Tawaran Geran Kewangan MITRA 2022 Untuk Masyarakat India

Tawaran Geran Kewangan MITRA 2022 Untuk Masyarakat India ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Geran Kewangan MITRA kini dibuka.

Masyarakat India dialu-alukan untuk memohon. Geran Kewangan MITRA diwujudkan bagi mengatasi masalah utama yang membelenggu masyarakat India di dalam negara iaitu mereka yang tergolong dalam isi rumah berpendapatan rendah atau B40 selain tidak mendapat perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, ketidakstabilan keluarga, dan lain-lain lagi.

Menerusi geran ini, Badan Bukan Kerajaan (NGO), yayasan, dan syarikat berdaftar akan diberikan bantuan kewangan untuk melaksanakan program-program pembangunan dan peningkatan taraf hidup masyarakat India di dalam negara.

Baca Juga : BKSS Penjaja 8.0 | Bantuan Geran One-off Peniaga Kecil RM1000 (Sarawak Pay)

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, tarikh permohonan adalah daripada 14 Mac 2022 hingga 13 Julai 2022.

Geran Kewangan MITRA 2022

Jumlah Bantuan Geran Kewangan MITRA

Jumlah bantuan maksimum yang boleh dimohon oleh pemohon adalah tidak melebihi RM300,000.00.

Pihak Yang Layak Membuat Permohonan

Terdapat 3 pihak yang layak membuat permohonan geran ini iaitu:

  • Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar
  • Syarikat/Peniagaan Berdaftar
  • Yayasan Berdaftar

Kategori Permohonan

Terdapat dua kategori permohonan yang boleh dipohon menerusi geran ini iaitu:

  1. Kategori 1: Menaik taraf ekonomi dan keusahawanan melibatkan pembangunan kemahiran profesional dan keusahawanan.
  2. Kategori 2: Memperkasakan wanita ke arah kesaksamaan gender, meningkatkan akses, penyaluran maklumat, kesejahteraan wanita dan wanita terpinggir.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan geran ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web iaitu https://aplikasi.perpaduan.gov.my/spgkm/.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar Akaun.’
  4. Log in dengan memasukkan alamat email dan kata laluan.
  5. Setelah login, klik butang ‘Tambah +’ dan klik butang ‘Permohonan Baru.’
  6. Isi semua maklumat yang diperlukan di setiap bahagian.
  7. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Geran Kewangan MITRA 2022, sila hubungi 03-8091 8198 atau menghantar email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!