Tarikh Cuti Deepavali 2023 & Cuti Tambahan Sekolah KPM

Tarikh Cuti Deepavali 2023 di Malaysia ialah pada 12 November 2023. Ia adalah cuti umum kecuali Sarawak

Bersempena cuti perayaan Deepavali 2023, ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah boleh lah merancang lebih awal.Ianya agar tidak menggangu waktu persekolahan dan waktu bekerja anda.

Perayaan Hari Deepavali

Deepavali, juga dikenali sebagai Diwali, atau perayaan cahaya yang disambut oleh penganut agama Hindu di Malaysia dan seluruh dunia.

Ia merupakan salah satu perayaan terpenting tahun ini bagi penganut Hindu yang meraikannya dengan melaksanakan adat tradisi di rumah

Deepavali ialah cuti umum di semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak.

Selain itu beberapa negara Asia seperti India, Myanmar, Mauritius, dan di negara bukan Asia seperti Guyana, Trinidad dan Tobago, Suriname serta Fiji Perayaan ini disambut selama lima hari.

Pada malam sambutan Deepavali, lampu-lampu tanah liat kecil yang diisi dengan minyak dinyalakan untuk menandakan kemenangan kebaikan atas kejahatan.

Rumah dibersihkan sebelum perayaan untuk menyambut dewi Lakshmi.  

Deepavali juga merupakan masa untuk membeli-belah dan memasak.

Bagi kaum india di Malaysia, Little India akan menjadi lokasi pilihan terbaik untuk membeli-belah sari, gelang, dan rempah ratus untuk Deepavali, serta untuk menyerap semangat perayaan.

Tarikh Cuti Deepavali 2023 di Malaysia

deepavali 2023

Hari Deepavali di Malaysia akan di sambut pada tarikh 12 November 2023.

Seperti hari-hari kebesaran bagi agama-agama lain di Malaysia. Cuti umum sempena Deepavali bagi Malaysia akan di sambut pada 12 November 2023 bersamaan hari Ahad

Di Malaysia, Diwali dikenali sebagai Hari Diwali dan disambut pada bulan Aswayuja.

Ia adalah cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia kecuali wilayah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Walaupun Islam adalah agama rasmi Malaysia, bagi menghormati masyarakat berbilang agama dan budaya, kerajaan memberi cuti pelepasan perayaan Deepavali itu sebagai cuti umum bagi rakyat Malaysia

Cuti Deepavali Sekolah KPM 2023

Mesti ramai ibu bapa yang tertanya-tanaya kan cuti deepavali 2023 berapa hari?

Untuk info, semua sekolah di Malaysia akan bercuti pada 12 November 2023 iaitu pada tarikh perayaan Depavaali.

Namun terdapat perbezaan cuti KPM bagi sekolah-sekolah di negeri kumpulan A dan kumpulan B.

Perbezaan cuti ini melibatkan hujung minggu, hari kelepasan am deepavali, hari kelepasan am gantian hari deepavali bagi negeri kumpulan b, kecuali sarawak dan cuti perayaan KPM

Secara ringkasnya anda boleh rujuk pada jadual cuti Deepavali sekolah 2023 seperti berikut yang telah disediakan oleh Cikgu Muhamad Fariez

cuti deepavali 2023 kpm
Berdasarkan Kalender Akademik atau cuti perayaan tambahan yang diperuntukan oleh KPM bagi tahun 2023
  • Johor,Kedah,Kelantan & Terengganu : tarikh cuti 12 November 2023 – 13 November 2023
  • Melaka, Negeri Sembilan,Pahang,Perak,Perlis,Pulau Pinang,Sabah,Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan : Tarikh cuti ,12-14 November 2023
  • Sarawak : Tarikh cuti, 12-13 November 2023

Rumah Terbuka Deepavali Pusat Warisan India 2023

rumah terbuka deepavali 2023

Bagi masyrakat india yang menyambut perayaan Deepavali, Indian Heritage Centre menganjurkan Fiesta Festival Cahaya & Rumah Terbuka pada ketetapan berikut ;

Nak hias rumah sempena Deepavali? Dapatkan promosi barang perhiasan rumah Dekorasi Deepavali Disini!

Tarikh : 14,15,21,22,28,29 Oct & 4,5,11,12 Nov 2023

Lokasi : Indian Heritage Centre

Masa : 10 pagi – 6 petang

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut program yang dilaksanakan, anda boleh daftar pada paautan berikut https://ihcdeepavaliopenhouse.peatix.com/ atau anda juga boleh layari facebook https://www.facebook.com/indianheritagecentre

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!