Idea Baju Merdeka 2023 Untuk Kanak-Kanak & Dewasa

Idea Baju Merdeka 2023 Untuk Kanak-Kanak & Dewasa

Hari Kebangsaan yang ke-66 akan tiba tidak lama lagi. Rakyat Malaysia khususnya sangat teruja menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos ini memandangkan kita juga melaksanakan PRN 2023 pada bulan yang sama.

Setiap orang mempunyai cara tersendiri yang unik dan kreatif untuk meraikan hari bersejarah ini. Baju merdeka misalnya menjadi aspek yang memberi tarikan tersendiri.

Dapatkan pelbagai barangan set kemerdekaan termasuk baju, tanjak, sampin dan banyak lagi hanya di Shopee.

Idea Baju Merdeka 2023 Untuk Kanak-Kanak & Dewasa

1. Tema Pahlawan Dengan Tanjak Merdeka

baju merdeka

Elemen kemelayuan dan imej pahlawan memberi simbolik yang bermakna pada Hari Kebangsaan tahun ini.

Uniknya tema ini walaupun ia menggunakan ciri tradisional, namun terdapat perincian konsep moden yang begitu menarik dengan ciri Jalur Gemilang di bahagian tertentu.

2. Tema Kasual Dengan Tali Leher Merdeka

Agak jarang tema kasual bersama tali leher digayakan. Namun design baju merdeka lelaki sesuai untuk digayakan jika anda mahu gaya yang simple dan kemas.

3. Tema Baju Melayu Jalur Merah Putih

baju merdeka

Baju melayu cekak musang atau baju melayu teluk belanga, masing-masing boleh digayakan menjadi baju merdeka.

Ringkas, anda hanya cari padanan warna yang sesuai mengikut Jalur Gemilang. Kemudian, padankan dengan samping, songkok atau tengkolok merdeka.

4. Tema Kurta Merdeka

baju merdeka

Jika anda mahu yang lebih simple dan tidak memerlukan apa-apa aksesori yang perlu dipakai seperti samping, anda boleh cuba tema kurta.

Kurta boleh digayakan dengan seluar jean atau slack, dan ia simple dan sesuai dengan pemakai yang aktif.

5. Tema Superhero Merdeka

baju merdeka

Tema super hero pasti menjadi kegemaran setiap kanak-kanak. Kebanyakan anak-anak lelaki pastinya sukakan watak superhero seperti Superman, Ultraman, Batman, Spiderman dan sebagainya. 

Apa kata anda tukarkan minat mereka untuk menjadi superhero Malaysia pada Hari Kebangsaan nanti.

Yang penting jangan lari daripada lingkaran motif bertemakan merdeka dan Jalur Gemilang.

6. Tema Baju Kurung Saloma dan Skirt

Baju kurung merupakan pakaian tradisional rasmi yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu di Malaysia.

Dengan reka bentuknya yang ringkas namun dapat menonjolkan sedikit iras-iras pakaian tradisional, pasti anda kelihatan cantik dan menawan pakai baju ini.

7. Tema Dress Labuh dengan Tudung Merdeka

baju merdeka

Selain baju kurung, anda juga boleh mengayakan baju merdeka perempuan dengan dress labuh dan tudung merdeka.

Ropol di bahagian bawah skirt memberi kesan yang cukup menarik untuk diperlihatkan. Rekaan ini moden tetapi masih menjaga aurat si pemakai.

Bagi anda yang gemar dengan konsep busana ala Princess, tema dress labuh pasti sesuai untuk anda.

8. Tema Cik Siti Wan Kembang

baju merdeka

Cik Siti Wan Kembang adalah satu sosok yang tidak asing lagi bagi rakyat Kelantan. Beliau adalah wanita pertama Melayu yang ditabalkan sebagai raja memerintah Kelantan.

Pakaian yang biasa dipakai Cik Siti Wan Kembang terdiri daripada 3 helai kain iaitu sehelai songket sarung dan 2 helai songket lepas.

Sesetengah baju merdeka kanak-kanak perempuan ada yang mengguna pakai konsep busana beliau dengan mengantikan kain songket lepas kepada Jalur Gemilang.

9. Tema Tun Teja

Hikayat Tun Teja iaitu puteri tunggal Bendahara Seri Amar Diraja Pahang dikenali dengan rupa paras dan kejelitaan wajahnya.

Konsep pakaian Tun Teja sangat berkait rapat dengan busana kurung dan songket Pahang.

10. Tema Pengantin Merdeka

baju merdeka

Tarikh keramat 31 Ogos setiap tahun dijadian tarikh unik dan istimewa untuk bermacam acara contohnya seperti Majlis Perkahwinan.

Lantaran itu, kebanyakkan pengantin akan memilih busana persandingan bertemakan merdeka sebagai simbolik semangat perjuangan dalam diri mereka.

Larangan Memakai Baju Daripada Bendera / Menghina Jalur Gemilang

Sungguhpun begitu, kita tidak digalakkan untuk menukar Jalur Gemilang kepada apa-apa pakaian kecuali pada Hari Merdeka.

Berdasarkan kepada kenyataan laman web rasmi Jabatan Penerangan Malaysia:

“Penggunaan bendera dalam bentuk pelbagai seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan jangka masa penggunaannya adalah terhad.”

Dalam masa yang sama, tidak boleh menggunakan bendera dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabat Jalur Gemilang seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, topi, tuala mandi, alas kusyen dan sebagainya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah, maksud, pemasangan, dan cara penggunaan jalur gemilang yang betul, anda boleh rujuk pada Jabatan Penerangan di pauatan berikut: cara penggunaan bendara Malaysia yang betul

Anda juga boleh baca informasi kami yang lain bantuan 2023:

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai tema dan idea baju merdeka ini dapat memberikan anda semua panduan yang bermanfaat dalam kehangatan menyambut sambutan bulan kemerdekaan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!