PISMP 2022 :  Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Untuk Lepasan SPM

pismp 2022

PISMP 2022 :  Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Untuk Lepasan SPM ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi permohonan Program Ijazah sarjana Muda Perguruan (PISMP) kini dibuka untuk calon lepasan SPM.

Untuk makluman, program PISMP 2022 ini terbuka kepada warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019, 2020 dan 2021 yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar.

Baca Juga : Tawaran Program Insentif Bahasa Inggeris KPM (IEP) Untuk Lepasan SPM

pismp 2022

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi program akan dibuka bermula 15 Mac sehingga 15 April 2022.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia ini diadakan bagi melatih bakal guru di Institu Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon yang berjaya akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang lulus PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Untuk makluman, PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

Cara Permohonan PISMP 2022

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut :

https://pismp.moe.gov.my

Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU ujian dan temuduga seperti berikut :

  1. Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)
  2. Temu duga secara dalam talian
  3. Calon juga diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan menghantar link/ url menerusi portal PISMP.

Prosedur Permohonan / Kemasukan IPG 2022

Sila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPG dalam penerangan di bawah:

e-UKCG (Ujian Komputer)

  • e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan).
  • Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
  • Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

Temu Duga

  • Hanya calon yang lulus e-UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
  • Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar Google Meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.
  • Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.
  • Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.

UKF (Menilai Tahap Kecergasan dan Fizikal Calon)

  • Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
  • Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai.
  • Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
  • Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
  • Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
  • Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.

Pemilihan

Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM

Semua keputusan adalah muktamad.

Tawaran Bidang Pengkhususan

Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.

Perjanjian Pendidikan Guru

Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.

Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Tarikh-Tarikh Penting

Semua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM seperti berikut. Walaubagaimanapun tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.

BILAKTIVITITARIKH
1Permohonan15 Mac – 15 April 2022
2Pelaksanaan e-UKCG20 – 29 April 2022
3Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP20 – 22 Jun 2022
4Keputusan e-UKCG, Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)
(Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini Link/ URL ke portal PISMP)
28 Jun – 3 Julai 2022
5Tarikh akhir muat naik dan kemaskini Link/ URL Video Kecergasan Fizikal (VKF)3 Julai 2022
6Temu duga secara dalam talian dan Penilaian Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)3 – 8 Julai 2022
7Keputusan tawaran Pengajian ke IPG16 Julai 2022
8Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus7 – 8 Ogos 2022
pismp 2022

NOTA PENTING :

  • Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temu duga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.

Calon Yang Tidak Layak Memohon

  • Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai PISMP 2022 serta permohonan kemasukan ke IPG secara atas talian, sila rujuk pautan berikut:

Untuk sebarang pertanyaa, pemohon boleh berhubung melalui butiran seperti berikut :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760

Emel : [email protected] 

Laman Facebook Rasmi : Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Article
permohonan mystep 2022

Permohonan MySTEP 2022 Jawatan Kontrak Sektor Awam & GLC

Next Article
epoku jkm bantuan oku

EPOKU :JKM Bantuan OKU Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya RM450

Related Posts