Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2023 Malaysia -JAKIM
Pengistiharan tarikh mula puasa Ramadhan 2023 M/1444H di Malaysia ialah pada 23 Mac 2023, hari Khamis bersamaan 1 Ramadhan 1444 (Hijrah).
Walau bagaimanapun keputusan rasmi hanya akan diumumkan oleh pihak Penyimpan Mohor Besar Raja Raja setelah semua tempat rukyah selesai melaksanakan kerja-kerja merukyah hilal yang pada kebiasanya akan disempurnakan sebelum jam 08:00pm. Ini adalah bagi tujuan pemakluman dapat dilakukan pada waktu perdana di seluruh negara
Penentuan Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2023 Malaysia
Pada tahun sebelum 1972, penetapan bagi urusan menentukan tarikh Puasa, Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) merupakan di bawah bidang kuasa negeri masing-masing.
Kaedah cerapan (melihat) anak bulan, pertama kali mula dilaksanakan bagi seluruh Malaysia pada 29 Syaaban 1392 bersamaan 7 Oktober 1972 di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Pada masa ini, kaedah penentuan puasa dan hari raya di seluruh dunia Islam berdasarkan tiga amalan yang berbeza; rukyah, hisab serta gabungan rukyah dan hisab.
Rukyah
Ialah kaedah menentukan permulaan puasa dan hari raya dengan melihat anak bulan samada dengan mata kasar atau dengan bantuan alat seperti teleskop dan total station.
Keputusan ditentukan dengan anak bulan dapat dilihat ketika rukyah atau sebaliknya.
Hisab
Cara menentukan permulaan puasa dan hari raya dengan kaedah kiraan matematik dan astronomi, yang mana pengiraan dilakukan bagi menentukan sudah lahirnya anak bulan.
Anak bulan (hilal) diistilahkan kelihatan atau sebaliknya berdasarkan beberapa kriteria tertentu.
Gabunggan Kaedah Rukyah dan Hisab
Menggabungkan kaedah rukyah dan hisab dalam menentukan permulaan puasa dan hari raya adalah kaedah yang dipraktikkan oleh Malaysia bagi menentukan permulaan tarikh penting tersebut.
Permulaan puasa dan hari raya ditentukan dengan terlihatnya hilal selepas berlaku ijtimak iaitu apabila bumi, bulan dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama. Menurut astronomi moden dan ilmu falak, perkiraan bulan baru bermula selepas peristiwa ijtimak dan hilal dikira berada di ufuk barat ketika matahari terbenam.
Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan
Pada tahun 2022, sebanyak 29 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal
Negeri |
Lokasi Cerapan |
---|---|
Johor |
Pontian Kecil |
Melaka |
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara |
Negeri Sembilan |
Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang |
Selangor |
Bukit Melawati |
Selangor |
Bukit Jugra |
Selangor |
Balai Cerap Selangor Sabak Bernam |
Perak |
Pantai Pasir Panjang Manjong |
Pulau Pinang |
Pusat Falak Sheikh Tahir |
Pulau Pinang |
Pantai Aceh |
Lokasi Lain
Kampung Pulau Sayak Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah;
Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Geliga Kemaman, Pulau Perhentian Besut dan Balai Cerap KUSZA di Terengganu.
Bagi tahun 2023, lokasi untuk melihat anak bulan akan di maklumkan kemudian. Pencerapan untuk menentukan tarikh bermulanya 1 Ramadhan akan disempurnakan sebelum jam 8.00 malam bagi membolehkan ia dihebahkan pada waktu perdana.
Pengisytiharan Pengumuman Ramadhan 2023 Malaysia
Tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan bagi tahun 2022 bersamaan 1443 Hijrah di Malaysia akan di istyiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad. yang mana pengumuman ini akan dibuat secara langsung melalui saluran radio dan telesisyen di seluruh Malaysia
Untuk makluman pengistiharan tarikh Mula Puasa Ramadhan 2023 bagi negara Malaysia akan dikemaskini kemudian sekiranya terdapat sebarang perubahan masa seperti mana yang dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Berikut pula jadual waktu imsak dan berbuka puasa seluruh Malaysia untuk rujukan anda.