Piala Sumbangsih 2023 [LIVE & Update Perlawanan JDT vs TFC]
Piala Sumbangsih 2023 edisi ke 38 bakal menyaksikan JDT selaku juara Liga Super 2022 yang akan menentang Terengganu selaku, naib juara Liga Super 2022. Format perlawanan piala sumbangsih sepatutnya dimainkan antara juara Liga Super 2022 dan juara Piala Malaysia 2022. Namun oleh kerana Johor Darul Ta’zim juga merupakan juara bagi Piala Malaysia 2022 seterusnya merangkul paling banyak anugerah di ABK22, ianya akan diganti dengan pasukan yang menduduki tempat kedua dalam Liga Super 2022 iaitu Terengganu FC
Sejarah Piala Sumbangsih
Sejarah pertandingan piala sumbangsih bermula pada tahun 1982. Pada awalnya, pertandingan ini dikenali sebagai “Piala Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang” sebagai penghormatan kepada Pangeran Mahkota Pahang, yang pada masa itu dilantik sebagai Presiden Persatuan Sepak Bola Malaysia.
Bermula pada saat itu, Piala Sumbangsih menjadi perlawanan amal yang akan menjadi acara tahunan sebelum bermulanya musim bola sepak pada tahun tersebut.
Hasil daripada pendapatan pertandingan ini, akan disumbangkan untuk tujuan amal atau kepentingan sosial. Bermula pada tahun 1998, Piala Sumbangsih diadakan di venue Stadion Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, dan menjadi salah satu acara berprestij di dalam kalender sepak bola tanah air.
Piala Sumbangsih menjadi ajang yang sangat dinanti oleh para penggemar sepak bola di Malaysia karena pertandingan ini menjadi pertandingan perdana yang menandai dimulainya musim sepak bola Malaysia setiap tahunnya. Selain itu, ajang ini juga memberikan kesempatan bagi tim untuk menunjukkan kemampuan mereka dan memenangkan trofi sekaligus menyumbangkan pendapatan dari pertandingan untuk amal atau kepentingan sosial.
Format Pertandingan Piala Sumbangsih 2023
Format awal, pertandingan Piala Sumbangsih hanya mempertemukan juara Liga Malaysia dan juara Piala Malaysia. Namun, sejak tahun 2012, format perlawanan berubah dan mempertemukan juara Liga Super Malaysia dan juara Piala Malaysia, serta pemenang Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia musim sebelumnya dalam pertandingan ganda.
Namun bagi edisi ke 38, disebabkan juara bagi Liga super, Piala Malaysia dan Piala FA di menangi oleh satu pasukan tunggal iaiatu Johor Darul Ta’zim, maka perlawanan akan menemukan juara liga super 2022 dan naib juara liga super 2022 iaiatu di antara Johor Darul Ta’zim dan Terengganu
Tarikh Jadual Perlawanan Piala Sumbangsih 2023
Perlawanan piala sumbangsih 2023 di antara Johor Darul Ta’zim dan Terengganu FC di jadualkan akan berlangsung pada tarikh 24 Februari 2023 bersamaan hari Jumaat bertempat di Staadium Sultan Ibrahim iaitu sehari sebelum Liga Super 2023 bermula. Sepak mula akan bermula pada jam 9:00
Jualan Tiket Piala Sumbangsih 2023 JDT vs Terengganu
Bagi peminat bola sepak untuk kedua-dua pasukan, tiket untuk perlawanan Piala Sumbangsih 2023 diantara Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC pada 24 Februari 2023
INFO JUALAN TIKET PIALA SUMBANGSIH
Tiket untuk perlawanan Piala Sumbangsih antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC pada 24 Februari 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim akan mula dijual menerusi https://tickets.jdtfc.com.my/ pada 22 Februari bermula jam 2 petang.
Setiap penyokong hanya boleh membeli empat tiket sahaja manakala para pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas anda di pintu-pintu masuk untuk kemasukan ke stadium.
Siaran Langsung Piala Sumbangsih 2023
Siaran langsuh live stream Piala sumbangsih 2023 perlawanan di antara Johor Darul Tazim dan Terengganu FC ini boleh ditonton menerusi Astro dalam definisi tinggi (HD), On Demand dan Astro GO dan RTM
Senarai Keputusan & Juara Piala Sumbangsih Sepanjang Zaman
Berikut pula Fuh.my kongsikan keputusan dan senarai juara piala sumbangsih sepanjang zaman (1985 -2022)