Tawaran Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2022/2023

Pengambilan Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2022/2023 ~Sukacita dimaklumkan tawaran bagi pengambilan pelajar baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2022/2023 kini dibuka.

Tarikh Permohonan

Untuk makluman tarikh tutup permohonan adalah pada 7 April 2022.

Baca Juga : Tawaran Program Ithbat Hafazan Al-Quran 2022 Anjuran Jabatan Agama Islam Selangor

Syarat-Syarat Permohonan Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM

  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera (Keturunan Melayu, Orang Asli Semenanjung, Anak Negeri Sabah dan Anak Negeri Sarawak)
  • Tidak berkahwin
  • Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2021 dengan mendapat keputusan :

-Minima Gred B+ bagi mata pelajaran Matematik.

  • Minima Greb B bagi semua mata pelajaran berikut :

-Bahasa Melayu

-Bahasa Arab / Al-Adab wa-al Balaghah  / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab

-Bahasa Inggeris

– Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al- Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Manahij Ulum al-Islamiyah

  • Minima 2B, 1C+ bagi mata pelajaran berikut : Biologi / Fizik

-Kimia

-Matematik Tambahan

Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran

Proses Temuduga Bagi Calon

Calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk hadiri temuduga secara online/bersemuka.

Pemohon boleh semak keputusan layak temu duga di laman sesawang Darul Quran JAKIM .

Proses temuduga akan dijadualkan akan berlangsung dari 20 hingga 22 April 2022 tertakluk kepada pindaan.

Tarikh akhir pengesahan penerimaan tawaran secara atas talian adalah pada 13 Mei 2022.

Pendaftaran pelajar baharu Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM IIUM akan dilaksanakan pada 23 Mei 2022.

Cara Memohon

Pemohon boleh lakukan permohonan secara atas talian di laman sesawang Darul Quran JAKIM bermula 1 Mac 2022 sehingga tarikh tutupnya 7 April 2022.

Pelajar perlulah mendaftar terlebih dahulu untuk teruskan permohonan dan untuk tujuan semakan pada masa hadapan.

Untuk tujuan pendaftaran, sila pastikan :

  • Anda mempunyai emel yang sah
  • Sila masukkan nombor kad pengenalan yang sah kerana ia akan menjadi ID Pengguna.
  • Sila masukkan butiran nama dan alamat yang betul.
  • Katalaluan bagi kegunaan anda untuk masuk ke dalam sistem akan dihantar melalui emel anda.
  • Untuk mula mendaftar, tekan butang Cipta Akaun Baru Anda
  • Pilih Program Pengajian : Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-IIUM

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi, Darul Quran JAKIM di talian : 03-6063 5323 / 5349 / 5351 / 5374

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!