Kota Al Ula Dilarang Untuk Umat Islam? Fahami Fakta & Sejarah

Benarkah Kota Al Ula dihindari dan dilarang oleh Nabi untuk dilawati umat Islam? Mengapa dan di mana lokasi Kota Al Ula atau Al-Hijr (Mada’in Saleh)? Benarkah ianya kota berhantu?

Bagi merungkai persoalan tersebut, kami ingin mengajak anda untuk mengetahui fakta, sejarah dan kisah Kota Al Ula menurut kajian dan pandangan islam.

Lokasi Kota Al Ula

kota al ula dimana

Lokasi Kota Al Ula terletak di wilayah Hejaz, Arab Saudi mempunyai keluasan  22,561km². Ianya merupakan sebuah bandar kuno, penuh sejarah yang terletak di sebuah oasis yang dikelilingi oleh pegunungan pasir dan gurun.

Al Ula telah dihuni selama lebih dari 4.000 tahun, dan telah menjadi pusat budaya dan perdagangan yang penting selama berabad-abad

Kota ini juga memiliki iklim yang kering dan hangat, dengan suhu tahunan sekitar 25 darjah Celcius

Sekiranya anda berada di kota Madinah Al-Munawwarah, jarak untuk sampai ke Kota Al Ula ini adalah sekitar 300 kilometer.

Sejarah

kota al ula

Asal usul Kota Al Ula menurut kajian telah wujud sejak abad ke-6 SM. Kota ini diasaskan oleh orang Lihyanite, sebuah suku Arab kuno.

Orang Lihyanites adalah orang berdagang, dan Al Ula merupakan perhentian penting di Laluan Kemenyan, yang menjadi laluan perdagangan utama yang menghubungkan selatan Arab dengan Mesir dan dunia Mediterranean.

Al Ula terus makmur di bawah Nabataeans, sebuah empayar perdagangan yang memerintah wilayah itu dari abad ke-4 SM hingga abad ke-1 Masihi.

Orang Nabataean membina banyak monumen yang mengagumkan di Al Ula, termasuk makam Mada’in Saleh (Hegra), yang kini menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama di Arab Saudi.

Kredit photo : arabnews.com

Selepas kemerosotan Nabateans, Al Ula telah diperintah oleh pengati kuasa yang berbeza, termasuk Rom, Byzantine, dan Umayyah. Bandar ini merosot kepentingannya dalam tempoh ini, tetapi ia kekal sebagai pusat perdagangan dan budaya.

Pada 2019, Arab Saudi secara rasmi membuka bandar Al Ula kepada pelancong melalui projek pembangunan pelancongan yang dipanggil “Wawasan 2030.”

Keputusan ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Arab Saudi untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber ekonomi baru selain bergantung kepada minyak.

Mitos dan Legenda Kota Al Ula & Mengapa Ia Dilarang Dilawati

Sekiranya anda membuat carian di internet, pastinya anda akan temui beberapa siri cerita mitos dan lagenda sama ada dari orang tempatan, atau mereka yang pernah melawati Kota Al -Ula. Antaranya kami kongsikan seperti berikut;

1. Perigi Terkutuk:

Legenda mengatakan bahawa terdapat sebuah perigi di Kota Al Ula dengan air yang boleh membawa malang kepada mereka yang meminumnya. Penduduk tempatan percaya bahawa sesiapa yang mengambil air dari perigi ini akan menghadapi nasib malang atau mengalami pengalaman pelik dan meresahkan.

2. Istana Berhantu:

Kredit photo :AFP/FAYEZ NURELDINE

Al Ula terkenal dengan istana purbanya, dan satu khususnya dikatakan berhantu. Pelawat telah melaporkan mendengar bisikan hantu dan menyaksikan bayang-bayang yang tidak dapat dijelaskan bergerak melalui koridor istana yang ditinggalkan ini. Ada yang percaya ia adalah semangat resah seorang raja yang sudah lama meninggal dunia yang pernah tinggal di sana.

3. Makam Misteri:

kota al ula
Kredit photo : arabnews.com

Gambar makam orang Nabataean di Hegra diukir daripada singkapan batu pasir yang mengelilingi tapak bandar purba itu

Berhampiran Al Ula, dikatakan terdapat makam seorang penguasa zaman dahulu yang diselubungi misteri. Dikhabarkan bahawa kubur itu menyimpan khazanah tersembunyi, tetapi sesiapa yang cuba membukanya akan menghadapi akibat yang teruk. Ramai pemburu harta karun telah mencuba dan gagal, dan ada yang mendakwa pernah mengalami fenomena ghaib di sekitar kubur.

4. Batu Berbisik:

al ula elephant rock

Elephant Rock (Jabal AlFil), salah satu monumen peningalan yang dipercayai merupakan hasil ukiran oleh kaum Tsamud yang terdapat berhampiran Kota Al Ula

Pembentukan batu di padang pasir Al Ula mempunyai kisah tersendiri untuk diceritakan. Sesetengah pengunjung mendakwa pernah mendengar suara bisikan aneh yang terpancar dari batu, terutama pada waktu malam. Suara-suara ini selalunya tidak dapat difahami dan menakutkan, menambah mistik bandar ini.

5. Karavan Hantu:

Pelancong yang melalui Al Ula telah melaporkan menemui karavan hantu yang muncul secara tiba-tiba di padang pasir. Karavan spektrum ini dikatakan diketuai oleh figura hantu dan diiringi oleh unta hantu. Saksi menyifatkan perasaan takut yang amat sangat apabila mereka menjumpainya.

6. Kutukan Runtuhan Terlarang:

Terdapat runtuhan purba di Al Ula yang dilarang sama sekali untuk pengunjung. Adalah dipercayai bahawa runtuhan ini terkutuk, dan sesiapa yang masuk akan mengalami nasib yang mengerikan. Pemandu tempatan sering memberi amaran kepada pelancong supaya tidak terlalu dekat dengan kawasan larangan ini.

7. Oasis yang memukau :

Kredit photo : arabnews.com

Sebuah oasis tersembunyi di padang pasir Al Ula dikhabarkan sangat cantik dan memukau. Pengembara yang terjumpanya mendakwa mengalami rasa kedamaian dan ketenangan yang mendalam. Ada juga yang mengatakan mereka pernah melihat makhluk mitos seperti jin atau roh di sekitar oasis.

Kota Al Ula Menurut Islam

Satu peristiwa besar telah berlaku di wilayah lembah Al-Hijr (Mada’in Saleh atau Kota Nabi Saleh A.S yang kini lebih dikenali sebagai Hegra) yang terletak di wilayah Al Ula, mengaitkan kaum Tsamud penduduk kawasan tersebut dan Nabi Saleh A.S.

Kaum Tsamud terkenal sebagai kaum yang sangat maju dan kepakaran mereka dalam bidang ukiran memahat gunung-ganang yang dijadikan rumah.

Selain itu juga, mereka diberikan Allah S.W.T tanah yang subur serta taman-taman yang indah. Namun disebabkan kemakmuran dan kegemilangan hidup, kaum Tsamud semakin menyimpang daripada agama Allah. Mereka mulai membina patung-patung dan menyembah berhala.

Sehingga Allah S.W.T mengutuskan Nabi Saleh A.S daripada kaum Tsamud bagi memberi peringatan agar mereka segera bertaubat kepada Allah S.W.T

وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَٰلِحًا ۚ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥ ۖ هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ

وَٱسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَٱسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِ ۚ إِنَّ رَبِّى قَرِيبٌ مُّجِيبٌ

Artinya : Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh. Shaleh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, karena itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)”

Surat Hud Ayat 61

Namun begitu, Nabi Salleh A.S terus di cabar oleh kaum Tsambud sendiri, dan hanya sedikit yang bertaubat dan mengikuti Nabi Salleh A.S

Sehinggalah azab Allah telah menghancurkan kaum Tsamud yang sombong dan bongkak itu.

al-hijr ayat 80-84

Dan demi sesungguhnya penduduk “Al-Hijr” telah mendustakan Rasul-rasul. Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran agama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus juga berpaling (mengingkarinya). Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya).

Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi waktu pagi. Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun

Ada banyak ayat Al-Quran yang menceritakan Kisah antara Nabi Saleh dan kaum Tsamud ini, anda juga boleh baca perkongsian tersebut di https://akumuslim.asia/nabi-soleh-dan-kaum-tsamud/.

Fakta Mengenai Kota Al Ula

Terdapat beberapa kekeliruan mengenai Kota Al Ula dan Al-Hijr (Mada’in Saleh atau Kota Nabi Saleh A.S yang kini lebih dikenali sebagai Hegra) yang dikatakan dilarang dilawati oleh umat Islam kerana dikatakan kota yang dilaknat Allah S.W.T

kota madain saleh dan al ula

Menurut Raja Suhaimi seorang warga Malaysia yang juga mutawwif yang selalu berulang-alik ke tanah suci Mekkah berkata,

Al ‘Ula bukan tempat turun bala dan di laknat secara keseluruhan nya.Didalam gambar ini adalah Masjid Al ‘Izdhom / مسجد العظام (Masjid Tulang) yg menjadi tempat persinggahan Rasulullah صلى الله عليه وسلم ketika perjalanan perang Tabuk.

Kredit photo : FB Raja Suhaimi
Kredit photo : FB Raja Suhaimi
Kredit photo : FB Raja Suhaimi

Masjid ini terletak di kawasan Old Town (البلدة القديمة) bandar Al ‘ula lama.Dinamakan Masjid tulang, kerana ketika baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ingin mendirikan solat di sini, baginda telah menancapkan sebatang tulang sebagai kaedah penentuan arah kiblat dikawasan tersebut.

Dari sini ke kawasan Madain Saleh / Hegra, yg dikaitkan dengan kaum Nabi Saleh yang dilaknat tu, dalam 40km juga jaraknya.. Jadi Al Ula bukan semuanya kawasan laknat.. Sekian utk makluman.. Wallahu ‘alam..

Gesaan Nabi Muhammad S.A.W Menghindari Tempat Yang Dilaknat Allah S.W.T

Bagaimana dengan dakwaan bahawa Kota Al Ula dilarang untuk dilawati umat Islam?

Nabi Muhammad S.A.W , pernah berpesan agar tidak memasuki tempat-tempat yang dilaknat Allah S.W.T seperti mana terdapat dalam hadis seperti berikut;

Abdullah bin Umar r.a. menceritakan: (Pada tahun ke-9 hijrah ketika dalam perjalanan ke Tabuk untuk mempertahankan Madinah daripada kemungkinan serangan tentera Rom) kami melalui kawasan al-Hijr (negeri kaum Thamud yang dimusnahkan Allah) bersama Rasulullah SAW. Baginda lantas bersabda: “Jangan kalian masuk ke negeri kaum yang menzalimi diri mereka sendiri (yang akhirnya dimusnahkan Allah) melainkan dalam keadaan menangis bimbangkan azab yang pernah menimpa mereka akan turut menimpa kalian.” Kemudian baginda mempercepat langkahnya sehingga meninggalkan tempat itu,  (Sahih Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Umar r.a. menceritakan: bahawasanya orang ramai turun bersama Rasulullah S.A.W ke Hijr, bumi kaum Tsamud. Lalu, mereka pun mengambil air daripada telaga dan membuat adunan roti daripadanya. Rasulullah S.A.W pun mengarahkan supaya dicurahkan apa yang mereka ambil daripada telaga itu dan memberikan adunan-adunan itu kepada unta dan mengarahkan mereka supaya mengambil air daripada telaga-telaga yang diingini unta. [Al-Bukhari (3379); Muslim (7657]

Kesimpulan

Sekiranya terpaksa untuk melalui kawasan tersebut, hendaklah lalu atau bergerak dalam keadaan bersegera dan dalam keadaan menangis sebagai ibrah takut kepada azab Allah S.W.T.

Menurut Islamic Information, terdapat kajian sains di yang telah menemui satu lubang besar di dalam lapisan ozon atmosfera di atas kawasan yang musnah. Ini menyebabkan kota tersebut berisiko untuk mengalami kerosakan gempa bumi, kerosakan sinaran UV, pelbagai penyakit kulit, kanser dan ribut semulajadi.

Walaupun begitu, penulis masih tidak menjumpai sebarang rujukan berkenaan kesahihan laporan ini.

Pesanan penulis, dunia ini seluas-luas alam, dan Allah telah menciptakan banyak lagi tempat-tempat yang cantik dan menarik lagi diberkati. Sudah pastinya setiap apa yang ditengah oleh Rasullulah S.A.W itu untuk kebaikan umat manusia juga.

Maka bagi umat islam amatlah penting agar tidak melampaui batas, dan patuhilah apa yang telah di sampaikan oleh Allah dan Baginda Nabi Muhammad S.A.W agar selamat di dunia dan akhirat..

Wallahu ‘alam

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!