Tarikh Pengeluaran Khas KWSP di Awalkan 18 April 2022

tarikh pengeluaran khas di awalkan

Terkini tarikh bayaran Pengeluaran Khas KWSP di awalkan kepada 18 April 2022 berbanding makluman sebelum ini yang di buat oleh KWSP iaitu 20 April 2022. Pengumuman ini telah di buat oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Kewangan Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan mengkreditkan bayaran itu lebih awal dibuat kerana ramai yang meminta ia dipercepatkan.

Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Diawalkan  – Tengku Zafrul

pengeluaran khas di awalkan

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Bagi mereka yang telah memohon pada awal bulan April bolehlah mula check akaun masing-masing esok. Tapi kalau belum masuk lagi, jangan risau, insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram pada Ahad malam.

Permohonan untuk pengeluaran khas KWSP ini telah dibuka bermula pada 1 April lalu setelah kerajaan bersetuju untuk membenarkan pencarum berusia bawah 55 tahun untuk mengeluarkan simpanan sehingga maksimum RM10,000.

KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, pengeluaran khas ini merupakan yang terakhir akan dilakukan dan tidak ada lagi skim pengeluaran khas selepas ini.

Bagi yang masi tertanya-tanya mengenai tarikh pengeluaran khas KWSP di awalkan ini, pengumuman itu and boleh lihat di Facebook rasmi YB Senator Dato Tengku Zafrul

Untuk semakan anda boleh terus ke Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP

Bagi anda yang belum membuat permohonan pengeluaran khas kwsp ini, tarikh akhir untuk permohonan ini akan di tutup pada 30 April 2022.

Scammer Pengeluaran Khas KWSP

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau dan memberi peringatan kepada orang ramai mengenai pelbagai taktik digunakan ‘scammer’ bagi memperdaya mangsa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Hussain mengulas kebimbangan orang ramai mengenai taktik-taktik baharu yang akan digunakan scammmer sebaik kerajaan mengumumkan kebenaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000

scammer penggeluaran khas kwsp

KWSP juga telah mengeluarkan amaran “Sacmmer Pengeluaran Khas” ini berikutan ramai yang akan menerima pembayaran RM10K pengeluaran khas.Tarikh pembayaran akan mula dibuat pada 18 April 2022 ini.  Untuk pengeluaran ini sahaja, KWSP menerima sebanyak 5.3 juta permohonan.

Jadi sudah tentu banyak mata-mata yang sedang memerhati untuk memperdaya mangsa di kalangan mereka yang bakal menerima bayaran pengeluaran khas ini

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau masalah berkaitan Pengeluaran Khas Kwsp, anda boleh hubungi ;

Hotline pengeluaran khas 03-89224848

Pusat Pengurusan Perhubungan Kwsp 03-89226000

Website rasmi : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Article
skim biasiswa sukan persekutuan sbsp

Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) Tahun 2022

Next Article
bantuan bizman 2022

Bantuan BizMan Usahawan Lelaki & OKU Negeri Perak Tahun 2022

Related Posts