Harga Roadtax Motor JPJ 2023 Mengikut CC Terkini
Harga roadtax motor di Malaysia tahun 2023 ditentukan mengikut cc oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Harga yang ditetapkan bergantung pada beberapa faktor seperti jenis motosikal, kapasiti enjin, dan tempoh pendaftaran.
Setiap tahun, JPJ mengeluarkan jadual harga roadtax baru berdasarkan pada keputusan kerajaan dan faktor lain yang berkaitan. Faktor lain yang boleh mempengaruhi harga termasuk faktor ekonomi, keperluan dana untuk membiayai projek jalan raya dan penyelenggaraan, dan faktor lain seperti insurans dan cukai.
Harga Roadtax Motor 2023 (JPJ)
Baca juga : Harga Roadtax Kereta 2023
Harga Renew Roadtax Motor di Pejabat Pos 2023
Pembaharuan roadtax motor di pejabat pos mempunyai sedikit perbezaan dari segi kos caj berbanding terus ke JPJ. Mana-mana pemilik atau ejen yang datang ke pejabat pos akan dikenakan bayaran untuk mengaktifkan cukai kenderaan. Berikut adalah beberapa contoh mudah perbezaan harga renew roadtax di pejabat pos dan JPJ:
Cukai jalan motosikal: RM2
Yuran: RM2.50
Kos: RM4.50 sahaja
Pembaharuan cukai jalan (LKM) juga lebih mudah, sekiranya di buat di pejabat pos. Anda atau wakil anda hanya perlu membawa polisi insurans untuk tujuan proses pembaharuan roadtax motor anda.
Cara Renew Cukai Jalan Motor di MyEG Online
Anda boleh memperbaharui roadtax motor anda secara atas talian melalui laman web MyEG. Berikut adalah langkah-langkah untuk memperbaharui roadtax motosikal secara online melalui MyEG:
- Lawati laman web MyEG di https://www.myeg.com.my/
- Klik pada pilihan “Road Tax Renewal” di bahagian “Vehicle” pada halaman utama MyEG.
- Masukkan butiran kenderaan anda seperti nombor pendaftaran dan nombor enjin.
- Pilih jika anda mahu roadtax motor mahu dihantar terus ke alamat anda atau, anda mahu mengambilnya sendiri di Pejabat MyEG berdekatan. Untuk penghantaran ke alamat pilihan, anda akan dikenakan caj penghantaran
- Pilih tempoh pendaftaran yang diinginkan dan pilih opsyen pembayaran yang sesuai.
- Pastikan butiran yang dimasukkan adalah betul sebelum membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau debit anda.
- Cetak resit pembayaran anda sebagai bukti pembayaran dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
- MyEG akan memproses permohonan anda dan meneruskan butiran pendaftaran anda kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
- Anda akan menerima roadtax baru anda melalui pos dalam tempoh yang ditetapkan.
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah semasa memperbaharui roadtax motosikal secara atas talian melalui MyEG, anda boleh menghubungi MyEG di talian hotline mereka di 03-78018888 atau e-mel kepada MyEG di [email protected] untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Cara Renew Roadtax Motor di JPJ
Permohonan pembaharuan Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar atau wakil mereka. Pemilik atau wakil berdaftar mesti mengemukakan MyKad mereka untuk tujuan bacaan dan penyimpanan rekod ke dalam sistem MySikap melalui pembaca MyKad. Ini bagi memastikan rekod kehadiran pemohon disimpan dalam pangkalan data JPJ sebagai rujukan prosedur pembaharuan LKM.
Syarat permohonan:-
- Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar atau wakil mereka di mana-mana Pejabat/Cawangan/UTC JPJ Negeri.
- Tempoh pembaharuan yang dibenarkan ialah enam (6) bulan atau satu (1) tahun.
- Kenderaan mesti mempunyai perlindungan insurans sepanjang tempoh LKM dipohon.
- Hanya LKM yang akan tamat tempoh dalam tempoh dua (2) bulan boleh diperbaharui.
- Sekiranya pemilik berdaftar telah meninggal dunia, pembaharuan LKM dibenarkan untuk tempoh enam (6) bulan bagi setiap permohonan, maksimum lima (5) tahun. Kelulusan diperlukan sekiranya tempoh kematian telah melebihi lima (5) tahun.
Bagi kenderaan yang telah luput tarikh luput LKM melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan, kenderaan tersebut hendaklah menjalani dan lulus pemeriksaan kenderaan seperti berikut:
- a. Pemeriksaan PUSPAKOM untuk semua kenderaan, atau
- b. Pemeriksaan PG10 untuk motosikal milik individu, motosikal yang diperiksa semasa program anjuran JPJ, atau motosikal yang disita oleh JPJ.
Bagi permohonan pembaharuan LKM yang dikemukakan di kawasan yang diisytiharkan yang kadar LKMnya lebih rendah daripada kawasan yang diisytiharkan asal, pemilik berdaftar perlu menukar kawasan yang diisytiharkan sebelum proses pembaharuan LKM boleh dijalankan.
Dokumen yang diperlukan:-
- Dokumen pengenalan pemilik berdaftar atau wakil mereka yang hadir.
- Laporan pemeriksaan PUSPAKOM yang sah jika kenderaan bermotor tidak aktif.
- Pemeriksaan PG10 untuk motosikal milik individu, motosikal yang diperiksa semasa program anjuran JPJ, atau motosikal yang disita oleh JPJ.
- Bagi pemilik berdaftar yang kematiannya lebih 5 tahun lalu, dokumen yang menunjukkan proses pembahagian harta pusaka telah bermula atau sebarang dokumen untuk pertimbangan kelulusan hendaklah dibawa.
- Borang pensijilan kawasan yang diisytiharkan di mana kenderaan digunakan (Sabah, Sarawak, dan Pulau Bebas Cukai).
- Akuan Kastam (K3) / Resit Pelabuhan (Sabah, Sarawak, dan Pulau Bebas Cukai).
Renew Roadtax Motor Online JPJ MySikap
Senang sekarang, untuk perbaharui lesen memandu dan lesen kenderaan motor (sticker road tax), dah tak perlu menapak ke JPJ atau pejabat pos. Boleh buat online sahaja.
Apps MyJPJ hanya akan paparkan status terkini shj samada lesen memandu/road tax/insurans dah tamat tempoh atau masih berkuatkuasa. Di apps, tak boleh buat sebarang pembayaran kalau nak perbaharui lesen atau roadtax.
Cara untuk renew roadtax kenderaan melalui MySikap ;
- Layari portal MySikap di pautan https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Untuk pengguna baru, anda perlu daftar dahulu sebelum boleh log masuk
- Sekiranya anda tidak boleh register di mySikap, boleh register di apps MyJPJ. Data akan synchronize sebab ia melalui sistem yg sama iaitu JPJ. Username dan password adalah sama sahaja.
- Pastikan anda telah renew insurans kenderaan terlebih dahulu.
- Setelah pilih insurans dan bayar, polisi akan berkuatkuasa dalam masa 1 hari
- Tapi biasanya 1-5 minit dah dapat pun emel cover Note tu. Bila dah dapat cover note, bermaksud sistem JPJ dah kemaskini yang kenderaan kita telah renew insurans dan sistem di mySikap dah boleh untuk perbaharui LKM tu.
- Selepas isi no plat kenderaan mana yang nak di renew, pilih 6 bulan/12 bulan
- Buat pembayaran guna online banking/card
- Sistem akan pop up “Sila ke kaunter JPJ utk dapatkan disk LKM
- Ni maksudnya kalau kita nak dapatkan road tax tu,kena print kat JPJ.
- Kalau tak mahu pun tak mengapa. Anda boleh tekan “Cetak Lesen Kenderaan Motor” dan terus print untuk salinan anda
Kredit FB : Abah Iman
Lesen Memandu & Roadtax Kenderaan Digital
Mulai 10 Febuari 2023, pemilik kenderaan boleh mendapatkan paparan lesen dan juga roadtax digital melalui Aplikasi MyJPJ. Dengan adanya kemudahan ini, pengguna mempunyai pilihan, sama ada masi mahu menggunakan pelekat cukai jalan atau sticker roadtax atau pemilik kenderaan boleh mula menggunakan roadtax digital sahaja.
Soalan Lazim F.A.Q
Bermula dari RM2 -RM350 bergantung mengikut kapasiti kuasa motor dan juga lokasi
Anda boleh layari ;
i. https://public.jpj.gov.my/public/login.zul atau
ii. https://www.myeg.com.my/