36 Teka-Teki Kanak-Kanak Yang Lucu dan Mencuit Hati

Sejak dari kecil, bermacam-macam teka-teki yang diajukan untuk mengasah minda kanak-kanak.

Kalau dapat jawab, memang gembira dan puas rasanya! Kelakar pun ada bila kita dapat tahu jawapannya yang tak masuk akal.

Jom kita semak teka-teki kanak-kanak untuk menguji minda dan berhibur santai bersama anak-anak di rumah!

Baca Juga : 60 Teka-Teki Lawak Beserta Jawapan

36 Teka-Teki Kanak-Kanak Yang Kelakar dan Menghiburkan

Teka-Teki Kanak-Kanak
Sumber gambar : https://www.freepik.com/

1. Boleh dirasakan tapi tak boleh dipegang. Tanpanya manusia tak boleh hidup. Apakah ia?

Jawapan : Udara

2. Berapa bulan dalam setahun yang ada 28 hari?

Jawapan : Semua ada! Kan setiap bulan ada sekurang-kurangnya 28 hari.

3. Sukan apa yang selepas main kita tabik?

Jawapan : Golf

4. Kuda apa yang tiada kaki?

Jawapan : Kuda kepang

5. Masuk dari satu lubang besar, keluar di tiga lubang kecil

Jawapan : Baju

6. Binatang apa yang kurang ajar?

Jawapan : Kutu, kerana dia merayap atas kepala.

7. Jam apa yang paling busuk tapi kita tetap kena gunakannya?

Jawapan : Jamban

8. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?

Kereta kabel

9. Buku apa yang tidak mempunyai kertas?

Jawapan : Buku lima ATAU Facebook

10. Dia lembu, tapi bukan lembu. Apakah ia?

Jawapan : Gambar lembu

11. Saya boleh memenuhi ruang bilik, tetapi saya tidak mengambil ruang. Apakah saya?

Jawapan : Cahaya.

12. Negara apa yang ejaannya huruf berganda?

Jawapan : Uganda

13. Dia menggunting rambut setiap hari, tetapi rambutnya masih ada. Siapakah dia?

Jawapan : Tukang gunting rambut

14. Walaupun bukan doktor, tapi semua orang disuntiknya. Siapa dia?

Jawapan : Nyamuk

15. Kamu cuba koyak kulit saya, tetapi saya tidak sakit, kamu pula yang menangis. Siapakah saya?

Jawapan : Bawang

16. Ubat apa yang kalau nak guna kena bakar dulu?

Jawapan : Ubat nyamuk

17. Apa yang boleh melompat lebih tinggi daripada bangunan?

Jawapan : Apa sahaja yang boleh melompat, sebab bangunan tidak boleh melompat!

18. Ada tiga orang naik bot. Bila bot terbalik, dua orang sahaja rambut basah. Kenapa?

Jawapan : Sebab yang seorang lagi botak!

19. Apa benda yang ringan seperti kapas, tetapi manusia terkuat di dunia pun tak dapat menahannya lebih daripada seminit?

Jawapan : Nafas / Oksigen

20. Bulan manakah yang orang paling sedikit tidur?

Jawapan : Bulan Februari sebab ada hari yang lebih sikit berbanding bulan lain.

21. Apa yang perlu dipecahkan sebelum kita gunakannya?

Jawapan : Telur

22. Apa yang naik tetapi tak pernah turun?

Jawapan : Umur

23. Apa yang mempunyai satu mata tetapi tak dapat melihat ?

Jawapan : Jarum

24. Apakah 2 makanan yang tidak boleh dimakan ketika sarapan pagi?

Jawapan : Makan tengah hari, makan petang dan makan malam.

25. Apa benda yang milik kita, tetapi rakan dan keluarga yang selalu gunakannya?

Nama kita sendiri.

26. Binatang apa yang macam kucing, tapi lagi kecil daripada kucing?

Jawapan : Anak kucing

27. Apa yang ada kaki, tetapi tak boleh berjalan?

Jawapan : Kaki lima ATAU Meja

28. Cawan kalau pecah, baling dekat mana?

Jawapan : Baling dekat Kedah.

29. Kenapa biri-biri jalan lambat?

Jawapan : Sebab kalau dia jalan laju, nama dia buru-buru.

30. Dalam banyak-banyak rumah, rumah apa yang paling banyak guna air?

Jawapan : Rumah terbakar panggil bomba.

31. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang ada banyak mata?

Jawapan : Ikan bilis satu kilo.

32. Benda apa yang lebih kecil daripada kuman?

Jawapan : Anak kuman.

33. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang jantina dia perempuan?

Jawapan : Ikan patin (Fatin)

34. Dalam banyak-banyak air, air apa yang paling berani?

Jawapan : Air terjun

35. Bagaimana caranya untuk buatkan air terjun berhenti?

Jawapan : Ambil gambar

36. Bila mati, saya hitam. Bila saya hidup, saya merah. Siapakah saya?

Jawapan : Arang

Wah, memang sangat menarik dan menguji minda teka-teki kanak-kanak ini. Jawapannya ada yang menghiburkan, ada yang sukar dijangka!

Memang sesuai untuk ditujukan kepada anak-anak dan murid sekolah. Pasti mencuit hati! Selamat mencuba!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!