Netball Super League (NSL 2023) : Senarai Pasukan, Keputusan Terkini

Sejak dianjurkan pada 2021 lalu, Netball Super League atau NSL telah menjadi satu kejohanan tahunan yang sering dinanti-nantikan para penggemar sukan bola jaring di Malaysia.

Tahun ini telah memasuki edisi ketiga penganjuran program ini sambil menampilkan berisan pasukan bola jaring hebat termasuk juara bertahan daripada edisi terdahulu.

Program NSL ini juga selari dengan inisiatif kerajaan serta Kementerian Belia dan Sukan bagi melestarikan pembangunan sukan buat kaum wanita.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai acara Netball Super League 2023 dengan lebih lanjut.

Pengenalan Ringkas Netball Super League (NSL)

Berlangsung dari 13 Oktober hingga 5 November 2023 di Stadium Juara, Bukit Jalil, Netball Super League kembali pada edisi ketiga untuk tahun ini.

Liga bola jaring profesional tempatan ini dicetuskan oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia dan Astro Arena demi membangunkan serta mengembangkan sukan bola jaring tanah air.

Netball Super League

Musim pertama yang berlangsung pada Mac 2021 telah menyaksikan KL Wildcats sebagai juara sulung setelah menewaskan Johor Jewels pada pentas Grand Final.

Seterusnya, Johor Jewels bangkit pada edisi kedua NSL Sooka selepas ia berjaya menewaskan juara bertahan KL Wildcats pada perlawanan akhir dengan perbezaan mata sengit 50-40.

Butiran Perlawanan Bola Jaring NSL

Untuk makluman, acara NSL berlangsung mengikut peraturan daripada Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (INF).

Jumlah perlawanan yang akan berlangsung secara keseluruhan adalah 28 (24 perlawanan berkumpulan, 2 separuh akhir, 1 untuk penentuan tempat keempat dan ketiga dan 1 pentas grand final).

Satu perlawanan akan berlangsung selama 90 minit (4 quarters dengan durasi 15 minit bagi setiap satu).

Berikut merupakan tempoh perlawanan yang dirujuk secara mingguan :

Minggu 1 : 20 – 22 Oktober 2023

Minggu 2 : 27 – 29 Oktober, 3 – 5 November 2023

Minggu 3 : 7 – 9 November 2023

Jumlah hari perlawanan : 12 hari

Senarai Pasukan Yang Bertanding

8 pasukan akan berentap untuk merebut gelaran juara Netball Super League 2023 iaitu :

  1. Johor Jewels
  2. KL Wildcats
  3. Selangor Angels
  4. Perak Phoenix
  5. Negeri Sembilan Venom
  6. Pahang Tulips
  7. Terengganu Marvel
  8. Putrajaya Dynamites
Netball Super League
Netball Super League

Keputusan Terkini

Berikut dikongsikan kedudukan terkini bagi minggu kedua acara NSL 2023.

Netball Super League

Setakat ini Johor Jewels telah mendahului dan disusuli rapat oleh Putrahaya Dynamites dan KL Wildcats.

Johor Jewels juga didapati masih mengekalkan prestasi cemerlang dengan 100% kemenangan.

Platform Siaran NSL 2023

Jangan ketinggalan untuk saksikan perlawanan bola jaring Netball Super League di secara langsung di saluran Astro Arena (Saluran 801), Astro Arena 2 (Saluran 802). Anda juga boleh strim secara langsung di platform Sooka.

Cara Tonton Secara Langsung di Stadium

Bagi yang ingin memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran, anda boleh hadir menonton secara langsung di Stadium Juara, Bukit Kiara dengan pembelian tiket di www.tickethotline.com.my

Sama-sama kita berikan sokongan kepada semua pasukan yang berentap dalam temasya Netball Super League.

Untuk ketahui perkembangan serta keputusan terkini bagi acara ini, sila ikuti laman Facebook rasmi Netball Super League.

Baca Juga : Aaron Chia, Soh Wooi Yik : Profil & Biodata Pemain Badminton Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!