Jom Daftar Sukarelawan SUKMA XX Para SUKMA XX MSN 2022

Pendaftaran sebagai sukarelawan SUKMA XX dan PARA SUKMA XX MSN 2022 telah di buka!

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang dalam temasya sukan negara, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sebagai sukarelawan.

Pendaftaran telah dibuka mulai 1 Julai sehingga 15 Julai 2022.

Sebanyak 700 sukarelawan SUKMA dan 100 sukarelawan Para SUKMA MSN 2022 diperlukan untuk temasya sukan dwi-tahunan negara

Tiba masanya, ayuh warga Malaysia, sahutlah seruan menjadi salah seorang SUKARELAWAN dalam sejarah gemilang. Ayuh semua. #DemiMalaysia

Pengenalan Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022

sukarelawan sukma dan para sukma 2022

Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 adalah satu landasan untuk rakyat Malaysia turut serta dan memberikan sumbangan kepada penganjuran temasya Sukan Malaysia dan Para SUKMA ini, iaitu temasya dwi-tahunan yang mempunyai pelbagai acara sukan dan melibatkan 14 kontinjen seluruh negara.

Program ini adalah di bawah seliaan Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

Apakah yang diperlukan daripada saya sebagai seorang sukarelawan?

Sumbangan anda sebagai seorang sukarelawan adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan sukan ini. Sebagai seorang sukarelawan, anda adalah tulang belakang temasya ini.

Oleh itu, anda diperlukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi, disiplin, integriti dan ikhlas. Maka kami memerlukan anda untuk sentiasa mengamalkan nilai kesopanan, bantu-membantu dan memberikan yang terbaik kepada tetamu negara

Peranan Dan Tanggungjawab Sebagai Sukarelawan

Pertamanya, setiap sukarelawan akan bertugas dalam salah satu dari 9 bidang tugas seperti yang dinyatakan di bawah. Secara keseluruhannya, Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022  menjangkakan untuk mengambil seramai 700 sukarelawan on-field di bawah program ini. Apabila ditugaskan nanti, setiap sukarelawan akan dipertanggungjawabkan dengan tugasan mengikut ketetapan yang diberikan

Senarai Bidang Tugas Sukarelawan

Butiran mengenai tugasan ini akan dimaklumkan kepada sukarelawan yang terpilih pada peringkat seterusnya program ini.

  • a) Tugas-tugas
  • b) Anti-Doping
  • c) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • d) Kesihatan dan Perubatan
  • e) Pengangkutan
  • f) Media
  • g) Sajian
  • h) Penginapan
  • i) Persiapan Venue

Untuk butiran lanjut mengenai bidang tugas sukarelawan, and boleh rujuk di SINI.

Kelebihan dan Ganjaran Menjadi Sukarelawan

Memegang kepada semangat sukarelawan dan hakikat bahawa Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 adalah satu temasya sukan yang tidak berlandaskan kepada keuntungan serta dianjurkan untuk merayakan semangat untuk berkhidmat kepada tanah air dan masyarakatnya, TIADA GANJARAN ISTIMEWA yang akan ditawarkan untuk perkhidmatan anda.

Apa yang kami tawarkan ialah peluang untuk anda menjadi sebahagian dari peristiwa bersejarah dan bermakna tanahair kita ini.

Namun begitu, kami ada menyediakan kemudahan asas, seperti di bawah:-

  1. Peruntukan elaun harian;
  2. Peruntukan eluan makanan
  3. Skim Perlindungan insurans
  4. T-shirt dan seluar rasmi untuk sukarelawan, untuk dipakai pada setiap masa ketika bertugas; dan
  5. Sijil penghargaan

Tarikh SUKMA XX 2022

16 September 2022 – 24 September 2022

Tarikh PARA SUKMA XX 2022

01 November 2022 – 06 November 2022

Syarat dan Kelayakan

Untuk memastikan proses pendaftaran, penyebaran maklumat dan pelaksanaan peranan serta

tanggungjawab sukarelawan dapat berjalan dengan lancar lagi efisyen, seseorang sukarelawan itu mestilah:

  • a. Warganegara Malaysia
  • b. Berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2022.
  • c. Bebas dari sebarang penglibatkan kes jenayah
  • d. Memberikan maklumat yang benar, tepat, terkini dan lengkap mengenai dirinya dan segera mengemas kini apa-apa perubahan maklumat ini kepada Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022; dan
  • e. Berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan disahkan oleh pegawai perubatan untuk menjalankan tugas sebagai sukarelawan.

Untuk perincian mengenai terma dan syarat anda boleh baca disini

Baca juga :

Pendaftaran dan Maklumat Lanjut

Untuk anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan Sukma dan Para SUKMA 2022, pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari pautan rasmi https://portal.sukarelawanmsn2022.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!