Liga Wanita Nasional 2023 (LWN) Jadual Perlawanan & Carta

Liga Wanita Nasional 2023 (LWN2023) atau Liga Bola Sepak Wanita Malaysia 2023 merupakan salah satu cabang baru dalam kalender liga FAM.

Liga Wanita Nasional Malaysia pertama kali diperkenalkan pada tahun 2022. Ini merupakan tahun kedua penganjuran tersebut.

LWN adalah salah satu usaha FAM secara lebih serius untuk mengubah landskap bola sepak wanita di Malaysia.

Menteri Belia Dan Sukan Hannah Yeoh turut menyokong dan melihat usaha ini sebagai titik mula pembangunan bola sepak wanita di negara ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin memberitahu pihaknya kini sedang berusaha untuk menarik lebih ramai penaja.

Baru-baru ini juga FAM dengan kerjsama FIFA telah menganjurkan kursus pembangunan liga FIFA/FAM 2023.

Sebanyak 20 orang peserta terdiri daripada ketua jurulatih dan jurulatih pasukan bertanding di Liga Wanita Nasional (LWN) 2023, jurulatih sekolah sukan serta jurulatih terpilih dari persatuan bola sepak yang terbabit di dalam bola sepak wanita.

Kursus tersebut turut mendedahkan peserta mengenai kepimpinan – Malaysia dan kesihatan wanita, membina model perlawanan serta falsafah dan periodisasi model perlawanan selain turut menjalankan latihan secara praktikal.

Format Liga Wanita Nasional 2023 (LWN 2023) Malaysia

Bagi format LWN 2023, FAM telah menstukturkan semula dengan memperkenalkan format pertandingan daripada format Zon kepada liga kebangsaan yang dijalankan dua pusingan iaiatu ‘home & away’ sama seperti mana  format Liga Super

Berbeza dengan format LWN sebelum ini, apabila setiap pasukan terbabit dibahagikan kepada empat zon.

Pasukan bergelar juara akan berentap di pusingan akhir.

FAM dalam satu hantaran membuka penyertaan permohonan pemain bola sepak perempuan terbuka kepada pasukan negeri, kelab dan universiti

Senarai Pasukan LWN 2023

Bagi saingan Liga Wanita Nasional 2023, sebanyak 6 pasukan yang telah mengesahkan penyertaan iaitu ;

  • Kelana United FC
  • LMS Tigress FC
  • Malaysian University
  • Sabah FA
  • Selangor FC
  • SSM Pahang

Jadual Perlawanan Liga Wanita Nasional 2023

jadual liga wanita nasional 2023

Carta Kedudukan Terkini

carta liga wanita nasional 2023

Selepas perlawanan ke 8, pasukan Sabah berada di tangga teratas liga. Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) terus melonjak naik di kedudukan kedua selepas pengadil memeberikankan 3 mata percuma apabila LMS Tigress gagal hadir di Gambang pada Rabu baru-baru ini tanpa sebab yang tidak dapat dipastikan.

Tempat ketiga diduduki oleh pasukan Kelana United FC dengan jurang 1 mata di belakang pasukan SSMP.

Malaysian University di tangga kelima. LMS Tigress di tangga ke lima dan Selangor FC berada di tangga tercorot.

Untuk mendapatkan keputusan perlawanan terkini, anda juga boleh melayari website rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di https://cms.fam.org.my/v1/results

Live

Buat masa ini, tiada siaran langsung live stream rasmi untuk sebarang perlawanan bagi kejohanan liga wanita nasional 2023

Dapatkan Jersey Malaysia 2022 2023 Malaysia Jersi Fan Issue Player Issue Jersi Malaysia Baru Home Away Kits Disini!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!