Naqiu Boboy Biodata Peserta All Star Gegar Vaganza 2023

Profile biodata Naqiu Boboy atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib juara Gegar Vaganza 2019 dan juga antara peserta favourite All Star Gegar Vaganza (GV10).

Semenjak memasuki Gegar Vaganza 6, nama beliau kembali meletup-letup. Selain banyak menerima tawaran membuat persembahan nyanyian, beliau juga menerima tawaran berlakon seperti dalam drama Satukan Rasa yang mana Naqiu turut bergandingan dengan Siti Nordiana yang membawa watak sebagai suami isteri.

Namun dalam masa yang sama, ada juga yang tak senang melihat pencapain yang diterima beliau, sanggup memfitnah Naqiu telah beristeri dua selepas 12 tahun menyepi semata-mata nak korek cerita tentang Naqiu.

Beliau yang kini mempunyai 6 orang anak bersama isterinya Hanisah Zuhairi, yang baru menyambut kelahiran anak mereka yang ke 6 pada Julai lalu, kini sekali lagi menjadi perhatian dan bualan ramai apabila muncul sebagai peserta di tangga teratas All Star Gegar Vaganza minggu pertama.

Biodata Naqiu

biodata naqiu
  • Nama sebenar : Wan Naqiuddin Mohd Najib
  • Gelaran : Naqiu, Boy
  • Tarikh lahir : 22 November 1986
  • Asal : Skudai, Johor Bahru, Johor
  • Umur : 37 tahun (2023)
  • Bangsa : Melayu
  • Agama : Islam
  • Status : Berkhawin
  • Isteri : Hanisah Zuhari
  • Anak : 6 Orang (Wan Ratna Putri, 11, Wan Daniel Iman, 10, Wan Alexander Putra, 9, Wan Esyana Alicia, 8, Wan Danish Aydin, 5 dan Nia, 3 bulan)
  • Adik -beradik : 8 Orang ( Anak bongsu)
  • Kerjaya : Penyanyi, Komposer, Pelakon

Kerjaya

Naqiu terlibat dalam industri nyanyian sejak beliau berusia belasan tahun lagi. Sebelum bergelar penyanyi, pada masa kanak-kanak beliau juga aktif menyertai musabaqah, berzanji, azan, menjadi ketua marhaban dan juga kumpulan nasyid.

Beliau terbuka hati mendalami bidang muzik adalah disebabkan oleh arwah ibu beliau yang juga merupakan seorang guru mengaji.

Bakat beliau dalam nyanyian mula di kesan oleh arwah abangnya Huzaini Hussein yang merupakan titik tolak kepada karier beliau sebagai seorang penyanyi.

Pada awal pembabitanya sebagai artis rakaman,beliau telah ditemukan oleh abangya dengan Erra Fazira. Seterusnya Erra Fazira membawa Naqiu ke studio New Southern Records (NSR) pada asalnya untuk merakam lagu. Namun Iman Wan dan Lan Laga yang turut berada di dalam studio itu pula menawarkan beliau untuk menyertai NSR yang dalam perancangan menubuhkan band ala-ala New Boyz.

Setelah berbincang, Erra Fazira bersetuju untuk melepaskan beliau pada pihak NSR dan kemudianya membentuk kumpulan Boboy.

Antara anggota kumpulan Boboy (Naqiu) Wan Naqiuddin bin Wan Najib (vokalis),(Shah) Azrizal bin Kamarulzaman (guitar),(Muz) Muhammad Muzaffar (Guitar Kedua),(Didie) Mohd Addinan Azmi (bass) (Zul) Aris Fahmi Zulkifli (dram).

Antara album yang telah berjaya dikeluarkan ketika Naqiu bersama Boboy, Episod Cinta pada tahun 2001, Antara Remaja Dan Dewasa pada 2003 dan Masih Mencari 2005.

Selepas tamat kontark bersama NSR, kumpulan Boboy telah membawa haluan masing-masing.

Naqiu terus menyepi dan selama 12 tahun selepas kecewa dengan industri muzik. Beliau kemudianya meneruskan kerjayanya dalam bidang nyanyian dikelab-kelab.

CD Vintage Naqiu Hanya Aku

Kemunculan Naqiu pada 2019 bermula apabila Gegar FM menjemput  beliau untuk jamming bersama vokalis band seangkatannya iaitu Tomok, Lan Solo dan Fairuz Q-face, yang mana video yang dimuat naik di youtube Gegar itu mencecah 1 juta tontonan dalam masa yang singkat. Naqiu seterusnya mendapat pelawaan daripada pihak Astro untuk bertanding pentas Gegar Vaganza 6.

Pencapaian

Antara pencapaian terbaik Naqiu bersama kumplan Boboy, ialah album sulung mereka berjudul Episod Cinta pada tahun 2001 berjaya mendapat kutipan yang di anggarkan melebihi 30,000 unit jualan.

Pada kemuncak populariti kumpulan Boboy, mereka pernah menerima banyak tawaran hingga mencecah hingga empat ke lima persembahan dalam sehari

Antara lagu-lagu hits kumpulan Boboy ketika itu ialah “Episod Cinta”, “Janji Seorang Kekasih”, “Dalam Benci Ada Rindu”, “Demi Masa”, “Bangkitlah” dan banyak lagi.

Selepas menghilang 20 tahun, Naqiu telah menyertai program realiti terbitan Astro, iaitu Gegar Vaganza 6 yang mana beliau telah berjaya dinobatkan sebagai juara bersama dengan seorang lagi peserta iaitu Hady Mirza.

Semenjak dari itu, nama Naqiu terus melonjak naik sehinggakan nama beliau telah tercalon dalam Top 5 ABPBH34 kategori penyanyi lelaki popular dan pertama kali berjaya melayakkan lagu ciptaannya ke semifinal Muzik-Muzik36. 

Adakah anda Naqiu bakal menjadi juara All Star Gegar Vaganza (GV10) 2023?

Untuk mendapatkan info terkini beliau,anda juga boleh melayari sosial media ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!