20 Contoh Hadiah Hari Guru Yang Praktikal, Harga Berpatutan

Sempena Hari Guru ini, pasti ramai yang sedang mencari hadiah yang menarik untuk diberikan kepada guru-guru tersayang.

Seperti yang kita tahu, 16 Mei menjadi tarikh keramat bagi memperingati jasa para pendidik dalam membentuk anak bangsa sehingga berjaya. Pada hari tersebut, biasanya sekolah akan mengadakan sambutan khas dengan meriah.

Jadi, tak salah untuk kita turut serta meraikan jasa para guru yang disayangi. Tak ada idea untuk beri hadiah kepada cikgu, pensyarah atau ustaz/ustazah anda?

Di sini kami akan kongsikan beberapa contoh hadiah Hari Guru yang menarik dan praktikal untuk kegunaan harian para guru.

Baca Juga : Contoh Ucapan dan Pantun Selamat Hari Guru

20 Contoh Hadiah Hari Guru Yang Menarik Untuk Kegunaan Harian

1. Tali Leher

Memang tak lengkap baju kemeja apabila tidak dikenakan sekali bersama tali leher.

Terdapat banyak pilihan tali leher dengan harga dan corak berbeza yang anda boleh dapatkan mengikut kesesuaian bajet.

2. Baucer/ Gift Card Buku

Guru dengan buku memang tak dapat dipisahkan. Namun, anda mungkin kurang tahu citarasa guru anda atau penulis kegemaran mereka.

Jadi, adalah idea yang bijak untuk anda hadiahkan kepada mereka gift card atau baucer buku yang boleh dipakai secara fizikal atau online. Tambahan pula, ia boleh didapati dengan harga serendah RM 50.

3.Tudung

Perempuan mana yang tak suka tudung, bukan? Jadi, kalau tak ada idea nak berikan hadiah kepada guru wanita, apa kata anda belikan tudung buat mereka? Daripada shawl, tudung sarung sehinggalah tudung bawal, terdapat pelbagai jenis tudung yang anda boleh dapatkan untuk dijadikan hadiah buat mereka.

4. Brooch / Pin Tudung

Bila sudah ada tudung, mestilah si pemakai memerlukan pin tudung atau brooch sebagai pelengkap gaya. Keronsang juga boleh diborong dengan harga murah dan sesuai untuk anda berikan kepada ramai guru. Jangan lupa pilih yang cantik-cantik!

5. Bouquet Baby Breath

Bunga boleh dijadikan hadiah yang sesuai untuk wanita bagi apa-apa sambutan sekalipun. Namun, memang tak dinafikan sejambak bunga ros walaupun cantik tetapi harganya tidaklah murah. Jadi, apa kata anda hadiahkan bouquet baby breath kepada guru kesayangan anda?

Bukan sahaja boleh didapati dengan harga berpatutan, malah bunga ini juga tahan lebih lama walaupun sudah kering.

6. Planner

Rutin guru setiap hari selalu sibuk sehingga mereka boleh lupa beberapa tugas penting. Jadi, bila anda hadiahkan planner buat mereka, pasti lebih mudah untuk mereka uruskan dan rancang aktiviti saban hari.

7. Thermos / Botol Air

Botol air atau thermos memang sangat sesuai untuk diberikan sebagai hadiah buat cikgu lelaki mahupun perempuan.

Tambahan pula, keadaan cuaca ketika ini membuatkan kita cepat haus. Jadi, adalah idea yang baik untuk kita bawa botol air ke mana-mana sahaja.

8. Pendrive

Ini adalah antara contoh hadiah Hari Guru yang cukup praktikal untuk kegunaan harian mereka. Bolehlah mereka simpan file atau material mengajar dengan lebih mudah!

9. Tali Pinggang

Selain tali leher, anda juga boleh hadiahkan tali pinggang untuk guru lelaki. Barulah nampak lebih kemas bila mengayakan seluar slack.

10. Whiteboard Marker

Contoh Hadiah Hari Guru

Inilah antara alat tulis yang paling penting untuk kegunaan guru setiap hari. Jadi, anda bolehlah hadiah whiteboard marker pelbagai warna buat mereka.

11. Kotak Pensel / Pencil Case

Bercakap tentang alat tulis, cikgu juga memerlukan kotak pensel untuk menyimpan whiteboard marker, pen dan sebagainya.

12. Jam

Contoh Hadiah Hari Guru

Guru perlulah tepati masa untuk ke kelas dan perjumpaan penting setiap hari. Apa kata anda hadiahkan jam comel buat mereka sempena Hari Guru kali ini? Sangat praktikal dan sesuai untuk guru lelaki mahupun wanita.

13. Telekung Travel

Contoh Hadiah Hari Guru

Mana-mana wanita pun pasti suka mendapat telekung sebagai hadiah. Bukan sahaja mudah dibawa, malah ia sangat praktikal untuk wanita gunakan bagi menunaikan solat di mana sahaja mereka berada.

Ia adalah salah satu contoh hadiah Hari Guru yang terbaik kerana telekung travel ini boleh didapati dengan harga serendah RM 30 sahaja!

14. Tanaman Hiasan

Selain jambangan bunga, anda juga boleh hadiahkan guru anda tanaman hiasan yang comel atau indoor plant.

Memang cantik untuk dijadikan hiasan meja guru dan senang dijaga. Harganya juga tidak terlalu mahal.

15. Laser Pointer

Contoh Hadiah Hari Guru

Sesetengah guru yang kecil molek mungkin mengalami kesukaran untuk mengajar di kelas akibat papan putih atau projektor yang terlalu besar.

Jadi, adalah idea yang baik untuk anda hadiahkan hand pointer buat mereka. Kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.

16. Mouse

Contoh Hadiah Hari Guru

Percayalah, mouse atau tetikus sememangnya sangat diperlukan oleh guru untuk tugasan harian mereka. Memang bagus sekiranya mereka miliki mouse lebih untuk kegunaan kecemasan.

Tambahan pula, agak kurang praktikal untuk guru bergantung pada laptop semata-mata.

17. Set Wangian / Mandian

Contoh Hadiah Hari Guru

Guru tak kiralah wanita atau lelaki pasti suka untuk tampil kemas dan wangi setiap hari.

Jadi, adalah idea yang baik untuk anda hadiahkan set wangian atau set mandian dengan haruman yang menyenangkan buat mereka.

Pastikan anda pilih wangian yang sesuai dengan jantina guru, ya!

18. Coklat

Contoh Hadiah Hari Guru

Ada kalanya cikgu juga boleh mengantuk apabila asyik menanda buku atau kertas peperiksaan. Jadi, jika guru anda sukakan coklat, apa kata anda jadikannya sebagai hadiah?

19. Powerbank

Contoh Hadiah Hari Guru

Powerbank memang sangat diperlukan lebih-lebih lagi pada waktu kecemasan. Ia juga mudah didapati dengan harga berpatutan.

20. Kusyen Kerusi

Walaupun kurang baik untuk kesihatan, namun kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak untuk duduk dan menyiapkan kerja mereka.

Untuk tingkatkan keselesaan mereka semasa bekerja, jom hadiah guru kesayangan anda dengan kusyen bangku. Pasti cikgu lebih selesa dan bersemangat untuk bekerja.

Contoh Hadiah Hari Guru

Bergantung kepada kesesuaian dan bajet, terdapat pelbagai hadiah yang anda boleh berikan sempena Hari Guru.

Dari hadiah comel seperti jam, tanaman hiasan sehinggalah ke kelengkapan harian seperti telekung, tudung dan tali leher, ia pastinya sangat berguna untuk guru setiap hari.

Semoga perkongsian ini dapat memberi idea buat anda untuk mencari hadiah yang menarik untuk para guru.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!