Permohonan Zakat Kafalah Mahabbah ZPP: Khairat Kematian RM1000

Waris bagi pembayar zakat yang membayar zakat harta dan penerima bantuan bulanan zakat di Zakat Pulau Pinang yang telah meninggal dunia kini boleh memohon tuntutan khairat kematian menerusi Zakat Kafalah Mahabbah di bawah Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Untuk pengetahuan, Zakat Kafalah Mahabbah merupakan bantuan khairat kematian kepada waris-waris pembayar zakat yang membayar zakat harta di Zakat Pulau Pinang dan penerima bantuan bulanan zakat, apabila berlaku kematian. 

Zakat ini telah berkuatkuasa bermula tahun 2020 dan matlamat pemberian zakat ini adalah untuk mempermudahkan urusan pengebumian kepada ahli keluarga yang kurang berkemampuan.

Oleh itu, waris yang ingin membuat permohonan zakat ini boleh membuat permohonan melalui borang permohonan yang disediakan oleh Zakat Pulau Pinang.

Kategori Penerima

Kategori penerima Zakat Kafalah Mahabbah diberikan kepada dua jenis kategori iaitu:

  • Muzakki (Pembayar Zakat Harta) 
  • Mustahik (Penerima Bantuan Zakat Bulanan)

Kadar Zakat

Kadar zakat yang akan diterima oleh waris pemohon yang layak adalah RM1000.

Proses pembayaran akan dibuat kepada waris yang layak dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan.

Syarat Permohonan

Waris yang ingin membuat permohonan zakat ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Merupakan pembayar zakat yang membayar zakat di Zakat Pulau Pinang dengan kadar bayaran minimum zakat anda sebanyak RM100.00 setahun.
  2. Merupakan penerima bantuan bulanan Zakat Pulau Pinang.

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan zakat ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web zakatpenang2u.com.
  2. Klik butang ‘Log Masuk’ dan klik bahagian ‘Daftar Akaun Anda.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
  5. Isi maklumat peribadi yang diperlukan.
  6. Klik bahagian kemaskini Skim Kafalah.
  7. Hantar permohonan.

Soalan Lazim

Apakah kategori yang layak menerima bantuan zakat ini?

Terdapat 2 kategori yang layak menerima bantuan zakat ini iaitu Muzakki iaitu pembayar zakat harta dan Mustahik iaitu penerima bantuan zakat bulanan.

Berapakah kadar zakat yang akan diterima waris yang layak?

Waris yang layak menerima zakat ini akan menerima khairat kematian sebanyak RM1000.

Berapakah kadar bayaran minimum zakat harta bagi kategori Muzakki?

Kadar bayaran minimum zakat bagi kategori Muzakki adalah sebanyak RM100 setahun.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Zakat Kafalah Mahabbah, sila hubungi pihak ZPP di talian 1-300-88-8808.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!