Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Bapa

Setiap tahun Hari Bapa akan disambut pada hari Ahad minggu ketiga di bulan Jun termasuk di Malaysia. Untuk tahun 2023, sambutan Hari Bapa bakal diraikan pada 18 Jun 2023.

Bagi mengenang pengorbanan beliau yang telah membesarkan kita, tidak salah untuk kita menggembirakan hati bapa dengan pemberian hadiah serta ucapan.

Berikut kami akan kongsikan beberapa ucapan Selamat Hari Bapa serta pantun yang menarik dan sesuai untuk anda sampaikan menerusi mesej peribadi dan media sosial.

Baca Juga : Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Bapa

Ucapan Selamat Hari Bapa Istimewa Untuk Si Ayah

Ayah adalah hero pertama seorang anak lelaki dan cinta pertama anak perempuannya. Selamat Hari Bapa diucapkan buat insan yang mempunyai tempat yang istimewa dalam hatiku.


Makin bertambah usianya, makin aku sedar betapa banyaknya pengorbanan yang Abah lakukan untuk kami semua. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa Abah. Selamat Hari Bapa.


Sejak kecil, ayah menjadi cahaya penunjuk jalan bagiku melangkah. Berkat doanya, aku mampu mencapai cita-citaku. Selamat Hari Bapa buat Ayah tercinta.


Meskipun semakin dimamah usia, namun tangan yang sama itulah yang telah mendukung dan memimpinku sehingga aku mampu berdikari. Saya sayang Papa selamanya!


Dengan doa Ayah mengiringi, kini aku dapat menjadi seperti yang Ayah harapkan. Segala kejayaan ini ku dedikasikan untukmu, Ayah. Selamat Hari Bapa.


Tiada lelaki dalam dunia ini yang setara dengan Papa. Saya juga tidak pernah merasakan cinta sebesar rasa cinta yang Papa berikan setiap hari. Sayang Papa selalu!


Tiada yang lebih bermakna dalam hidup daripada mengetahui hakikat yang aku mempunyai sosok ayah yang sangat ku kasihi dalam hidupku. Selamat Hari Ayah.


Meskipun aku jarang mengucapkannya, tapi doa untukmu sering aku titipkan. I love you, Ayah!


Untuk Papa tercinta, terima kasih kerana telah menunjukkan jalan dan memberiku kehidupan yang baik. Selamat Hari Bapa!


Bapa adalah role model, hero, cikgu dan pengasuh terbaik dalam hidup. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikannya.


Cinta sejati pertama seorang gadis adalah ayahnya. Walaupun dia tidak memberitahu bahawa dia mencintaimu, namun dia mencurahkannya setiap hari. Semoga Allah memberi ganjaran syurga buat Ayah tercinta.


Abah, sempena Hari Bapa ini kudoakan semoga kau sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam rahmat Allah sentiasa.


Papa, saya mungkin anak yang sempurna, tapi Papa adalah ayah yang sempurna buat saya. I love you Papa!


Setiap keringat yang ayah keluarkan adalah satu bentuk pengorbanan dan rasa cinta buat keluarga. Semoga Ayah sentiasa diberikan kesihatan dan dirahmati Allah. Selamat Hari Bapa!

Selamat Hari Bapa

Koleksi Pantun Istimewa Sempena Hari Bapa

Waktu berlalu sungguh cepat,

Belum puas bermanja dengan ayah,

Engkau adalah bapa yang hebat,

Senyumanmu sehangat sinaran suria.


Pisang dibawa dari kenduri,

Masak sebiji di atas peti,

Kasih ayah ibarat kasturi,

Harumnya mewangi mekar di hati.


Tiada lelaki sehebat bapa,

Sentiasa tersenyum meskipun diulit nestapa,

Walaupun kita jarang berjumpa,

Selamat Hari Bapa

Namun doa untukmu tak pernah kulupa.

Indah sungguh kancing suasa,

Digayakan bersama kurta dan jubah,

Meskipun anakmu kini berganjak dewasa,

Namun rasa cinta ini tak pernah berubah.


Kain songket panjang sedepa,

Digubah cantik buat hantaran,

Segala jasamu takkan kulupa,

Semoga syurga jadi ganjaran.


Bergaya anggun cantik jelita,

Umpama bulan di ufuk raya,

Kasih ayah umpama pelita,

Membakar diri memberi cahaya.


Wahai bapa insan pujaan,

Jasamu terlalu besar untuk dibalas,

Semoga syurga menjadi ganjaran,

Untuk segala pengorbanan yang ikhlas.


Enak sungguh kuih donat,

Dimakan bersama tepung pelita,

Tak pernah mengadu penat,

Demi membesarkan anak tercinta.


Lemak manis santan kelapa,

Dibuat ramuan santapan bersama,

Tiada lelaki sehebat bapa,

Menjadi tunjang keluarga bahagia.


Selalu tersenyum bagai tiada derita,

Walaupun hidup penuh dugaan,

Terima kasih bapa tercinta,

Atas segala jasa dan pengorbanan.

Semoga perkongsian ucapan serta pantun istimewa sempena Hari Bapa ini dapat menceriakan lagi sambutan Hari Bapa yang akan tiba tak lama lagi.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!