Ragbi Piala Agong 2023 : Siaran Langsung, Keputusan & Jadual

Ragbi Piala Agong 2023 Edisi Ke-39 bermula pada 23 September – 21 Oktober 2023.

Kejohanan Ragbi Piala Agong 2023, melibatkan 14 buah pasukan. Kesemua pasukan yang bertanding turut menerima dana suntikan sebanyak RM5,000.

Menurut Fahmi Jalil yang merupakan Pengarah Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), setiap pasukan yang menjadi tuan rumah akan menerima dana tambahan sebanyak RM2,000.

Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai bernilai RM60,000 juga turut ditawarkan dalam kejohanan Edisi Ke-39

Ragbi Piala Agong 2023 Edisi Ke-39

ragbi piala agong 2023

Kejohanan Ragbi Piala Agong pertama kali dianjurkan adalah pada tahun 1983. Untuk edisi ke-39 2023, perlawanan pembukaan kick off akan berlangsung pada 23 September 2023.

Ianya melibatkan pasukan Perlis menentang Melaka jam 4:00 petang di Padang B, Kompleks Sukan Tunku Syed Putra Kangar, Perlis.

Peringkat suku akhir pula akan berlangsung di padang Ragbi Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 dan 15 Oktober depan.

Seterusnya pasukan yang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir akan bermain pada 18 Oktober.

Manakala perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat serta final akan berlangsung pada 21 Oktober di Stadium Ragbi Perak

KRM dan rakan penaja utama Harps Holding dan Al-Ikhsan Sports, rakan strategik, Advanced Defence Systems, SugarBomb, Berjaya Group.

Manakala Kuckreja & Co adalah penaja bola rasmi kejohanan.

Format Perlawanan

Setiap pasukan akan dipecahkan kepada lima kumpulan yang akan ditentukan dengan cabutan undi.

Pusingan peringkat kumpulan akan dimainkan secara liga satu pusingan  (round-robin).

Seterusnya juara bagi setiap kumpulan dan tiga lagi pasukan kedua terbaik daripada kumpulan A, B, C dan D juga akan turut layak ke suku akhir.

Perlawanan suku akhir akan menentukan siapa yang akan mara untuk ke peringkat separuh akhir.

Seterusnya menentukan pasukan yang akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan pasukan yang akan marah ke pusingan akhir

Bagi tahun ini, KRM masih mengekalkan jumlah kuota pemain import, iaitu empat pemain boleh didaftarkan dalam senarai panjang 40 pemain dengan hanya tiga pemain dibenarkan beraksi dalam padang pada setiap perlawanan yang dijalankan,

Dapatkan koleksi Jersi Ragbi Malaysia di Shopee

Pasukan Bertanding

14 pasukan yang bertanding unutk kejohanan Ragbi Piala Agong 2023 ialah ;

Kumpulan A

  • Putrajaya
  • Johor
  • Kelantan

Kumpulan B

  • ATM
  • PDRM
  • Pahang

Kumpulan C

  • Melaka
  • Kuala Lumpur
  • Perlis

Kumpulan D

  • Terengganu
  • Negeri Sembilan
  • Selangor

Kumpulan E

  • Sabah
  • Sarawak

Keputusan Terkini

ragbi piala agong 2023 keputusan peringkat kumpulan

Setelah bermain 3 minggu menyaksikan pasukan yang mara ke pusingan suku akhir ialah ;

Juara Kumpulan

  • Putrajaya – Juara Kumpulan A
  • PDRM – Juara Kumpulan B
  • Perlis – Juara Kumpulan C
  • Terengganu – Juara Kumpulan D
  • Sabah – Juara Kumpulan E

Tiga Pasukan Kedua Terbaik Kumpulan

  • Negeri Sembilan – Naib Juara Kumpulan D
  • Kuala Lumpur – Naib Juara Kumpulan C
  • Pahang – Naib Juara Kumpulan B

Keputusan Peringkat Suku Akhir

  • Q1 – Johor 26 vs 32 Sabah
  • Q2 – PDRM 20 vs 17 Terengganu
  • Q3 – Kuala Lumpur 29 vs 20 Pahang
  • Q4 – Negeri Sembilan 15 vs17 Putrajaya

Keputusan Separuh Akhir

  • Semi Final 1 – Sabah 17 vs 27 PDRM
  • Semi Final 2 – Kuala Lumpur 14 vs 25 Putrajaya

Jadual Perlawanan Ragbi Piala Agong 2023

jadual perlawanan ragbi piala agong 2023

Jadual perlawanan bagi menentukan tempat ketiga di antara Sabah yang akan bertemu dengan pasukan yang kalah diantara Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Final Ragbi Piala Agong 2023 & Penentuan Tempat Ketiga

Manakala pusingan akhir rugbi piala agong 2023, menyaksikan PDRM yang berjaya menumbangkan Sabah di pusingan separuh akhir.

Babak perlawanan antara Sabah dan PDRM sedikit tegang di minit terkahir apabila berlaku sedikit perbalahan yang melibatkan kedua-dua pemain pasukan yang sedikit mencetuskan kekecohan sebelum akhirnya dapat dileraikan dengan baik.

PDRM sah mara ke final dan akan bertemu pasukan Putrajaya yang menang 25 berbalas 17 menewaskan Kuala Lumpur di peringkat separuh akhir.

Penentuan tempat ketiga dan pusingan akhir akan diadakan pada 21 Oktober di Stadium Ragbi Perak

Jadual Penentuan Tempat Ketiga

  • Sabah vs Kuala Lumpur

Final

  • PDRM vs Putrajaya

Siaran Langsung Rugbi Piala Agong 2023

Perlawanan Ragbi Piala Agong 2023 boleh ditonton secara langsung live stream di laman Facebook Malaysia Rugby dan Ragbi Online

Baca juga : Biodata Atlet

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!