Iltizam Anak Selangor 2022 : Bantuan Anak Selangor Dapat RM500
Permohonan skim iltizam Anak Selangor 2022 telah dibuka mulai 1 Ogos 2022. Ianya merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang. Bantuan anak selangor dapat RM500 berbentuk tabung simpanan bernilai RM100 setahun selama 5 tahun.
Permohonan baru akan dibuka menyasarakn sebanyak 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022. Sekiranya kuota permohonan telah mencapai jumlah yang telah ditetapkan, maka permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta.
Apa Itu Iltizam Anak Selangor
Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.
Ia menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.
Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpanan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.
Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas
Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor. Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut
Syarat Kelayakan Permohonan Iltizam Anak Selangor
- Anak lahir bermula tahun 2022 DAN
- Warganegara Malaysia DAN
- Anak lahir di Selangor DAN
- Penjaga menetap di Negeri Selangor DAN
- Penjaga merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
**Penjaga merujuk kepada Ibu atau Bapa. Sekiranya selain dari itu, perlu sertakan surat akuan sumpah atau surat perakuan anak angkat.
Dokumen Sokongan
- Salinan Sijil Kelahiran anak
- Salinan MyKad Penjaga
- Salinan SPR
- Sekiranya penjaga bukan IBU / BAPA
- Surat Perakuan Anak Angkat (Sekiranya Anak Angkat)
- Surat Akuan Sumpah (selain bukan anak angkat)
Sila Muat Naik Dokumen yang lengkap dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan. Sekiranya Dokumen yang di muat naik dokumen tidak lengkap. Permohonan tidak akan diproses dan permohonan digagalkan secara automatik
Cara Permohonan
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://anas.yawas.com.my/
- Dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dimuatnaik dalam sistem permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian dibuat.
- Pemohon boleh menyemak status permohonan di laman web www.anas.yawas.com.my.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Iltizam Anak Selangor 2022, sila hubungi saluran berikut:
- Laman web : https://anas.yawas.my/online/
- Telefon : +03 5481 8800
- E-mel : [email protected]
Baca juga : Permohonan Peranti Siswa Fasa 2 2022 Keluarga Malaysia