Travelawak : Projek Bapak Bapak 2023 (Astro Warna)

Travelawak : Projek Bapak Bapak, Rancangan Komedi Realiti Astro Warna

Apa yang akan jadi apabila selebriti pertengahan usia daripada pelbagai latarbelakang seni digandingkan untuk travel bersama? Pasti menarik, bukan?

Sejak mula ditayangkan, rancangan Travelawak : Projek Bapak Bapak menjadi tular di media sosial akibat gelagat bapak-bapak yang spontan dan mencuit hati.

Rancangan komedi realiti ini menampilkan selebriti popular iaitu Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali yang rata-rata berumur antara 50an hingga 60an.

Travelawak : Projek Bapak Bapak merupakan sebuah rancangan travel dan lawak terbaharu di Astro Warna yang memerlukan geng bapak-bapak untuk bercuti dan melakukan beberapa cabaran yang menarik dan lucu seperti masuk rumah hantu, menaiki rollercoaster, waze swinger dan macam-macam lagi.

Travelawak : Projek Bapak Bapak

Antara aktiviti yang menjadi highlight bagi rancangan ini adalah aktiviti bungee jumping di Jambatan Shintabisoko di Yaotsu, Gifu. Dengan ketinggian 215 meter, jambatan tersebut dikatakan sebagai jambatan tertinggi bagi aktiviti bungee jumping di seluruh Jepun.

Dalam satu temubual bersama Dato’ Jalaluddin Hassan, beliau teruja untuk berkongsikan konsep unik rancangan ini iaitu untuk membuktikan yang bapak-bapak pertengahan usia juga boleh mengembara dan berseronok.

Travelawak : Projek Bapak Bapak

Pelakon serta pengacara popular berusia 69 tahun ini pada awalnya hanya diberitahu oleh produser yang program ini akan adakan penggambaran di Tokyo, Jepun.

Namun, semua peserta tidak diberitahu dengan siapa mereka akan travel sehinggalah pada hari berlepas di terminal KLIA.

Selain mencabar diri melakukan pelbagai aktiviti baharu, mereka juga berkesempatan untuk nikmati keindahan negeri matahari terbit itu sambil lebih mengenali antara satu sama lain.  

Mampukan geng bapak-bapak ini menyahut cabaran yang belum pernah dilakukan sebelum ini? Kalau nak tahu, anda kenalah saksikan gelagat selamba dan mencuit hati mereka dalam rancangan Travelawak : Projek Bapak Bapak.

Waktu Siaran Travelawak : Projek Bapak Bapak

Ingin alami keseronokan travel bersama bapak-bapak ke negeri Jepun?

Jangan lupa untuk tonton Travelawak : Projek Bapak Bapak pada setiap Khamis pukul 9.00 malam di Astro Warna, Sooka atau saluran Youtube Astro Gempak.

Pasti tak kering gusi dibuatnya.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai rancangan menarik di Astro, sila layari laman web rasmi Astro di pautan https://www.astro.com.my/.

Baca Juga : Family Feud Malaysia, Gameshow Popular US Dengan Sentuhan Lokal

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!