Panduan Lengkap Solat Istikharah Beserta Doa (JAKIM)

Cara Solat Istikharah Untuk Membuat Pilihan Terbaik

Adakah anda sedang berada dalam dilema untuk membuat pilihan besar dalam hidup? Walaupun telah melakukan perbandingan dan bertanya pendapat daripada orang lain, ada kalanya anda masih keliru dan tak yakin untuk membuat keputusan.

Sekiranya anda berada dalam situasi ini, lakukanlah solat istikharah. Ibadah yang terdiri daripada 2 rakaat ini sangat ringkas dan mudah untuk dikerjakan. Ia juga merupakan tanda kebergantungan kita kepada Allah dalam melakukan apa-apa perkara lebih-lebih lagi yang penting dalam menentukan hala tuju hidup.

Berdasarkan laman web Mufti WP, seseorang itu tidak harus memperkecilkan apa-apa perkara meskipun ia nampak remeh. Kita takkan tahu yang barangkali perkara yang diremehkan itu pada masa akan datang akan menjadi mudarat baginya.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai solat sunat Istikharah.

Apa Itu Solat Istikharah?

Istikharah adalah solat sunat yang dilaksanakan bagi memohon petunjuk Allah SET dalam membuat sesuatu keputusan atau perkara.

Ia juga merupakan antara ibadah sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Memetik satu riwayat daripada Jabir bin Abdullah :

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الاِسْتِخَارَةَ فِي الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنَ القُرْآنِ ، يَقُولُ : إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الفَرِيضَةِ ، ثُمَّ لِيَقُلْ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيمِ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، أَوْ قَالَ : فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، أَوْ قَالَ : فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي ، وَاصْرِفْنِي عَنْهُ ، وَاقْدُرْ لِي الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ ، قَالَ : وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

Maksudnya :” Rasulullah saw pernah mengajarkan kami tentang memohon pilihan bagi semua perkara (istikharah) sepertimana Baginda mengajarakan kami surah daripada al-Quran. Baginda bersabda : Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu. Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Ataupun Nabi bersabda : sama ada perkara yang segera atau yang lambat. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut. Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku. Ataupun Baginda bersabda : sama ada yang segera atau yang lambat. Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya. Kemudian Baginda bersabda : Orang itu (boleh) menyatakan hajatnya.”

Riwayat al-Tirmizi (480),Ibnu Majah (1383) .Imam al-Tirmizi menyatakan bahawa hadis ini bertaraf hasan sohih ghorib

Baca Juga : Doa Dhuha & Panduan Solat Sunat Dhuha Lengkap  

Hukum

Hukum bagi solat istikharah adalah sunat. Solat sunat Istikharah sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu malam (qiamullail) bersama-sama solat tahajjud dan solat taubat.

Cara Tunaikan Solat Istikharah

solat istikharah

Cara untuk melakukan solat istikharah adalah seperti berikut :

  1. Niat : Usolli sunnatal istikharati rak’ataini lillahi taala (أصلي سنة الإستخارة ركعتين لله تعالى)
  2. Rakaat yang pertama selepas membaca al-Fatihah seperti biasa, anda boleh membaca surah al-Kafirun atau mana-mana surah pilihan
  3. Rakaat yang kedua selepas membaca al-Fatihah, anda boleh membaca surah al-Ikhlas atau mana-mana surah pilihan
  4. Setelah selesai solat, berdoalah dengan doa selepas solat yang telah diajarkan oleh Nabi ataupun doa-doa yang sesuai seperti doa di bawah :

Doa Istikharah

solat istikharah

Ya Allah, aku memohon petunjuk kepadaMu dengan ilmuMu, memohon ketetap dengan kekuasaanMu, dan aku memohon kurniaanMu yang sangat agung keranan sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.

Ya Allah! Jika jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (SEBUTKAN SECARA LANGSUNG URUSAN YANG DIMAKSUDKAN) adalah sesuatu yang baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan akibat perbuatanku ini, atau ia baik untukku dalam masa terdekat atau masa hadapan, maka tetapkan ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku.

Berkatilah ditiku padanya kerana Engkau Maha Mengetahui (SEBUT SEPERTI SEBELUM INI).

Jika ia tidak baik untukku, jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada.

Kemudian, jadilah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

Sumber : JAKIM & Mufti WP

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!