Tarikh Kemasukan MRSM Penggal Ketiga Sesi 2021/2022 Seluruh Negeri

Tarikh Kemasukan MRSM Penggal Ketiga Sesi 2021/2022 Seluruh Negeri ~ Sukacita dimaklumkan pelajar yang bakal mendaftar atau meneruskan pengajian di MRSM bagi penggal ketiga sesi 2021/2022 boleh mula semak jadual kemasukan masing-masing.

Ibu bapa diminta peka serta ambil perhatian dengan tarikh-tarikh yang dikeluarkan kerana jadual kemasukan semula ke MRSM bagi penggal ketiga sesi 201/2022 bakal melibatkan semua negeri di Malaysia.

tarikh kemasukan mrsm penggal ketiga
Kredit Foto : kosmo.com.my

Tarikh Kemasukan MRSM Penggal Ketiga Sesi 2021/2022

Tarikh pendaftaran dan sesi persekolahan MRSM bagi penggal ketiga adalah berbeza mengikut kumpulan negeri seperti disenaraikan di bawah.

Negeri Kumpulan A

Senarai negeri :

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu

Tarikh pendaftaran MRSM Penggal Ketiga 2021/2022 bagi MRSM yang berada di negeri Kumpulan A adalah seperti di bawah :

Tarikh Pendaftaran : 8 Januari 2022

Tarikh Mula Sesi Persekolahan : 9 Januari 2022

Negeri Kumpulan B

Senarai negeri :

  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Wilayah Persekutuan Labuan

Tarikh Kemasukan MRSM Penggal Ketiga 2021/2022 bagi MRSM yang berada di negeri Kumpulan B adalah seperti di bawah :

Tarikh Pendaftaran : 9 Januari 2022

Tarikh Mula Sesi Persekolahan : 10 Januari 2022

NOTA PENTING :

Berdasarkan perkongsian dari laman Facebook MARA, tarikh-tarikh yang dinyatakan seperti di atas hanya melibatkan pelajar Tingkatan 4 & 5 sahaja. Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 pula akan meneruskan penggal ketiga dengan pembelajaran menerusi PdPR.

Ibu bapa juga boleh rujuk pada infografik di bawah untuk panduan mudah serta maklumat lebih terperinci.

Kredit Foto : Facebook Majlis Amanah Rakyat

Maklumat Lanjut Pendaftaran & Pengoperasian MRSM

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah di talian 03 2613 4529 / 4531 / 4532.

Ibu bapa serta para pelajar juga diharap dapat sentiasa patuhi garis panduan serta SOP berkaitan Pendaftaran Pelajar MRSM untuk penggal baru yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan ibu bapa untuk mempersiapkan anak-anak pulang ke MRSM masing-masing.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!