Biodata Ustaz Derry Sulaiman Bekas Band Betrayer Indonesia

Biodata Ustaz Derry Sulaiman. Profil beliau di wikipedia, Ustaz Derry merupakan bekas gitaris kumpulan Band Betrayer Indonesia sebelum berhijrah menjadi seorang pendakwah bebas.

Beliau merupakan salah seorang tokoh muzik dan tokoh agama yang tidak asing lagi di Indonesia, yang kini banyak memberikan ceramah dan menjalankan kerja-kerja dakwah di Indonesia.

Malah setiap kehadiran beliau untuk menyampaikan ceramah pastinya akan diserbu dan dihadiri ramai orang

Namun nama Ustaz Derry Sulaiman tiba-tiba menjadi perhatian warganet di Malaysia, apabila beliau telah membuka mulut mengenai kes yang terkait di antara influencer indonesia iaitu Mondy Tatto dan juga pendakwah bebas Ustaz Ebit Liew.

Untuk perkongsian, Ustaz Derry Sulaiman merupakan sahabat kepada Ustaz Ebit Liew dan mereka juga pernah bertemu di Indonesia dalam bulan ramadhan 2022 dalam satu majlis agama

ustaz derry sulaiman ustaz ebit liew

Bagi anda yang belum mengenali siapakah Ustaz Derry Sulaiman, jom ikut perkongsian kami

Biodata Ustaz Derry Sulaiman

biodata ustaz derry sulaiman
  • Nama : Deri Guswan Pramona
  • Panggilan : Ustaz Derry Sulaiman
  • Bapa : Haji Nashrullah bin Ismail
  • Agama : Islam
  • Tarikh Lahir : 1 Ogos 1978
  • Umur : 45 tahun (2023)
  • Tempat lahir : Saniangbaka, X Koto Singkarak, Kabupaten Solok, Sumatra Barat, Indonesia
  • Isteri : Antika Jodha
  • Anak tiri : Alyssa Spischak
  • Bangsa : Minangkabau
  • Pendidikan :
    • MTs Padang Panjang
    • SMK SMTI Padang

Kerjaya

Sebelum Ustaz Derry Sulaiman berhijrah sebagai seorang pendakwah, beliau terkenal sebagai salah seorang artis rock underground yang banyak memainkan lagu-lagu rock metal.

Nama Ustaz Derry Sulaiman juga sangat sinonim sebagai gitaris Betrayer, sebuah band metal dari Indonesia. Betrayer adalah salah satu band metal paling ikonik di Indonesia satu ketika dahulu dan mempunyai peminat setia. Band ini terkenal dengan gaya muzik yang kuat dan lirik yang mengandungi mesej sosial.

Selain daripada group band Betrayer, nama beliau juga pernah popular bersama kumpulan band Gibraltar dan Born By Mistake.

Sejak penghijrahan beliau, kini beliau banyak bergiat mempelajari ilmu agama disamping menjalankan kerja-kerja dakwah di Indonesia.

Malah Ustaz Derry Sulaiman juga pernah berdakwah di tempat-tempat ekstrem seperti diskotik dan kelab malam yang ada di Bali.

Walaupun beliau telah berhijrah, namun beliau juga masi meneruskan minatnya terhadap muzik. Namun muzik yang dimainkanya adalah lebih kepada lagu-lagu dakwah dan keagamaan.

Pada Mei 2022, Ustaz Derry Sulaiman telah mengeluarkan lagu terbaru “Damai Bersama” yang diciptakan oleh Buya Yahya

Penghijrahan Ustaz Derry Sulaiman

Walaupun mendapat didikan agama dari kecil menerusi ayahnya allayarham Haji Nashrullah Bin Ismail yang juga merupakan seorang lulusan Fakultas Dakwah Institut Agama Islam Negeri (IAIN).

Perjalanan seawal diusia mudanya, beliau merupakan seorang pemuda yang sangat liar.

Pemergian ibunya, ketika beliau masih belajar di kelas III tsanawiyah dan ketika menghadapi ujian Ebtanas (sekarang UN), Ustaz Derry menghadapi ujian yang berat dengan pemergian ibunya karena terlibat dengan kemalangan jalan raya bersama ayahnya.

Disebabkan ujian hidup tersebut, beliau sering tertekan kerana tiada lagi tempatnya bermanja, kerana selama ini, beliau merupakan anak yang sangat manja dan di sayangi ibunya

“Kehilangan ibu itu berat. Hal ini yang membuat saya memberontak dengan keadaan,” jelas Derry mengenang keadaan satu ketika dulu.

Sebelum ini, semasa belajar di Padang, Derry bergaul dengan budak-budak band metal. Apabila ibunya pergi, dia merasakan bahawa menyertai dan bergaul dengan budak-budak metal adalah satu cara untuk menghilangkan masalahnya.

Setelah tamat sekolah menengah, Ustaz Derry Sulaiman dinasihati oleh bapanya agar menyambung pelajaran ke kolej. Namun, beliau menolak, kerana tidak berminat untuk meneruskan pelajaran, yang mana beliau hanya lebih gemar untuk untuk bermain muzik dan melukis.

Walaupun begitu, bapanya tidak pernah untuk memaksa dan akur dengan segala keputusan dan pilihan yang dibuat oleh Ustaz Derry Sulaiman. Dia seterusnya bertekad untuk berhijrah ke Jakarta untuk menjadi ahli kumpulan.

Beliau juga, sentiasa berpindah-randah dari group metal band ke satu group yang lain dalam mengembangkan minatya dalam bidang muzik.

Sehinggalah pada satu ketika selepas menyiapkan album, dia bertemu seniornya iaitu Irfan Sembiring, yang merupakan pengasas kumpulan trash metal legenda, Rotor.

Bukan pujian yang diterima oleh Ustaz Derry atas kejayaanya menghasilkan album terbahu, malah beliau tidak menyangka akan menerima nasihat daripada seorang yang beliau hormati dalam bidang yang sama dalam band metal untuk menyuruhnya agar bertaubat dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

Nasihat tersebut menjadi satu titik tolak dalam penghijrahan Ustaz Derry Sulaiman. Memandangkan nasihat tersebut idatangnya dari seniornya, beliau mulai memikirkan apakah tujuan hidupnya.

Ketika di Bali juga, Ustaz Derry Sulaiman seringkali dikunjungi oleh para pendakwah dari dalam dan luar negara untuk mengajaknya datang ke masjid. Pada 2000, Ustaz Derry Sulaiman terbuka hati untuk datang ke masjid selepas diajak oleh seorang pendakwah.

Sejak saat itu, beliau tidak toleh belakang lagi, beliau terus menimba ilmu agamanya ke luar negeri seperti India, Pakistan, dan Bangladesh. Sekembali ke tanah Indonesia, ia aktif berdakwah di Bali dan beberapa kota di Indonesia.

Ustaz Derry Sulaiaman yang juga merupakan penyanyi lagu ‘Dunia Sementara, Akhirat Selamanya’ itu berharap orang ramai khususnya pemuzik dapat mengikuti jejaknya untuk bertaubat.

Untuk mendapatkan barangan official mech #DSAS seperti “T-shirt Dakwah ‘Dunia Sementara, Akhirat selamanya’ anda boleh dapatkanya di DSAS Official Shop

Untuk mengikuti perkembangan dan dakwah beliau anda juga boleh layari laman media sosial beliau di;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!