Tawaran Perkhidmatan Pengendalian TASKA KPM Putrajaya 2022
Terkini tawaran Perkhidmatan Pengendalian (TASKA) di KPM Putrajaya 2022 dibuka. Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa semua Pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menyertai tawaran ini.
Tarikh tutup permohonan tawaran ini adalah pada 31 Oktober 2022 sebelum 12 tengahari (Isnin).
Maklumat Tawaran Perkhidmatan Pengendalian TASKA KPM
- Tawaran : Perkhidmatan Pengendalian Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
- Anjuran : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Lokasi : Aras 3, Blok E12, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kompleks E, 62604 Putrajaya
- Tarikh Lawatan Tapak : 5 Oktober 2022, 3.00 petang (Rabu)
- Tarikh Tutup : 31 Oktober 2022 sebelum 12 tengahari (Isnin)
Tempoh Permohonan
Kepada pengusaha-pengusaha taska yang berkelayakan, tempoh permohonan tawaran ini dibuka bermula 22 September 2022 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2022
Cara Permohonan
Bagi pengusaha taska yang berkelayakan dan berminat untuk menerima tawaran ini, anda boleh menghubungi urusetia jawatankuasa pemilihan TASKA KPM untuk mendapatkan borang permohonan. Anda juga boleh terus menghantar permohonan beserta dokumen sokongan ke alamat ;
Urus Setia Jawatankuasa Pemilihan TASKA KPM,
UNIT PENTADBIRAN
CAWANGAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
ARAS 8, BLOK E8, KOMPLEKS E,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
62604 PUTRAJAYA
Dokumen Yang Diperlukan
Setiap pengusaha dikehendaki mengemukakan dokumen Profil Syarikat yang mengandungi maklumat berikut :
- Latar belakang TASKA.
- Latar belakang pendidikan majikan dan pekerja TASKA.
- Sijil-sijil pendaftaran TASKA daripada JKM, SSM / ROS.
- Sijil menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM dan maklumat suntikan Typhoid untuk pengendali makanan.
- Mengemukakan modul aktiviti dan pembelajaran termasuk jadual aktiviti harian dan makan minum kanak-kanak.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan borang berhubung tawaran Perkhidmatan Pengendalian Taska KPM Putrajaya 2022 ini, anda boleh layari website https://www.moe.gov.my/ atau sila hubungi ;
- Puan Nurul Akmar Rasli (03-8884 6191)
- Puan Maria Ab Rahman (03-8884 6062)
- Puan Nadhirah Abd Latiff (03-8884 6095)
Baca juga ; Pendaftaran Online Permohonan Tadika MAIWP 2023