Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib & Tunku Abdul Rahman 2022/2023

Berita baik Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) dan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) kini dibuka untuk anak Sarawak bagi sesi kemasukan 2022/2023.

Anak jati Sarawak yang berminat untuk memohon biasiswa ini, boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan pada 29 Julai 2022

Biasiswa Yayasan Sarawak

biasiswa yayasan sarawak

Yayasan Sarawak telah ditubuhkan di bawah Ordinans Yayasan Sarawak sebagai Badan Berkanun Kerajaan Negeri pada 27 Mei 1971.

Objektif penubuhannya mengikut Ordinan ialah:

  1. Memberikan biasiswa dan pinjaman atau menyediakan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk kepada sesiapa sahaja rakyat Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, untuk melanjutkan pendidikan di sekolah, maktab, universiti atau institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negeri, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga;
  2. Secara aktif menggalakkan peningkatan peluang-peluang pendidikan bagi rakyat negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, di dalam negara dan sebarang institusi pengajian tinggi di seluruh dunia tetapi mengutamakan universiti-universiti di dalam negara;
  3. Memberikan biasiswa dan bantuan kewangan lain dan berusaha mendapatkan penajaan seumpamanya dari badan-badan lain untuk rakyat Negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya apabila difikirkan wajar;
  4. Memberikan bantuan dan menyediakan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertimbangan Lembaga berada di dalam keadaan memerlukan bantuan atau kemudahan berkenaan;
  5. Menyediakan bantuan, sama ada secara pinjaman atau pemberian atau sebagainya kepada organisasi institusi yang ditubuhkan dan ditadbirkan untuk tujuan saintifik, perubatan, pendidikan, kebajikan, sosial atau kerja amal; dan
  6. Memberi sumbangan dan bantuan di dalam keadaan kecemasan atau malapetaka negara

Bidang Penggajian Yang Layak

BIASISWA YAYASAN SARAWAK TUN TAIB

(Kursus STEM; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)

YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN

(Kursus BUKAN STEM SELAIN Sains, Teknologi. Kejuruteraan dan Matematik)

Syarat Permohonan

Syarat-syarat Asas

  • Anak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali Anak Kelahiran Sarawak) ;
  • Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf di Dalam Negara sahaja. Pemohon MESTI telah menerima surat tawaran kemasukkan ke Institusi.
  • Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana 10 Institusi Pengajian Tinggi Terunggul di dunia (10 Institusi Terbaik Dunia}. Pemohon MESTI telah menerima surat tawaran kemasukkan ke Institusi.
ljazah Pertamaljazah Lanjutan
Untuk permohonan penajaan di Institusi Dalam Negara SAHAJAUntuk permohonan penajaan di Institusi Dalam Negara dan LUAR NEGARA (10 INSTITUSI TERBAIK DUNIA SAHAJA)

Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

(Keutamaan kepada pelajar yang berada di Tahun 1 dan 2 sahaja).

  PERINGKAT & KRITERIA  KELAYAKAN & PENCAPAIAN AKADEMIK
ljazah PertamaPemohon mestilah memperolehi subjek Bahasa Melayu Kepujian (Kredit) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang setaraf dengannya.   Memperoleh CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya/ Diploma / Matrikulasi / Asasi/ Foundationl A-Level dan yang setaraf dengannya;
ljazah LanjutanMemperoleh    pencapaian     akademik    yang    cemerlang CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa ljazah Pertama atau Sarjana.
Kriteria TambahanMemiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum;   Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan;   Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepimpinan, kemahiran dan kreativiti;

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak BYSTT & YBSTAR

Permohonan adalah secara atas talian ’online’ yang boleh dicapai di laman web http://www.yayasansarawak.or9.my

Dokumen Yang Di perlukan

  • Permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI / INSTITUSI;
  • Sila sertakan bersama salinan dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan terlebih dahulu ;
  • Pegawai atau kakitangan kerajaan atau swasta yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar secara sepenuh masa;
  • Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melalui media massa;
  • Semua dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada Seksyen Biasiswa, Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan  Sultan  Tengah,  93050 Petra Jaya, KUCHING.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib dan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman, sila hubungi Seksyen Biasiswa di talian (082) 441686.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!