Doa Makan dan Ertinya (Arab / Jawi & Rumi)

Membaca doa makan adalah sesuatu perbuatan yang baik dan sunnah dalam Islam. Selain sebagai tanda kesyukuran terhadap rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T, membaca doa sebelum makan juga mendapat

Doa Makan dan Ertinya

doa sebelum makan

الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Allahumma bariklana fima rozak tana waqina ‘azabannar

Maksudnya: “Ya Allah berkatilah segala apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan jauhilah kami daripada azab neraka.”

Adakah ini merupakan doa Makan Nabi Muhammad?

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ


Maksudnya: 
“Ya Allah, berkatilah makanan kami ini dan berilah kami kebaikan daripada makanan tersebut.”

Riwayat al-Tarmizi

Oleh itu, doa ini boleh diamalkan sebagai doa sebelum makan namun tidak boleh mengatakan ia daripada Nabi SAW kerana sanad hadis yang mengatakan ia daripada Nabi SAW adalah bermasalah. Walaupun begitu, doa ini diamalkan oleh para sahabat Nabi SAW dan ulama. Antara yang mengamalkan doa ini ialah Saidina Ali RA, hal ini boleh dilihat melalui riwayat Saidina Ali RA yang dibawa oleh Ibn Abi Syaibah dalam karyanya al-Musannaf:

Penejasan lebih lanjut mengenai hal ini boleh dilihat menerusi penerangan yang telah dibuat oleh Mufti Wilayah Persekutuan seperti berikut ;

https://muftiwp.gov.my/

Doa Makan Nabi Muhammad S.A.W (Jika Terlupa Doa Makan)

doa manak nabi muhammad

بِاسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ

Bismillahi awwalahu wal akhir

Maksunya : Dengan nama Allah pada awal dan akhir

Aisyah RA berkata : Rasulullah SAW berpesan : “Apabila kamu terlupa menyebut nama Allah sebelum makan, hendaklah kamu membaca Bismilahi awwaluhu wa aakhiruhu (Dengan nama Allah pada awal dan akhir).

Hadis Riwayat Tirmizi (1858)

Doa Selepas

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مُسْلِمِيْنَ

Alhamdulillahil ladzi at’amana wa saqonaa waja’alna minal muslimin

Maksudnya “Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan kami dan minuman kami serta menjadikan kami sebagai orang-orang Muslim.”

Doa Makan Buah

doa makan buah

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي ثَمَرِنَا

Allahumma barik lana fi samarina

Ertinya : Ya Allah, engaku berikanlah keberkatan pada buah-buahan kami ini

Adab Makan Cara Nabi

Rasulullah SAW memiliki adab-adab makan yang patut diikuti sebagai contoh dalam kehidupan sehari-hari. Berikut adalah beberapa adab makan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW:

Membaca “Bismillah” sebelum makan: Rasulullah SAW selalu membaca “Bismillah” sebelum memulai makan. Ini adalah tanda kesedaran untuk mengingat Allah dan menyebut nama-Nya sebelum mendapatkan nikmat makanan.

Makan dengan tangan kanan: Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dan minum menggunakan tangan kanan. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah SAW Maka Baginda SAW berkata: “Makanlah dengan tangan kananmu”. Lelaki itu berkata: “Aku tak boleh”. Baginda menjawab, “Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut.” (HR Muslim)

Makan dengan tangan yang bersih: Rasulullah SAW selalu membersihkan tangan sebelum makan, menunjukkan pentingnya kebersihan dalam ibadah makan.

Makan bersama-sama: Nabi Muhammad SAW menganjurkan untuk makan bersama-sama dengan keluarga atau saudara, kerana makan bersama boleh meningkatkan rasa persaudaraan dan kebersamaan.

Tidak makan dalam posisi berbaring: Rasulullah SAW melarang makan dalam posisi berbaring kerana boleh menyebabkan makanan tersendak dan mengganggu pencernaan.

Menggunakan tiga jari saat makan: Nabi Muhammad SAW seringkali menggunakan tiga jari (telunjuk, jari tengah, dan jari manis) saat makan, bukan seluruh telapak tangan, sebagai tanda kesederhanaan dan menjaga kebersihan.

Dari Ka’ab bin Malik r.a., “Aku melihat Rasulullah SAW makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (HR Muslim)

Bersyukur dan tidak membazir: Rasulullah SAW selalu bersyukur atas nikmat makanan yang diberikan Allah dan mengajarkan untuk tidak membazir atau berlebihan dalam makan.

Berdoa setelah makan: Setelah selesai makan, Nabi Muhammad SAW mengajarkan untuk membaca doa “Alhamdulillahil ladzi at’amana wa saqonaa waja’alna minal muslimin” yang artinya “Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan kami dan minuman kami serta menjadikan kami sebagai orang-orang Muslim.”

Semoga dengan amalan membaca doa makan dan adab makan cara Nabi Muhammad SAW ini mengajarkan kita untuk menjadi orang yang bersyukur, sopan, dan menghargai nikmat makanan yang diberikan Allah. Dengan mengikuti contoh beliau, kita boleh menjalani kehidupan sehari-hari dengan kesadaran akan nilai-nilai agama dan etika yang tinggi

KELEBIHAN MEMUJI ALLAH SWT SELEPAS MAKAN DAN MINUM

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya Allah benar-benar meredhai seorang hamba yang makan (sebanyak) sekali makan lalu dia memujiNya atas sebab sekali makan tersebut atau dia minum (sebanyak) sekali minum lalu dia memujiNya atas sebab sekali minum itu.”

Jangan lupa, amalkan membaca doa selepas makan ya. Semoga Allah SWT sentiasa meredhai kita.

Baca juga : Doa Naik Kenderaan & Adab Bermusafir

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!