Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara 2022

Sukacita dimaklumkan permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara 2022 (PBUDN) telah dibuka. Kerajaan negeri Selangor melalui tabung kumpulan wang biasiswa negeri Selangor (TKWBNS) mempelawa pelajar daripada negeri Selangor yang menyambung pengajian ke institut pengajian awam ipta atau insitutsi pengajian tinggi swasta dan memerlukan bantuan kewangan untuk memohon pinjaman ini.

Keutamaan diberikan kepada anak Selangor dari keluarga Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok).

 

 

Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Kerajaan Negeri Selangor

Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara 2022

Program Peduli Siswa-Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara ini merupakan pembiayaan pendidikan tinggi dalam bentuk pinjaman tanpa faedah.

Ia merupakan program pembiayaan pendidikan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) yang diuruskan

oleh Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

 

Baca juga : PPBU Bank Rakyat | Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah 2022

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai 3 Jun – 31 Julai 2022

Syarat Am

  1. Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia; DAN
  2. Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau
  3. Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor; (keutamaan diberikan kepada anak Selangor)
  4. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan.
  5. Sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpuryang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA.
  6. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
  7. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar)
  8. Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok)

 

Syarat Akademik

  1. Sijil
  • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM (bidang dan teknikal).
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana pelajaran di peringkat SPM (IPTA).
  1. Diploma
  •  Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
  • Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
  1.  Ijazah Sarjana Muda
  • Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM

 

  1. Ijazah Perubatan
  •   Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan / Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.

Kadar Pembiayaan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara

Kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Peringkat PengajianIPTA/IPTS
(Kadar Setahun)
UiTM, Politeknik &
Kolej Komuniti
(Kadar Setahun)
SijilRM3,000.00
DiplomaRM4,900.00RM3,500.00
Ijazah Sarjana Muda
(Pelbagai dan Veterinar)
RM6,500.00RM4,500.00
Perubatan dan PergigianRM 7,000.00RM 7,000.00

 

Pengurangan Bayaran Balik

  1. Pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA / PNGK akhir pelajar.
  2. Selain daripada CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
  •   Tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran;
  •   Tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian; dan
  •   Mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia  TKWBNS.

 

Cara Memohon Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara

Permohonan pinjaman ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://danapendidikan.selangor.gov.my/login.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dan dilengkapkan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan sijil lahir pemohon, salinan my kad pemohon, bapa dan ibu, salinan sijil berhenti sekolah (rendah dan menengah), salinan keputusan SPM/STPM/STAM/ Matrikulasi/Asasi/Diploma (mana yang berkaitan).
  2. Salinan slip gaji terkini (ibu dan bapa/penjaga). Untuk pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri/tidak bekerja/suri rumah sila dapatkan pengesahan pendapatan (disahkan oleh ketua kampung/ADUN/Penghulu/Pengerusi Taman/Penghulu Mukim/Ketua Blok sahaja).
  3. Bagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan pengesahan mastautin yang disahkan oleh Ketua Kampung/ADUN/Penghulu/Pengerusi Taman/Penghulu Mukim/Ketua Blok sahaja).
  4. Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
  5. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak disertakan dokumen yang diperlukan akan ditolak. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar.
  6. Pemohon hendaklah membuat semakan secara talian/online dalam tempoh dua minggu selepas tarikh tutup permohonan.

Semakan Keputusan

Sila semak keputusan permohonan anda selepas dua (2) minggu dari tarikh permohonan ditutup.

 

Proses Keseluruhan Pinjaman Pelajaran

pubdn selangor 2022

Melengkapkan Permohonan Secara Online Atau Bertulis ( Sebelum Temuduga )

  1. Sila pastikan pengesahan pendapatan disertakan pada permohonan jika
    • Bapa atau ibu tidak bekerja / suri rumah
    • Bekerja sendiri atau mempunyai pendapatan lain
    • Besara kerajaan ( jika ibu & bapa ), sila sertakan penyata persaraan daripada JPA

 

  1. Sila pastikan perakuan pemastautin di dalam negeri selangor disertakan pada permohonan jika
    • Pemohon, ibu dan bapa tidak lahir di negeri selangor

 

 

Perhatian & Penting

  • Pengesahan perakuan pendapatan & pemastautin hanya boleh disahkan oleh Y.B ADUN, Penghulu Mukim, Ketua Kampung / Pengerusi Jkkk, Pengerusi Persatuan / Krt Penduduk, Pengerusi Perawakilan Penduduk Zon, Ketua Blok / Jmb Perumahan Bertingkat SAHAJA.

 

  • Selain daripada yang dinyatakan di atas seperti Orang Besar Daerah, Pegawai Kerajaan, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai, Nazir Kariah Masjid / Pengerusi Surau, Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan, Ketua Komuniti, Ketua Ngo, Dan Pemimpin Parti Politik Yang Bukan Memegang Jawatan Y.B ADUN Kawasan adalah tidak boleh mengesahkan perakuan pendapatan & pemastautin bagi permohonan pinjaman pelajaran.

 

Melengkapkan Permohonan Secara Online Atau Bertulis  ( Selepas Temuduga )

Kepada yang berjaya ditawarkan pinjaman pelajaran selepas temuduga, anda boleh rujuk panduan melengkapkan dokumen perjanjian ini.

 

  1. Sila log – in menggunakan kad pengenalan dan password yang sama semasa membuat permohonan sebelum temuduga.
  2. Cetak surat tawaran dan baca setiap perincian yang dinyatakan pada surat tawaran tersebut. (jika ada sebarang kesilapan atau ingin mengubah tempoh pengajian, SILA HUBUNGI URUS SETIA DI TALIAN 03 – 5521 2275 / 03 – 5544 7484)

Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara - surat tawaran

  1. Dapatkan dua orang penjamin yang terdiri daripada ibu / bapa / adik – beradik terdekat / saudara – mara  / rakan – rakan.

 

PENJAMIN PERTAMA

  • Warganegara Malaysia ( pemastautin tetap / bukan warganegara adalah tidak dibenarkan )
  • Tiada had umur
  • Pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM 1000.00 sebulan kakitangan awam& rm 1500.00 sebulan bagi kakitangan swasta / bekerja sendiri
  • Berkemampuan membayar balik pinjaman sekiranya peminjam gagal menjelaskan pinjaman
  • Tidak disenarai hitamkan di Jabatan Insolvensi Malaysia

 

PENJAMIN KEDUA

  • Warganegara malaysia ( pemastautin tetap / bukan warganegara adalah tidak dibenarkan )
  • Umur di bawah 45 tahun sahaja
  • Bukan terdiri daripada ibu atau bapa yang telah menjadi penjamin pertama
  • Pendapatan tetap sebulan sekurang-kurangnya RM 1000.00 sebulan bagi kakitangan awam & RM 1500.00 bagi swasta / bekerja sendiri
  • Berkemampuan membayar balik pinjaman sekiranya peminjam gagal menjelaskan pinjaman
  • Tidak disenarai hitamkan di Jabatan Insolvensi Malaysia
  1. Isi maklumat – maklumat penjamin ke dalam sistem. Pastikan maklumat tersebut diisi dengan cermat, tepat dan diakui benar.

 

pbudn 2022 -penjamin pertama

 

 

  1. Sila buka akaun Bank Muamalat sahaja di cawangan yang berhampiran. Anda boleh rujuk cawangan bank muamalat dengan klik pada pautan di bawah. ( Jika anda telah mempunyai akaun Bank Muamalat, pastikan akaun tersebut masih aktif ).  Digalakkan pemohon membawa surat tawaran pinjaman pelajaran kerajaan negeri Selangor untuk rujukan pegawai Bank Muamalat. Pautan di bawah merupakan senarai cawangan Bank Muamalat di seluruh malaysia. http://www.muamalat.com.my/contact-us/our-branches/

 

  1. Muat naik muka hadapan buku akaun Bank Muamalat atau penyata Bank Muamalat yang tertera nama, nombor kad pengenalan, nombor akaun dan masukkan nombor akaun dengan tepat bagi tujuan pembayaran.

 

pinjaman boleh ubah dalam negara pubdn selangor

 

 

 

Surat senarai semak, dokumen perjanjian, surat tawaran, borang ringkasan maklumat pelajar & penjamin, serta panduan mengisi borang akan dipaparkan selepas anda melengkapkan maklumat orang rujukan, maklumat penjamin, serta maklumat akaun pemohon.

NOTA : Jika ingin membuat perubahan pada maklumat – maklumat penjamin atau nombor akaun Bank Muamalat (Jika terdapat kesalahan atau sebagainya, anda boleh lakukan demikian dengan klik pada pautan KEMASKINI MAKLUMAT.

 

 

Melengkapkan Permohonan Secara Online Atau  Bertulis  ( Selepas Temuduga )

  1. Sila klik pautan di bawah untuk panduan melengkapkan dokumen perjanjian pinjaman pelajaran kerajaan negeri Selangor. PANDUAN MENGISI DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PELAJARAN

 

Kegagalan melengkapkan borang serta mengemukakan dokumen berkaitan mungkin menyebabkan permohonan anda akan ditolak.

 

Maklumat Lanjut

Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara 2022, sila layari laman web https://tkwbns.selangor.gov.my/.

 

 

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *