 Perlawanan Pertama

Tarikh MasaTuan RumahPelawatVenue
TBDTBDKelantan FCJDTTBD
TBDTBDKelantan UnitedNegeri Sembilan FCTBD
TBDTBDPerak FCKedahTBD
TBDTBDKuching City FCSabah FCTBD
TBDTBDPDRM FCSelangor FCTBD
TBDTBDM3(1)Terengganu FCTBD
TBDTBDM3(2)Sri PahangTBD
TBDTBDPenang FCKL City FCTBD

Jadual Perlawanan Pusingan 16 Perlawanan Kedua

Tarikh MasaTuan RumahPelawatVenue
TBDTBDKelantan FCJDTTBD
TBDTBDKelantan UnitedNegeri Sembilan FCTBD
TBDTBDPerak FCKedahTBD
TBDTBDKuching City FCSabah FCTBD
TBDTBDPDRM FCSelangor FCTBD
TBDTBDM3(1)Terengganu FCTBD
TBDTBDM3(2)Sri PahangTBD
TBDTBDPenang FCKL City FCTBD

Saingan Liga Malaysia 2023 akan membuka tirai pada Jumaat, 24 Februari dengan Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim dan Terengganu FC

Manakala enam lagi perlawanan Liga Super 2023 akan berlangsung pada 25 dan 26 Februari.

Tarikh Penting Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2023

  • 3-6 ogos 2023 : Perlawanan Pusingan 16 Pasukan (pusingan pertama) membuka tirai
  • 18-20 Ogos 2023 : Perlawanan Pusingan 16 pasukan (pusingan kedua iaitu sebelum ACL & AFCC -MD1)
  • 15 & 17 September 2023 : Pusingan Suku akhir (Pusingan pertama)
  • 23,24,25 September 2023 : Pusingan Suku Akhir (pusingan kedua)
  • 20 & 21 Oktober 2023 : Separuh Akhir (Pusingan pertama)
  • 3 & 5 November 2023 : Separuh Akhir (Pusingan kedua)
  • 9 Disember 2023 : Penentuan Juara Piala Malaysia

Sebarang perubahan dan pindaan jadual adalah tertakluk kepada Malaysian Football League.

Sejarah Piala Malaysia

Sejarah Piala Malaysia bermula pada awal 1920-an dengan kejohanan Piala Malaya yang disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Pada mulanya, perlawanan akhir melibatkan juara utara dan selatan yang telah menempah tempat masing-masing melalui kejohanan peringkat negeri. Pada tahun 1933, kejohanan ini telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya sempena nama kapal perang HMS Malaya. Piala tersebut disumbangkan oleh kapten Ion Beauchamp Butler, pegawai yang memerintah kapal tersebut.

Piala Malaysia merupakan perlawanan bola sepak paling berprestij di Malaysia dan merupakan antara kejohanan tertua di rantau Asia. Piala Malaysia menjadi acara tahunan mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak Malaysia.

Walaupun perlawanan ini terpaksa dihentikan seketika semasa Perang Dunia Kedua dari tahun 1942 hingga 1947, ia kemudian dilanjutkan semula pada tahun 1948. Pada tahun 1967, Piala HMS Malaya digantikan dengan Piala Malaysia yang baru. Kemudian, pasukan dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai kejohanan ini.

Mulai tahun 1982, sebuah liga kejohanan diperkenalkan untuk menentukan pasukan mana yang layak ke perlawanan akhir. Liga ini dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga layak bertanding dalam Piala Malaysia.

Pada tahun 1995, Singapura tidak lagi beraksi dalam Liga Malaysia dan Piala Malaysia kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dari dunia bola sepak Malaysia. Namun, sebelum itu, Singapura telah menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir.

Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang menyertai Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. Setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan Johor FC menjadi kelab pertama yang berjaya menyertai Piala Malaysia dengan status kelab. Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia adalah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangor mempunyai pencapaian paling tinggi dalam sejarah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 33 gelaran dan 15 kali menjadi naib juara. Perak merupakan juara terbaru dan ini merupakan Piala Malaysia yang ke-8 bagi mereka

Senarai Juara Piala Malaysia Sepanjang Zaman

   
Piala Malaysia   
   
Tahun   
   
Juara   
   
Keputusan   
   
Naib Juara   
   
Stadium   
   
2022   
   
Johor Darul Ta’zim    
   
2–1   
   
 Selangor   
   
Stadium Nasional Bukit Jalil,   Kuala Lumpur   
   
2021   
   
Kuala Lumpur City    
   
2–0   
   
 Johor Darul Ta’zim   
   
Stadium Nasional Bukit Jalil,   Kuala Lumpur   
   
2020   
   
Dibatalkan kerana pandemik COVID-19   
   
2019   
   
Johor Darul Ta’zim    
   
3 – 0   
   
 Kedah   
   
Stadium Nasional Bukit Jalil,   Kuala Lumpur   
   
2018   
   
Perak    
   
3 – 3 (4–1 Penalti)   
   
 Terengganu   
   
Stadium Shah Alam, Selangor   
   
2017   
   
Johor Darul Ta’zim    
   
2 – 0   
   
Kedah   
   
Stadium Shah Alam, Selangor   
   
2016   
   
Kedah    
   
1 – 1 (6–5 Penalti)   
   
 Selangor   
   
Stadium Shah Alam, Selangor   
   
2015   
   
Selangor    
   
2 – 0   
   
Kedah   
   
Stadium Shah Alam, Selangor   
   
2014   
   
Pahang    
   
2 – 2 (5–3 Penalti)   
   
Johor Darul Ta’zim   
   
Stadium Nasional Bukit Jalil,   Kuala Lumpur   
   
2013   
   
Pahang    
   
1 – 0   
   
 Kelantan   
   
Stadium Shah Alam, Selangor   
   
2012   
   
Kelantan    
   
3 – 2   
   
 ATM   
   
Stadium Shah Alam, Selangor   
   
2011   
   
Negeri Sembilan    
   
2 – 1   
   
 Terengganu   
   
Stadium Shah Alam, Selangor   
   
2010   
   
Kelantan    
   
2 – 1   
   
 Negeri Sembilan   
   
Stadium Nasional Bukit Jalil,   Kuala Lumpur   
   
2009   
   
Negeri Sembilan    
   
3 – 1   
   
 Kelantan   
   
Stadium Nasional Bukit Jalil,   Kuala Lumpur   
   
2008   
   
Kedah    
   
3 – 2   
   
 Selangor   
   
Stadium Nasional Bukit Jalil,   Kuala Lumpur   
   
2007   
   
Kedah    
   
3 – 0   
   
 Perak   
   
Stadium Nasional Bukit Jalil,   Kuala Lumpur   
   
2006   
   
Perlis    
   
2 – 1   
   
 Negeri Sembilan   
   
Stadium Nasional Bukit Jalil,   Kuala Lumpur   
   
2005   
   
Selangor    
   
3 – 0   
   
 Perlis   
   
Stadium Nasional Bukit Jalil,   Kuala Lumpur   
   
2004   
   
Perlis    
   
1 – 0   
   
 Kedah   
   
Stadium Nasional Bukit Jalil,   Kuala Lumpur   
   
2003   
   
MPPJ    
   
3 – 0   
   
 Sabah   
   
Stadium Nasional Bukit Jalil,   Kuala Lumpur   
   
2002   
   
Selangor    
   
1 – 0 (gol emas)   
   
 Sabah   
   
Stadium Nasional Bukit Jalil,   Kuala Lumpur   
   
2001   
   
Terengganu    
   
2 – 1   
   
 Perak   
   
Stadium Nasional Bukit Jalil,   Kuala Lumpur   
   
2000   
   
Perak    
   
2 – 0   
   
 Negeri Sembilan   
   
Stadium Shah Alam, Selangor   
   
1999   
   
Brunei    
   
2 – 1   
   
 Sarawak   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1998   
   
Perak    
   
1 – 1 (5–3 Penalti)   
   
Terengganu   
   
Stadium Nasional Bukit Jalil,   Kuala Lumpur   
   
1997   
   
Selangor    
   
1 – 0 (gol emas)   
   
 Pahang   
   
Stadium Shah Alam, Selangor   
   
1996   
   
Selangor    
   
0 – 0 (5–3 Penalti)   
   
 Sabah   
   
Stadium Shah Alam, Selangor   
   
1995   
   
Selangor    
   
1 – 0 (gol emas)   
   
 Pahang   
   
Stadium Shah Alam, Selangor   
   
1994   
   
Singapura    
   
4 – 0   
   
 Pahang   
   
Stadium Shah Alam, Selangor   
   
1993   
   
Kedah    
   
2 – 0   
   
 Singapura   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1992   
   
Pahang    
   
1 – 0   
   
 Kedah   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1991   
   
Johor    
   
3 – 1   
   
 Selangor   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1990   
   
Kedah    
   
3 – 1   
   
 Singapura   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1989   
   
Kuala Lumpur    
   
2 – 1   
   
 Kedah   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1988   
   
Kuala Lumpur    
   
3 – 0   
   
 Kedah   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1987   
   
Kuala Lumpur    
   
1 – 0   
   
 Kedah   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1986   
   
Selangor    
   
6 – 1   
   
 Johor   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1985   
   
Johor    
   
2 – 0   
   
 Kuala Lumpur   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1984   
   
Selangor    
   
3 – 1   
   
 Pahang   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1983   
   
Pahang    
   
3 – 2 (Masa tambahan)   
   
 Selangor   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1982   
   
Selangor    
   
1 – 0   
   
Terengganu   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1981   
   
Selangor    
   
4 – 0   
   
 Singapura   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1980   
   
Singapura    
   
2 – 1   
   
 Selangor   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1979   
   
Selangor    
   
2 – 0   
   
 Singapura   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1978   
   
Selangor    
   
4 – 2   
   
 Singapura   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1977   
   
Singapura    
   
3 – 2 (Masa tambahan)   
   
 Pulau Pinang   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1976   
   
Selangor    
   
3 – 0   
   
 Singapura   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1975   
   
Selangor    
   
1 – 0   
   
 Singapura   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1974   
   
Pulau Pinang    
   
2 – 1   
   
 Perak   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1973   
   
Selangor    
   
2 – 1   
   
Terengganu   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1972   
   
Selangor    
   
3 – 1   
   
 Perak   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1971   
   
Selangor    
   
3 – 1   
   
 Perak   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1970   
   
Perak    
   
1 – 0   
   
 Kelantan   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1969   
   
Selangor    
   
1 – 0   
   
 Pulau Pinang   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1968   
   
Selangor    
   
8 – 1   
   
 Pulau Pinang   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1967   
   
Perak    
   
2 – 1   
   
 Singapura   
   
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur   
   
Piala HMS Malaya   
   
1966   
   
Selangor    
   
1 – 0   
   
 ATM   
   
Stadium   Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1965   
   
Singapura    
   
3 – 1   
   
 Selangor   
   
Stadium   Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1964   
   
Singapura    
   
3 – 2   
   
Perak   
   
Stadium   Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1963   
   
Selangor    
   
6 – 2   
   
 Pulau Pinang   
   
Stadium   Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1962   
   
Selangor    
   
1 – 0   
   
 Pulau Pinang   
   
Stadium   Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1961   
   
Selangor    
   
4 – 2   
   
 Perak   
   
Stadium   Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1960   
   
Singapura    
   
2 – 0   
   
 Perak   
   
Stadium   Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1959   
   
Selangor    
   
4 – 0   
   
 Perak   
   
Stadium   Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1958   
   
Pulau Pinang    
   
3 – 3 (3–1 Ulangan)   
   
 Singapura   
   
Stadium   Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1957   
   
Perak    
   
3 – 2   
   
 Selangor   
   
Stadium   Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1956   
   
Selangor    
   
2 – 1   
   
 Singapura   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1955   
   
Singapura    
   
3 – 1   
   
 Kelantan   
   
Jalan Rifle Range, Singapura   
   
1954   
   
Pulau Pinang    
   
3 – 0   
   
Singapura   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1953   
   
Pulau Pinang    
   
3 – 2   
   
 Singapura   
   
Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh   
   
1952   
   
Singapura    
   
3 – 2   
   
 Pulau Pinang   
   
Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh   
   
1951   
   
Singapura    
   
6 – 0   
   
 Perak   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1950   
   
Singapura    
   
2 – 0   
   
 Pulau Pinang   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1949   
   
Selangor    
   
3 – 2   
   
 ATM   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1948   
   
Negeri Sembilan    
   
2 – 2 (2–1 Ulangan)   
   
 Selangor   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1942-1947   
   
Tidak Dipertandingkan   
   
1941   
   
Singapura    
   
2 – 1   
   
Pulau Pinang   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1940   
   
Singapura    
   
2 – 0   
   
 Kedah   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1939   
   
Singapura    
   
3 – 1   
   
 Selangor   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1938   
   
Selangor    
   
1 – 0   
   
Singapura   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1937   
   
Singapura    
   
2 – 1   
   
 Selangor   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1936   
   
Selangor    
   
1 – 0   
   
 Singapura   
   
Jalan Rifle Range, Singapura   
   
1935   
   
Selangor    
   
3 – 2   
   
 Singapura   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1934   
   
Singapura    
   
2 – 1   
   
 Pulau Pinang   
   
Stadium   Merdeka, Kuala Lumpur   
   
1933   
   
Singapura    
   
8 – 2   
   
 Selangor   
   
Jalan Rifle Range, Singapura   
   
Piala Malaya   
   
1932   
   
Singapura    
   
5 – 3   
   
Selangor   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1931   
   
Perak    
   
3 – 1   
   
Singapura   
   
Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh   
   
1930   
   
Singapura    
   
3 – 0   
   
Selangor   
   
Stadium Jalan Anson, Singapura   
   
1929   
   
Selangor
   Singapura    
   
2 – 2
   (Berkongsi Juara)   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1928   
   
Selangor
   Singapura    
   
2 – 2
   (Berkongsi Juara)   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1927   
   
Selangor    
   
8 – 1   
   
Singapura   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1926   
   
Perak    
   
1 – 0   
   
Singapura   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1925   
   
Singapura    
   
2 – 1   
   
Selangor   
   
Stadium Jalan Anson, Singapura   
   
1924   
   
Singapura    
   
1 – 0   
   
Selangor   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1923   
   
Singapura    
   
2 – 1   
   
Perak   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1922   
   
Selangor    
   
3 – 2   
   
Singapura   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   
   
1921   
   
Singapura    
   
2 – 1   
   
Selangor   
   
Padang Kelab   Selangor, Kuala Lumpur   

Fakta Menarik

Disini kami di Fuh.my senaraikan beberapa fakta-fakta menarik mengenai Piala Malaysia

  1. Piala Malaysia bermula sebagai Piala Malaya pada awal 1920-an, sebelum ditukar namanya menjadi Piala HMS Malaya pada tahun 1933.
  2. Negeri-negeri di Tanah Melayu turut serta dalam kejohanan tersebut sejak awal pertandingan.
  3. Pada Perang Dunia Kedua, kejohanan ini terpaksa dihentikan dari tahun 1942 hingga 1947.
  4. Pada tahun 1959, Pemain Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967.
  5. Pada 1967, Piala Malaya digantikan dengan Piala Malaysia.
  6. Sabah, Sarawak, dan Brunei turut serta dalam Piala Malaysia setelah Piala Malaysia digantikan pada 1967.
  7. Liga kejohanan diperkenalkan pada tahun 1982 untuk menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir.
  8. Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malaysia sejak 1995.
  9. Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 sebelum berundur dari dunia bola sepak Malaysia.
  10. Bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan pada tahun 1999.
  11. Pada 2000, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan.
  12. Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini ialah MPPJ Selangor pada tahun 2003.
  13. Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 33 gelaran dan 15 kali naib juara.
  14. Perak merupakan juara terbaru dan Piala Malaysia yang kelapan bagi mereka.
  15. Piala Malaysia adalah satu-satunya kejohanan bola sepak di Malaysia yang melibatkan pasukan dari seluruh negeri dan wilayah persekutuan.
  16. Piala Malaysia dianggap sebagai salah satu kejohanan bola sepak terbesar dan paling bergengsi di Malaysia.
  17. Terdapat beberapa pasukan yang pernah berjaya menjuarai Piala Malaysia secara berturut-turut, termasuk Selangor (1981-1985), Perak (1998-2000), dan Kelantan (2010-2012).
  18. Pada tahun 2001, pertandingan Piala Malaysia diadakan di luar negara, iaitu di Jakarta, Indonesia.
  19. Pada tahun 2007, Piala Malaysia diadakan secara serentak di Malaysia dan Singapura.
  20. Pada 2017, Johor Darul Ta’zim menjadi juara buat kali pertama sejak penjenamaan baharu pasukan tersebut pada tahun 2012 selepas menumpaskan juara bertahan Kedah 2 – 0.
  21. Pada tahun 2018, Piala Malaysia disertai oleh 16 pasukan dari Liga Super Malaysia, Liga Premier Malaysia, dan Liga FAM.

Siaran Langsung Live Stream Piala Malaysia

Siaran langsung live stream Piala Malaysia 2023 boleh ditonton menerusi Astro dalam definisi tinggi (HD), On Demand dan Astro GO dan RTMKlik.

 Astro dan MFL secara rasmi mengumumkan kolaborasi selama tiga tahun bermula 2023 hingga 2025 sebagai penyiar rasmi untuk semua pertandingan Liga Malaysia meliputi Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Manakala RTM akan menyiarkan secara langsung 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 dengan semua perlawanan boleh disaksikan di saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik

Tiket Perlawanan Piala Malaysia 2023

Bagi peminat bola sepak tanah air, tiket untuk setiap perlawanan Piala Malaysia 2023 dijual secara online menerusi www.tickethotline.com.my . Pengumuan tiket jualan secara walk in pula akan di maklumkan kelak bila ianya mula di buka

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!