‘Scam’ Terima Biasiswa NASA, Ini Kisah Azhar Ali & Felo Perdana

‘Scam’ Terima Biasiswa NASA, Ini Kisah Azhar Ali & Felo Perdana

Masih ingatkah anda mengenai berita seorang pemuda yang mendakwa dirinya mendapat biasiswa daripada NASA?

Pada awalnya, ramai yang memuji pencapaian luar biasa tersebut apabila berita tersebut dikongsikan di Twitter (kini X) sehingga mendapat liputan berita tempatan.

Namun, lama kelamaan segelintir netizen mula mempertikaikan kesahihan perkongsian pemuda tersebut.

Pada akhirnya, dia sendiri mengakui bahawa telah menjadi mangsa scam pihak yang tidak bertanggungjawab dan telah memadam semua perkongsian berkaitan hal tersebut. Akaunnya juga kini sudah tidak wujud di laman media sosial tersebut.

Azhar Ali felo perdana nasa

Azhar Ali Muncul Sebagai Felo Perdana?

Baru-baru ini warganet dikejutkan sekali lagi apabila Azhar Ali dipercayai muncul kembali sebagai Felo Perdana yang ditugaskan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Isu ini mula dikesan apabila pada 23 Ogos 2023, menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz telah memuatnaik gambar berkaitan pelantikan Felo Perdana bagi tahun ini.

Dalam hantaran yang telah dipadam itu, Tengku Zafrul sempat mengucapkan tahniah kepada 2 Felo Perdana iaitu Gan Yu Jun dan Muhammad Azhar sambil menampilkan gambar pemuda tersebut beserta pencapaiannya.

Azhar Ali felo perdana nasa

Untuk makluman Felo Perdana adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada 2013 sebagai platform bagi golongan belia terpilih untuk menerima bimbingan secara langsung di bawah menteri Kabinet. Seramai 56 individu telah dipilih untuk program selama 3 bulan pada tahun ini.

Sejak berita tersebut tersebar di media sosial, netizen telah melakukan beberapa siasatan lanjut.

Salah seorang pengguna X mengesahkan bahawa nama Azhar tidak tertera sebagai pemenang di dalam acara Champion WorldQuant Brain 2022 Global Alphanthon.

felo perdana nasa azhar ali

Menurut salah seorang pengguna X yang lain pula, difahamkan bahawa segala anugerah yang diterima hanyalah rekaan belaka.

Sejak isu ini menjadi bualan hangat warganet, Tengku Zafrul bukan sahaja telah memadam hantaran tersebut, malah pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah menggugurkan namanya daripada Program Felo Perdana kerana dikatakan telah melampirkan sijil palsu.

Pihak kementerian juga memaklumkan akan melakukan siasatan bagi memantapkan perlaksanaan program pada masa akan datang. Azhar juga akan ditawarkan untuk mengikuti sesi kaunseling.  

Berikut dilampirkan kenyataan rasmi daripada KBS.

felo perdana nasa azhar ali
felo perdana nasa azhar ali

Isu Azhar Ali dan NASA Yang Pernah Menggegar Malaysia

Pada tahun 2020, negara pernah dikejutkan dengan berita mengenai seorang individu bernama Azhar Ali yang dikatakan telah menerima biasiswa khas daripada NASA (National Aeronautics and Space Administration).

Dalam perkongsian tersebut, Azhar difahamkan telah menerima ganjaran biasiswa selepas menyertai cabaran reka bentuk sut angkasa lepas bagi misi Artemis pada 2024.

Dikenali sebagai Azhar Ali, pemuda tersebut telah berkongsikan ‘khabar gembira’ itu menerusi laman media sosial X.

Azhar Ali

Hype sangat ke NASA ni? Rupanya memang ramai yang minat. Patutlah FOS pun ada keluarkan NASA series untuk kanak-kanak. Cantik! Tengok koleksi FOS x NASA di SINI.

‘Pencapaian’ pemuda tersebut telah menarik perhatian ramai netizen sehingga menjadi trending di platform tersebut dan mendapat liputan beberapa portal berita tempatan.

Susulan berita tersebut, Azhar juga telah menerima ucapan tahniah daripada perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ketika itu Khairy Jamaluddin.

Azhar Ali

Namun, dakwaan daripada Azhar telah diragui oleh segelintir netizen sehingga ada yang membuat semakan untuk mengesahkannya. Ada yang mendakwa Azhar Ali berbohong mengenai biasiswa yang diterima dan mereka sendiri maklumat tersebut.

Azhar Ali
Azhar Ali

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mendakwa namanya tidak muncul dalam laman web rasmi NASA dan dia juga didapati tidak layak sama sekali untuk sertai program tersebut.

Susulan tohmahan dari netizen, Azhar kemudiannya tampil dan mengatakan dia adalah mangsa penipuan bagi program ini dan seterusnya hilang dari radar media sosial.

Hmm… Macam-macam hal kan? Apapun, korang dah tahu kan FOS ada keluarkan T-Shirt NASA untuk dewasa jugak? Nampak cool, bijak dan sangat bergaya ok! Tak payah ada biasiswa NASA pun boleh beli tau. Tengok kat SINI.

Baca Juga : Biodata Aisar Khaled, Pelakon dan Influencer Terkenal

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!