MATTA Fair Oktober 2023, Melaka, Kuching & Sabah (SICC)

MATTA Fair 2023 Oktober bertempat di Melaka, Kuching & Sabah. Dapatkan diskaun tiket penerbangan Malaysia Airlines dan pelancongan daripada ejen-ejen dan syarikat yang menyertai pameran yang berlangsung.

MATTA Fair 2023 ialah pameran pelancongan yang dianjurkan oleh Malaysia Assocation Of Tours & Travel Agents (MATTA). Ia adalah salah satu pameran pelancongan terbesar di Asia Tenggara, dan merupakan peluang yang baik untuk anda yang ingin membuat tempahan perjalanan dan belajar tentang destinasi pelancongan baharu.

Semasa pameran berlangsung, banyak syarikat-syarikat yang terdiri daripada ejen pelancongan yang turut terlibat mempromosikan pakej-pakej pelancongan menarik termasuk diskaun untuk tempoh terhad.

Jadi bagi anda yang memang berhajat untuk bercuti dan melancong sepanjang tahun ini, jangan lepaskan peluang untuk berkungjung ke pameran pelancongan anjuran MATTA di lokasi berhampiran anda seperti berikut.

MATTA Fair Melaka 2023

matta fair melaka 2023

Bagi tahun 2023, program di Melaka akan berlangsung pada tarikh dan ketetapan berikut ;

  • Lokasi: Dataran Pahlawan Megamall
  • Tarikh: 6 hingga 8 Oktober
  • Masa: 10 pagi – 10 malam

MATTA Fair Melaka 2023 merupakan acara tahunan bagi mempromosikan Negeri Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Rantau Asia di samping menjadikan Negeri Melaka sebagai sebuah tempat mengadakan pertemuan, mesyuarat, persidangan dan konvensyen (MICE).

Ia juga selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan Melaka sebagai pusat MICE bertaraf dunia.

Sepanjang pameran, lebih 68 booth jualan di buka sepanjang pameran dibuat untuk dikunjungi

Untuk maklumat lanjut hubungi sekretariat MATTA Melaka di talian +6012-986 9366 / +6012-637 5969 atau e-mel [email protected] untuk bantuan lanjut.

MATTA Fair Sabah 2023

matta fair sabah 2023

MATTA Sabah akan menganjurkan edisi ke-2 bagi tahun 2023 tarikh dan lokasi adalah seperti berikut ;

  • Lokasi: Sabah International Convention Centre (SICC)
  • Tarikh: 13 hingga 8 Oktober 2023
  • Masa: 10 pagi – 9 malam

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi Sekretariat MATTA Sabah di talian 088-233 363 atau e-mel [email protected] untuk bantuan lanjut.

Dapatkan PROMOSI 3D2N Water Chalet Semporna

MATTA Fair Kuching 2023

matta fair kuching 2023
  • Lokasi: AEON Mall Kuching Sentral, Kuching Sarawak
  • Tarikh: 7 hingga 8 Oktober 2023
  • Masa: 10 pagi – 9 malam

Sila hubungi Sekretariat MATTA Sarawak, Cik Azlina di talian 019-7081995 atau email, [email protected] untuk sebarang pertanyaan.

Syarat Pendaftaran

Harap maklum dan ambil perhatian tentang sistem pendaftaran berikut:

  1. Pendaftaran MATTA Fair telah bermula pada 28 Julai 2023 sehingga semua booth dilanggan. Pendaftaran hendaklah dibuat melalui Borang Tempahan rasmi, disertakan dengan Yuran Pendaftaran (Tidak Dikembalikan) sebanyak RM300 dan Deposit Keselamatan (Boleh Dikembalikan) sebanyak RM500 setiap gerai.
  2. Walaupun syarikat telah mendaftar, syarikat pameran diingatkan bahawa gerai TIDAK dijamin tetapi tertakluk kepada ketersediaan.
  3. Selepas pendaftaran syarikat, pihak penganjur akan mengeluarkan invois jumlah kos yang terlibat kepada syarikat anda untuk pembayaran penyertaan anda dalam MATTA Fair.
  4. Penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau memendekkan MATTA Fair sekiranya berlaku sebarang keadaan yang tidak dijangka yang berada di luar kawalan Penganjur.
  5. Jika Pameran itu dibatalkan, maka semua bayaran yang dibuat hendaklah dikembalikan. Tiada tuntutan atau pampasan lain akan dilayan.
  6. Semua peserta pameran diminta membaca dan memahami Peraturan & Peraturan MATTA Fair seperti yang dilampirkan di bahagian Muat Turun di bawah.
  7. Semua ejen pelancongan / pengusaha pelancongan WAJIB mengemukakan salinan lesen sah syarikat mereka yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Malaysia (MOTAC). Kesahihan lesen mesti meliputi sepanjang tempoh MATTA Fair Melaka 6 – 8 Oktober 2023, Kuching 7 hingga 8 Oktober dan Sabah 13 hingga 8 Oktober 2023. Bagi ahli MATTA, sila serahkan salinan Sijil Keahlian MATTA anda juga.
  8. Pempamer hendaklah dibekalkan dengan Lima (5) Lencana Pempamer setiap gerai, PERCUMA. Lencana Tambahan boleh dibeli daripada Penganjur pada harga RM50.00 setiap lencana sebelum Pameran.

Borang Pendaftaran

Bagi egensi atau syarikat pelancongan yang ingin mendaftar dan turut serta dalam penganjuran ini, anda boleh downlod borang dan hantarkan sebelum tarikh tutup penyertaan seperti yang di maklumkan.

Melaka

Kuching Sarawak

https://drive.google.com/file/d/1Xl8RC_K45ENaa-O2kyIDK8uV-gA7_14z/view

Sabah

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan jadual,penganjuran dan pameran MATTA Fair 2023, anda juga boleh melayari website : https://www.mattafair.org.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!