Biodata Pandalela Rinong, Ratu Terjun Negara

Siapa tak kenal dengan Datuk Pandalela Rinong? Sejak berusia belasan tahun, atlet terjun negara ini telah pun mengangkat nama negara ke persada antarabangsa dan telah mewakili Malaysia dalam sukan temasya Olimpik seawal usia 15 tahun!

Ayuh kita kenali atlet terkenal ini dengan lebih lanjut.

pandalela rinong
pandalela rinong

Biodata Pandalela Rinong, Atlet Terjun Negara

Nama Penuh : Pandalela Rinong anak Pamg

Tempat Lahir : Kampung Jugan, Bau, Sarawak

Tarikh Lahir : 2 Mac 1993

Umur : 30 tahun (2023)

Tinggi : 162 cm

Keturunan : Bidayuh

Ibu bapa : Pamg Joheng & Hartini Lamin

Adik beradik : 4 orang (anak kedua)

Pendidikan : Sekolah Sukan Bukit Jalil, Ijazah Sains Sukan Universiti Malaya (Pengurusan Sukan).

Instagram : @pandalela

Pencapaian

  • 2008 Sukan Olimpik Beijing
  • 2010 Sukan Komanwel – Pingat Emas & Perak
  • 2010 Sukan Asia Guangzhou – Pingat Perak & Gangsa
  • 2012 Summer Olympics London  – Pingat Gangsa
  • 2014 Sukan Komanwel Glasgow – Pingat Perak & Gangsa
  • 2014 Sukan Asia Korea Selatan – Pingat Gangsa
  • 2016 Summer Olympics Brazil – Pingat Perak (bersama Cheong Jun Hoong)
  • 2018 Sukan Komanwel Australia – Pingat Emas
  • 2023 Sukan Asia Hangzhou – 2 Pingat Gangsa (1 acara individu, 1 acara berpasangan bersama Nur Dhabitah).

Nota : Selain pencapaian yang disenaraikan, beliau juga telah merangkul puluhan lagi pingat bagi acara sukan terjun peringat antarabangsa.

Setakat ini, Pandalela telah merangkul lebih daripada 60 pingat sepanjang penglibatannya dalam arena sukan terjun termasuk 2 lagi pingat gangsa dalam Sukan Asia Hangzhou yang berlangsung pada suku akhir 2023.

pandalela rinong

Anugerah

  • Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) 2016
  • Johan Bintang Kenyalang (JBK) Sarawak
  • Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) – membawa gelaran Datuk

Perjalanan Pandalela Rinong Dalam Arena Sukan Tanah Air

Pandalela telah mula aktif sejak berumur 7 tahun. Atas bakat yang menyerlah sejak di bangku sekolah, beliau pernah dipilih untuk mewakili acara sukan peringat negeri.

Ini seterusnya membuka laluan kepada atlet ini untuk menyambung latihan renang secar aprofesional di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Pandalela telah membuat kemunculan pertama dalam pertandingan peringat antarabangsa dalam Kejohanan Remaja Akuatik Asia sambil membolot empat pingat emas.

Beliau juga telah membuat penampilan pertama di Sukan Olimpik Beijing 2008. Ketika itu usianya baru 15 tahun.

Walaupun tidak meraih pingat pada kemunculannya di temasya tersebut, namun atlet telah menebus kekecewaan itu semasa anjuran Sukan Olimpik London 2012 empat tahun kemudian. Dalam acara gilang-gemilang itu, beliau juga diberi penghormatan untuk membawa Jalur Gemilang pada majlis pembukaan Olimpik.

Ini sekaligus menjadikan atlet dari Sarawak itu sebagai pembawa bendera wanita pertama negara yang menerima pengiktirafan untuk ketuai kontinjen Malaysia.

Acara Sukan Olimpik London 2012 juga menjadi kenangan manis buat Pandalela apabila beliau menjadi pemenang pingat Olimpik dan atlet wanita pertama yang menyumbang pingat Olimpik untuk negara.

Beliau sekali lagi mengharumkan nama negara dalam temasya Olimpik Rio 2016 apabila berjaya merangkul pingat perak.

Atas pencapaian yang sangat cemerlang, Pandalela muncul sebagai atlet pertama negeri asalnya yang dianugerahkan pingat Johan Bintang Kenyalang dari kerajaan negeri Sarawak.

Kini berusia 30 tahun, Pandalela terus bersemangat mengharumkan nama negara dan menjadi ikon sukan terjun yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Baca Juga : Biodata Nur Dhabitah Sabri, Atlet Terjun Negara

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!