Tawaran Skim Bantuan Peralatan Perniagaan Johor (SKIPP) 2022
Tawaran Skim Bantuan Peralatan Perniagaan Johor (SKIPP) 2022 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi Skim Bantuan Peralatan Perniagaan Johor (SKIPP) kini dibuka untuk permohonan.
Insentif ini digerakkan oleh kerajaan negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, (YPKDT) bagi usahawan yang berminat untuk mendapatkan peralatan perniagaan.
Baca Juga : Permohonan Bantuan Perniagaan & Bimbingan Keusahawanan MAIWP
Tarikh Tutup Permohonan
Untuk makluman, tarikh tutup permohonan skim ini adalah pada 15 Mac 2022 (Selasa).
Golongan Sasar
Skim Bantuan Peralatan Perniagaan Johor (SKIPP) menyasarkan usahawan dalam golongan seperti berikut :
- Wanita (ibu tunggal dan B40)
- Belia
- Orang Kurang Upaya (OKU)
Syarat Kelayakan Skim Bantuan Peralatan Perniagaan Johor (SKIPP)
Calon perlulah tepati syarat-syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :
- Berumur di antara 18 tahun sehingga 65 tahun (bagi ibu tunggal dan wanita); atau
- Berumur di antara 18 tahun sehingga 40 tahun (bagi belia); atau
- Berumur di antara 18 tahun sehingga 60 tahun (bagi OKU).
- Pemohon mempunyai Surat Pengesahan Ibu Tunggal/Sijil Kematian Suami/Sijil Penceraian (bagi ibu tunggal dan wanita).
- Pemohon mempunyai Sijil Pendaftaran OKU/Kad OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (bagi OKU).
- Warganegara Malaysia
- Pemohon kelahiran Negeri Johor/bermastautin di Negeri Johor melebihi 5 tahun.
- Mempunyai pendapatan bulanan bagi kategori B40 yang tidak melebihi RM4,850.00 sebulan.
- Pemohon masih aktif dan mampu bekerja dan mengembangkan perniagaan.
- Telah menjalankan sebarang aktiviti perniagaan di rumah (home-based business) atau mempunyai premis perniagaan sendiri.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah/pernah mengikuti program/kursus anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.
- Pertimbangan akan diberikan kepada pemohon yang belum/ tidak pernah mengikuti program/kursus anjuran YPKDT berpandukan beberapa terma dan syarat.
- Telah mendaftar sebagai golongan sasar (ibu tunggal, wanita, belia dan OKU B40) di bawah SMART (Sistem Maklumat Golongan Sasar) YPKDT menggunakan borang SMART.
Cara Memohon
Calon yang berkelayakan boleh memohon melaui langkah-langkah berikut :
- Muat turun borang permohonan di pautan berikut :
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
- Sediakan dokumen sokongan.
- Hantar borang permohonan ke pejabat YPKDT yang berhampiran.
Dokumen Yang Diperlukan
Peserta diminta untuk sertakan bersama dokumen sokongan semasa kemukakan permohonan mengikut senarai di bawah :
- Salinan MyKad/Kad Pengenalan.
- Sekeping gambar berukuran passport.
- Surat Pengesahan Ibu Tunggal/salinan Sijil Kematian Suami/Sijil Penceraian (Ibu Tunggal).
- Salinan Kad Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)/ Kad OKU di bawah JKM.
- Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) (sekiranya ada).
- Salinan Slip Gaji Terkini (Jika masih bekerja beserta cop pengesahan majikan).
- Pengesahan Pendapatan Bulanan Oleh Penghulu/Ketua Masyarakat/ Pegawai Daerah/Ketua Jabatan atau mana-mana Pegawai Kerajaan atau golongan profesional (sekiranya tiada slip gaji).
- Beberapa keping gambar produk, premis atau kedai dan perniagaan sedia ada.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan mengenai SKIPP, sila layari laman web http://ypkdt.org.my/.