Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Melalui MySejahtera

Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Melalui MySejahtera ~ Ujian HIV adalah merupakan salah satu perkara penting dan wajib dilakukan sebelum anda berkahwin. 

Kedua-dua pihak diwajibkan menjalani ujian HIV terlebih dahulu sebelum berkahwin untuk mengelakkan mudarat yang akan berlaku sekiranya salah satu pasangan disahkan positif HIV. 

Setiap Klinik Kesihatan mempunyai sedikit perbezaan dari segi proses, tarikh temujanji, masa & dokumen yang diperlukan untuk menjalani ujian saringan ini. Hal ini kerana, terdapat beberapa klinik yang dibuka untuk ‘walk in’ manakala masih ada juga klinik yang memerlukan anda untuk membuat temujanji terlebih dahulu.

Jangan risau! Anda kini boleh membuat temu janji secara dalam talian (online) melalui aplikasi MySejahtera anda. 

Nak tahu caranya, teruskan membaca. 

Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan

Ujian Saringan HIV adalah untuk membolehkan individu yang ingin berkahwin mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya. 

Langkah ini seterusnya membolehkan individu tersebut untuk mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain, iaitu pasangannya. 

Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

Ujian ini boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan. 

Cara Buat Temujanji Melalui MySejahtera

Ujian Saringan HIV

Tanpa perlu bersusah payah, kini anda boleh membuat membuat temu janji secara dalam talian (online) melalui aplikasi MySejahtera anda. Ikuti langkah dibawah:

  1. Pastikan anda telah memuat turun aplikasi MySejahtera di telefon bimbit anda. 
  2. Buka aplikasi tersebut untuk membuat temujanji. 
  3. Klik “More” di bahagian pilihan atas MySejahtera anda.
  4. Kemudian, klik “Digital Healthcare”.
  5. Klik “Clinic Appointment Booking”.
  6. Pilihan seterusnya adalah berdasarkan tempat tinggal anda. Jangan tersilap ya. Sila rujuk senarai dibawah:

Sekiranya anda tinggal di :-

  • Perlis, Perak, Penang, Melaka, Kelantan, Sarawak & W. Persekutuan, sila pilih: BookDoc
  • Selangor, Johor, Sabah, N9, Kelantan , Terengganu , Kedah & W. Persekutuan, sila pilih: Queuemed
  • Untuk di Kawasan KL sahaja iaitu ; KK Batu Muda, KK Jinjang,KK Petaling Bahagia, KK Sentul & KK Tanglin, sila pilih: EncoreMed

Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh layari, https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/761

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!