Bajet 2023 : Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam RM 180 Sebulan

Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian subsidi yuran taska sebanyak RM 180 sebulan.

Subsidi ini bakal memberi manfaat kepada semua penjawat awam.

Pada masa yang sama, kerajaan akan memudah cara proses pendaftaran dan memulakan semula program pemulihan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak yang belum berdaftar di seluruh negara.

Oleh itu, bagi memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 buah taska dan tabika kemas termasuk 13 projek baharu.

Katanya, sejumlah RM15 juta disediakan sebagai pinjaman mudah bagi membantu pengusaha pusat jagaan.

Yuran Taska Penjawat Awam

“Kerajaan akan terus memudah cara garis panduan untuk pusat jagaan kanak-kanak di pejabat termasuk membenarkan penyediaan pusat jagaan di aras pejabat yang lebih tinggi,” katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani.

Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan bahawa insentif cukai sedia ada juga bakal dilanjutkan bagi elaun jagaan kanak-kanak serta kos menyediakan pusat jagaan di pejabat.

“Saya juga menyeru supaya majikan memainkan peranan untuk turut bertanggungjawab berhubung penyediaan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat.

“Jika sambutan daripada majikan kurang menggalakkan, kerajaan akan meneliti keperluan untuk mewajibkan penyediaan kemudahan tersebut demi menyokong ibu yang bekerja,” tambah beliau.

Yuran Taska Penjawat Awam

Baca Juga : e-Tunai Belia Rahmah : Bantuan Kredit e-Tunai RM 200 Untuk Belia

Syarat Kelayakan Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam

Had kelayakan pendapatan isi rumah bagi subsidi juga dinaikkan bagi penjawat awam daripada RM 5,000 kepada RM 7,000.

Dengan bantuan yang diumumkan, kerajaan berharap ianya dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan menjadi pemangkin buat mereka untuk terus berkhidmat untuk pembangunan negara.

“Kerajaan Perpaduan sensitif akan keperluan kaum wanita terutamanya mereka yang terpaksa berhenti bekerja selepas tempoh cuti bersalin untuk menjaga anak-anak kerana kos penjagaan kanak-kanak yang tinggi,” ujarnya.

Maklumat Lanjut

Untuk perkembangan mengenai pemberian subsidi yuran taska penjawat awam, sila ikuti laman rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pautan www.facebook.com/anwaribrahimofficial.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!